Ahad, 9 Disember 2012

PERSONAL : Ya Allah bantu aku agar aku lebih mencintaiMU


Salam
Musim demam, aku baru sahaja melayan drama Malaysia yang bertajuk Adam & Hawa yang diadaptasi dari novel tempatan. Novel dia aku telah khatam beberapa tahun lepas. Lupe sudah ye.

Bukan aku nak cerita pasal  drama Adam & Hawa ni.....tapi aku nak ambil pengaruh cerita ini dan masukkan ke dalam cerita aku.

ok aku mula sekarang!

***************************************************************
Jujur sebelum ni aku kurang semangat nak pergi Ke Mekah menunaikan Haji ataupon Umrah sebab aku lalai aku rase aku mude lagi. Tapi ade niat lah....memang aku bajet lagi beberapa tahun selagi nyawa dikandung badan. Aku telah buat kiraan bajet untuk tunaikan Umrah dahulu. Maka usehe itu aku bukak akaun Tabung Haji. Yelah aku ni gila korea.....nak pegi korea dulu 

Tapi

Setelah aku tengok babak dalam cerita Adam & Hawa pergi ke Mekah. Hati aku tersentuh tetibe dan aku menangis mencurah-curah tanpa henti sehingga ke malam. Peduli hape banyak orang gembar gembur ramai yang temui JODOH disana.... Yang aku peduli sekarang bukan JODOH yang utama tapi sempatkah aku nak menjejak dibumi Mekah dengan izin Allah aku mengelilingi Kaabah??? .

Dengan semena-mena aku terus solat sunat sebab mungkin ini Allah SWT dah beri hint kat aku ...yelah aku TETIBE menangis teresak-esak tanpa sebab kan......ni memang gile weh....bukan sebab aku tengok cite Adam Hawa terus insaf....episod before ni aku tak nangis pon. Tapi episod Kaabah tu buat aku rase sedih seharian. Hairan.

Kenapa?

Mungkin selama ini aku terlalu patah hati dengan manusia yang aku sangat-sangat sayang menyebabkan aku langsung patah hati untuk semua. Untuk Maha Pencipta aku hanya tunaikan yang wajib je...doa untuk diri sendiri takde....

Rugi sebab aku cintakan duniawi terlebih.....rugi sebab aku cintakan makhluk ciptaanNYA lebih dari Penciptaku.....rugilah aku. 

Tu lah selama ni aku baca buku JANGAN BERSEDIH....catatanya berbunyi
"jangan kamu bersedih sebab ditinggalkan kekaseh tetapi bersedihlah kerana anda yang meninggalkan Allah SWT"

Aku bukan sempurna, aku mudah terpedaya dengan duniawi ni...tapi tak salah aku nak cube baiki mana yang mampu kan....

Maka aku berjanji dengan diri aku.........semangat aku nak kesana sangat-sangat kuat...aku akan usehe ye persiapkan diri....dalam dan luar...in shaa Allah dengan izin Allah ....aku doa hari2 biar aku istiqamah nak baiki diri...pelan2 

Kepada manusia yang aku cintai itu....aku tekad lepaskan die.... aku dah tak kesah....just aku doa mampu berdoa je dia bahagia dan doa sangat Allah SWT beri dia hidayah Islam.....

Aku hanya terima jodoh dari Allah....itupun kalau DIA izinkan.....

Ya Allah....tetapkan istiqamah aku untuk sentiasa bersamaMU

Kawan-kawan doakan aku ye

*****************************************************************

Terimalah dan hayati lirik lagu ini yang telah buat aku menangis tiap kali aku mendengarnya

Shahir - Dia yang kau pilih OST Adam Hawa
Setiap baris kata-kata yang ku baca
Bagaikan jalan hidupku
Tiada lurus semua seolah hampa
Haruskah aku sesali

Bagai kisah kita yang surut selalu
Bilakan berakhir

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis

Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka

Setiap kata kau ucap semua dusta
Pernahkah kau menyesali
Tiada tulus semua helah semata
Haruskah aku menanti

Kini kan berakhir
Ku takkan berpaling
Relakan segala

Biarkan aku berundur
Jika itu yang telah pun tertulis
Jalan ku tak panjang
Bersama dirimu

Jadikan dia terbaik
Kerana itu yang telah kau pilih
Biarkan diriku membawa semua
Luka


Tapi nak compare cerita drama Adam & Hawa dan Chinta lakonan Ady Putra dan Fasha Sandha......cerita Chinta lagi mantap....takde episod yang boring.

Ahad, 2 Disember 2012

HEARTSTRINGS : LEE HYEONG JIN


He is Lee Hyeong Jin

Heartstrings Korean Drama movie which stared by Yong Hwa & Park Shin Hye. And Hyeong Jin as Qi Young. Although he'd just a side actor not HERO in this drama....but he is so charm and more important his smile and his voice just makes me fully melting like a lava!

Actually he's very look alike to my bestfren. But Hyeong Jin Oppa is more and more better.
HAHAH LOL sorry dear.

Half moon eye, big smile

nice body ehheheehheh




PLEASE FALL IN LOVE WITH ME 

AGAIN.

ISK....ISK...ISK

Isnin, 26 November 2012

RUNNING MAN best medicine

See aku tiru sape? Banyak gamba aku cam gini kan??? pengaruh sangat kuat ye





























Khamis, 22 November 2012

Al-Fatihah untuk Allayarham adek ayah Shaharudin Bin Mohd Daud

Mungkin aku terlambat untuk melawat.
Mungkin aku terlambat untuk menasihat padahal aku juga belajar ilmu sains dan tahu berkaitan sel kanser.
Mungkin aku tak pernah kesah sebab aku yakin dia boleh sembuh.

Namun Allah SWT lebih menyayangi beliau.

Dari kecik family aku memang agak rapat dengan family beliau, dengan family di Bentong pon...kami memang selalu berjumpe walaupon kami berada di Gombak.

20 Nov 2012
Aku demam panas, hingus berjurai2 dan batuk tanpa henti sehingga abdomen aku sakit. Tiba-tiba ibu masuk bilik beritahu Acik Atan dah sakit sangat2 jom ke Hospital Temerloh.
Dengan gagah aku membawa kereta di dalam keadaan yang amat lemah. Alhamdulillah aku sampai dan isteri Acik Atan aku terus meluru ke ibu memeluk dan menangis.

Paling menyayatkan hati, lalu air mata berjurai2 adalah aku membaca buku nota mereka.
Allayarham menghidap barah tekak, dia telah kehilangan salah satu nikmat Allah iaitu bersuara. Aku buka dan membaca semua catatan anak dan Allayarham.

" Aku ni nak mati, kenapa doktor asik ambek darah aku?"

" Tolong mintak maaf pada semua"

"Aku ni nak mati, kalau korang asik berbalah tinggalkan aku sini sorang, aku bergantung pada keadaan"
Mungkin anaknya berbalah sebab masing2 emo dengan situasi ini...Ayat ni buat aku menangis tanpa henti.
Lagi teruk aku menangis bila, isteri dan anak-anaknya membantu ayahnya minum dan sedut kahak yang berdarah. Ya Allah...............sedihnya Allah SWT je yang tahu. Allahyarham haus dan lapar tapi kanser tu telah menyekat saluran penafasan dan saluran pemakanan....Ya Allah betapa hebat ujianMU....dan aku yang melihat...YA ALLAHHHH....

Maaf jika ayat di atas tak sama 100% tu yang sempat di ingatan aku. Ada banyak lagi catatannya tapi aku tak sanggup nak taip. Rasa menyesal tidak membantu family Allayarham semasa dia di hospital lebih awal.

Allayarham seorang POLIS dan seorang yang sangat2 baik. Jika dia susah sekalipon, dia jarang terima duit dari ayah aku.....walaupon dipaksa. Kalau kami datang rumah, makan memang mewah, macam2 dibeli....nasihat, dia selalu menjadi penasihat dan pendengar terbaik ayah. Satu family memang baik dengan kami....dan aku sangat percaya dia seorang polis yang sangat bertanggungjawab dan amanah.
Mungkin dia menolak proses pembedahan kerana duit itu untuk familynya.
Ya Allah 
Semoga Allayarham berada di sisi orang2 yang soleh
Al-Fatihah

Khamis, 15 November 2012

RUNNING MAN : Monday Couple