Isnin, 14 Januari 2013

PERASAAN KENE REJECT, BAGAIMANA RASANYA? APA AKU PERLU BUAT



Post kali berkenaan dengan aku, kawan dan mungkin orang-orang yang tak berapa bernasib baik dalam bab-bab jodoh ni. Dalam Islam, jodoh juga antara salah satu rahsia Allah dan banyak persoalan yang tiada jawapan, yang mengetahui ialah Maha Mengetahui iaitu Allah SWT.

Jika aku bercakap soal jodoh dalam perspektif Islam ianya sangat luas dan aku bukan pengkaji seperti Dr. Muhaya atau sesiapa pun. Aku tak layak. Tetapi aku akan bercakap mengenai perasaan aku dan kawan-kawan yang pernah berkongsi cerita.

Kenapa aku boleh terpikir nak luah untuk post ini, kerana pengaruh mukabuku (Facebook) yang mempamerkan pelbagai ragam, sedih, gembira, benci dikongsi di laman soSIAL itu. Maka terbit rasa cemburu melihat kebahagian 24jam oleh seorang manusia ni, membandingkan perbezaan hidup mereka yang bahagia dengan aku yang serba kurang bahagia ini.


Bersyukurlah jika anda tidak pernah mengalami perasaan disingkir/direject/ditolak dan sebagainya. Jika anda pernah mengalami perasaan sayang ditolak, janganlah terlampau bersedih sehingga melupakan agama, family dan orang yang tersayang. Disini aku berkongsi ape yang aku rasa dan antara perkara selepas kejadian sedih berlaku aku akan:- 

1) TIDAK DAPAT TIDUR
Sedih yang terlampau...tapi kita manusia, boleh kawal ke? Kadang-kadang tak terkawal juga sebab manusia punyai hati yang rapuh mudah dikawal oleh syaitan. Menangis, meraung, setiap saat akan terbayang semua kenangan manis dan setiap perkataan yang pernah si dia ucapkan terngiang-ngiang. Mata akan sentiasa basah sehingga hati rasa berat seperti sukar nak bernafas. Rasa malu dengan diri, pada keluarga dan sentiase menyalahkan diri dengan kebodohan telah dilakukan. Mengikut pengalaman, baru-baru ini aku telah menelan ubat selsema sepapan (ubat tidur). Setelah penat menangis dan setiap masa teringat perkara sedih, aku tak dapat lelapkan mata, maka itu adalah jalan mudah untuk aku rehat....tapi syukur Allah masih sayang aku hanya seharian aku tidur mati tanpa mimpi. Ini contoh yang berdose mintak jangan ikut! 

2) TIDAK ADA SELERA MAKAN
Ini berlainan dengan aku, kerana selepas seharian tidak menjamah sebutir nasi, keesokan hari aku bantai berpingan nasi dan minum air sampai muntah. Kalau makan nasi pun boleh teringat segalanya2, memang perit. Bila rase sedih dan asyik menangis membuatkan kita lupa nak makan dan kemungkinan kenyang sebab minum air mate sebaldi. Tapi syukur aku jenis yang makan walaupon tengah sedih. Makan beger megamac McD sambil mencarut. LOL

3) BADAN ASYIK NAK DEMAM
Bila kita tengah sedih, kita akan membuatkan satu perkara yang dapat menarik perhatian dengan kata erti lain (ingin menagih simpati) lagi-lagi berharap si dia akan menghubungi bertanya dan mengambil berat tentang diri kita semula. Biasanya aku akan MC sehari dan aku akan pergi tengok wayang ataupun makan sushi sampai beratus bil seorang makan. LOL 

4) MENCARI TEMAN UNTU LUAHAN HATI
Biasanya orang cakap, kawan waktu senang bersepah tapi kawan waktu susah???? Syukur aku mempunyai ramai kawan-kawan waktu susah. Aku malu untuk berjumpa, segan kerana aku ni berperangai seperti perempuan kuat selama ini. Segan menangis depan kawan-kawan. Maka aku akan hanya hubungi mereka yang bertuah dan aku akan cerita supaya aku dapat waras, apa yang patut aku buat selepas ini. Syukur jika rakan anda suruh anda bersolat tenangkan diri, Kalau tidak mungkin mereka akan tenangkan dengan ayat-ayat biase orang cakap, "sabarlah, Allah senang uji kamu...mungkin ini hanya ujian kesabaran. Mungkin juga dia bukan jodoh kamu dan inshaAllah terbaik selepas ini" dan banyak lagi ayat yang sangat2 biase "cliche". Walaupun ayat itu selalu didengar tetapi jika kita sedang bersedih kita akan terima nasihat yang berulang dan inshaAllah selepas beberapa minit menangis kita akan tenang. Ini kerana komunikasi banyak membantu melepaskan tekanan.

5) BUANG SEGALA PEMBERIAN
Segala pemberian mempunyai kenangan yang manis. Pasti bila ternampak akan menangis semula. Bagi kes aku, aku pernah terbakar sehelai baju raya yang orang kasi. Pastu aku menyesal, seb baik bagi 2 helai LOLOL. Maka aku kumpulkan semua barang pemberian dan aku letakkan di dalam kotak bawah katil. Kenapa? kerana SEKURANG-KURANGNYA DIA PERNAH BAHAGIAKAN AKU LAGIPUN dia bukan lelaki jahat ....maka aku akan simpan sehingga hati betul-betul bersedia lupakan atau kita sudah berjumpa dengan jodoh yang benar. 

6) LAYAN KOREA (VARIETY SHOW)
Jangan lah layan cerita drama, kang menangis tanpa henti pastu bunuh diri macam orang korea. Maka carilah penawar yang betul. Contoh, Running Man. Aku sangat2 bersyukur dengan cerita ni sebab aku akan ketawa dan ubat ni boleh membuatkan aku lupa yang aku tengah bersedih, ketawa itu pun penawar segala penyakit. Gembirakan hati bukan musnahkan hati. Tak kisahlah mana-mana yang anti-korea boleh tengok maharaja lawak. Aku juga telah mempengaruhi kawan-kawan yang sedang sedih untuk layan RM. Hasilnya, tak sampai seminggu kawan aku sihat dan ceria semula.

7) DEACTIVATE LAMAN SOSIAL
Ini bergantung pada masing-masing. Kalau aku, aku tak buat, tetapi lama jugak aku menyepi. Blog juga aku kurang berminat nak terjah2. Tetapi apa yang positifnya di sini, kita akan tidak bertambah sedih jika terbaca post wall kawan-kawan kita yang sangat bahagia 24jam tu kan. Tak payah musnahkan diri dengan membuat perbezaan kebahagian orang lain. Kita tak tahu apa dugaan Allah beri pada orang yang bahagia 24 jam itu. Maka janganlah tiru perangai buruk tu. Jangan buat dose kering dan jangan membuat  orang agar membenci kita.

8) AKTIFKAN DIRI DENGAN AKTIVITI SOSIAL
Jumpe lah kawan-kawan, sibukan diri. Contoh aku, kalau duduk sorang2 dalam bilik mesti akan teringat maka aku akan layan movie korea tak pun ajak geng2 single aku keluar lepak. Tak pun, join aktiviti amal. Dulu aku selalu juga balik kampung tolong ayah di kebun. Daftar keahlian baru mana2 group. Jangan pergi clubbing sudah. Ingat bagi yang Islam, selangkah kita ke sana, Allah akan gelapkan hati kita. 

9) MENCARI PENGGANTI SECEPAT MUNGKIN
Dulu, jika aku frust je, aku akan cari pengganti dengan cepat. Maka aku akan cepat recover dan ceria kembali. Tetapi kes baru-baru ni, dah setahun aku cube lupekan tapi masih aku tak dapat terime mane-mane orang. Kalau ade pon, susah.

10) ALLAH S.W.T
Tiada cinta yang hebat selain cinta kepada Maha Pencipta. Banyak cerita berlaku, akhirnya aku sedar...aku menyesal sebab menangis sebab orang reject aku tapi aku tak pernah menangis membayangkan Allah akan reject aku. Jujur aku cakap, sejak aku tersedar kekdah itu, aku dapat perlahan mulakan hidup baru dengan hati yang sedikit tenang. Sekarang aku lebih suka bahagiakan diri aku lebih dari sebelum ni. Dan azam tahun baru aku adalah AKU INGIN BAHAGIA. Memang susah nak lupakan, sehingga sekarang aku masih sakit tapi sekarang aku dapat terima dan redha dengan segalanya. Setiap kejadian ada hikmahnya dan mungkin 10 tahun akan datang aku bersyukur kerana hikmah dari ujian Allah ni. 

Maka elaklah berjumpa dengan si dia agar akan tak senyum kambing.

Perasaan yang paling sadis adalah orang itu sangat baik melayan anda sehinggalah anda tahu yang dia baik sebagai kawan biasa sahaja.

Yes, don't ever risk your heart flatter again.

Malu sebab direject??? Kenapa nak malu, perasaan itu bukan kita yang kawal. Ia datang kerana Allah sudah takdirkan ujian untuk kita. Don't ever shame your past life been rejected but its make u more strong rite?

Maka kepada orang yang bahagia 24jam, Dun FUCKING look at me like that, im strong enough that u.

Khamis, 10 Januari 2013

Korean Drama: Tree with Deep Roots

Setiap kali balik dari bangi, mesti aku dapat banyak cerita korea best2 dari pembekal Bell dan Ah Teng....hehehehhe dan sejak akhir-akhir ini juga aku jadi sangat seronok tengok cerita zaman raja dolu2 ni....Kalau dulu pecah rekod aku menangis gile bavi tengok The moon embrace the sun. Kali ni.....Tree with Deep Roots. Cerita ini tak boring sebab aku tak pernah foward mane-mane scene dalam drama ni. Itu bermakna cerita ni bagus jalan ceritanya.

Okay siapa tak kenal die ni? aku tension betul bila tengok die ni....sebab ni memang pelakon hebat.
Jang Hyuk, banyak gile movie dan drama aku tengok....yang paling macho watak die dalam The Slave Hunter, Chuno....pastu Please teach me English pon macam harem....Windstruck....Volcano High (ni cite klako gile)....dia bestfren Kim Jong Kook.....:)

Shin Se Kyung

Budak ni muke sebiji macam Nickhun.....2PM...seyes

Of course Song Joong Ki.....

Dia memang hebat la belakon.....adus....memang perfect la

Ok Song Joong Ki mase tue.....LOL

Ok ni aku terperasan.......ni Kibum Super junior.....yang paling kiri! wee huuuu lame xjumpe die

Ok salah satu watak yang menarik perhatian aku, Myun Hyul
Aku xtau nape aku rase die hensem GILE!!!!!!!!!! kadang-kadang aku macam die macam TOP BigBang....wadehell.....

Pastu aku google.....hahahahah die Jo jin Woong
Badan die memang chubby TAPI dalam drama ni....TAFFFFFFF gilos.....sure die g gym 21 jam sehari......hish meroyan aku tengok die ni lame-lame......tah la nak kate ensem takde la sangat........tapi character die buat aku rase WOW gile

ok cukup lah aku dah penat meroyan.....ni pon aku curi tulang bukak blog weeeeeeeeee

AZAM BARU: SAYA INGIN GEMBIRA


Kenapa aku rase tahun 2012 cepat sangat berlalu. Banyak sangat kenangan pahit berlaku pada 2012 maka azam baru adalah..............SAYA INGIN GEMBIRA.

Aku seorang yang kurang bernasib baik dalam bab-bab jodoh tetapi aku berjanji tak nak bersedih lagi...bila hati dah luka, sampai satu tahap aku dah tak kisah dengan bab tu.....ade jodoh ade la....

Bagus jugak aku sedih, sadis sangat bile lambat aku sedar yang aku perlu sayang Pecipta aku lebih dari segalanya. Harap aku berubah dan istiqamah.... 

Tahun ni dapat je dairi company 2013, aku terus list impian aku. Dengan azam yang kuat, aku berjanji dengan diri aku....aku akan bahagiakan diri aku sepuas-puasnya. Antara list yang aku buat adalah:

1) Plan berterusan untuk ke Mekah (setiap bulan tak bole miss masuk tabung haji)

In shaa Allah

2) Pergi KOREA (hehehehehhe)
In shaa Allah....kalau umur panjang berapa hari je lagi.

3) Air-cond untuk bilik bujang kecil ku~

Ya Allah memandangkan rumah aku kat ruang tamu je ade aircond, tak kan panas2 aku nak tidur kat luar kan.....dah la rumah aku sekarang semua nak tido kat luar...padahal bilik ade. Aku akan complete kan bilik aku selesa maksima, mane tau tu bilik tu bertukar milik tahun depan.

4) Pulau Perhentian ( pertengahan tahun) bersama besties~

In shaa Allah jika umur panjang, bulan april ini....yahuuuuuuuuu

5) Galaxy Note II

Dulu dalam family aku, aku lah makhluk yang selalu tukar phone. Tapi sejak adik-adik aku dah besar semuanya tukar phone setiap bulan. BANYAK PULAK DUIT KO....aku nak pinjam kate takde duit sedar2 tukar henpon....PUIH

Walaupon aku tau aku ketinggalan zaman, tapi aku mengidam henpon ni sebab aku suke melukis.


Oleh sebab gaji aku bukanlah banyak, maka itu je list untuk 2013 yang mampu aku verangan. Dengan niat untuk bahagiakan diri, aku tak de pun dalam list nak kawen kan....sebab aku dah malas...kalau tengok tahun-tahun lalu ...nak kawen tu mesti dalam list kan. 

Tak pe lah....takde rejeki lagi, ade sebab mengapa jodoh aku tak sampai lagi.


Kalau sesiapa yang jumpe buku ini, eloklah bace. Buku ni membuatkan aku lebih positif dengan dugaan jodoh aku. Allah Maha Mengetahui, Dia sangat tahu kita sudah bersedia menjadi isteri atau ibu. Semuanya ada bersebab dan hikmah disebalik. 

Sesape yang mengalami nasib seperti aku, harap korang bersabar dan belajarlah cinta Pencipta kita lebih dari segalanya. Mari kite usehe untuk alam yang kekal selamanya. Amin. Semuga semua kawan-kawan aku positif dan gembire tahun ni. Amin


Rabu, 9 Januari 2013

RUNNING MAN 126 : Welcome back Nadey


It's been a while after my blog got virus and almost my post with running man tumblr were gone silently......then i did change my email and the thing getting worse...nevermind lets start new one.

Today is 10 of January 2013 and still early to say Happy New Year. 


Although our Big Nose Hyung always got teased by his dongseng but this is shown that all dongseng still respect the older. This is the precious scene in RM.



The PD's said: What's wrong with him? Is he ate wrong food yesterday.
LOL.........people who are unmarried in this aged will probably need more attention...this is what our commander did. 

I loved Gwang soo but this is not the right things. 



ACE VS COMMANDER






ok thats all for today.



Jumaat, 4 Januari 2013

BLOG KENE VIRUS HILANG GAMBO2.....adus


Bulan lepas blog kesayangan aku kene hacked dan ad virus WTF....
seyes menangis aku sebab banyak sangat gamba dalam blog ni...hish what a world...

sabo je la...aku akan upload balik gamba mane2 yg hilang ...mayb ambik masa bertahun2 sebab post aku beratus2....hish

Kepada pemberi virus dan hacker....seyes jangan naye orang mcm ni....jangan buat orang stress....
ko cari makan tak halal la buat orang macam ni

OK AKU SANGAT MARAH