Selasa, 21 Mei 2013

KATA ORANG-ORANG TUA DULU BOLEH BUAT KITA TERUS SYIRIK KEPADA ALLAH SWT?????

Info ini khas untuk rakan seIslam saya, biasanya Melayu kaya dengan nasihat orang-orang dulu yang memakan garam sebelum kita kan. Saya mendapat info ni dari rakan opis saya yang baru selesai kursus kahwin....perghhhhh aku tak pergi lagi.

Biasanya mak mak kita cakap, 
Akak jangan potong kuku malam2 nanti mak cepat mati!, 
Tangan kanan gatal, nak dapat duit ni!,
Mata kiri aku bergerak2 la....ada bende buruk nak jadi ni
Jangan bukak payung lepas hujan, nanti ular masuk rumah,
Telinga berdesing, ada petanda buruk ni!
EIii bau kapur barus, ada orang nak mati ni
Kupu-kupu masuk rumah ada tetamu nak datang ni...

Bila kita membuat andaian begitu, boleh jatuh syirik. Cepat-cepatlah mengucap.
Pernah juga aku dengar ceramah ustaz , dia kata amalkan sebelum tidur buat solat sunat taubat...kawan opis cakap ustaz kursus kahwin tu pon cakap mende yang sama. Buat solat taubat sebelum kita tidur sebab kita tak tahu perbuatan yang kita sudah terlanjur berdosa dengan Allah SWT...

Mari amalkan....sebelum tidur biasanya aku cuci muke solat isyak dan main candy crush sampai tertidur atau tengok movie sampai tertidur....pelan2 kita ubah.


Tiada ulasan: