Ahad, 29 September 2013

KALAU AKU ISTERI AERIL ZAFREL???

Hangat lagi kes Mat Yo ni

Bile aku perhatikan, sebenarnye keje pakguard ni banyak gila cabaran. Kes pakcik ni jadi populer sebab Mat Yo pemain bola kebangsaan. 

Cube ko pikir, pakguard bangla kene sepak maki dengan orang biasa. Ada jadi kes MAHKAMAH??? ada kebajian pekerja dijaga? Adakah majikan akan tanggung sepenuhnya kes MAHKAMAH jika pakguard biasa kene tendang...kene maki???

SEBAB ni kes VVVIP, majikan akan tanggung kes MAHKAMAH pakcik yang ditendang oleh isteri mat yo! 

Nampak tak dunia????????

Macam kes aku la...aku ni orang biasa. Bila mengadu kat PROTON dorang buat bodo je. Masa aku pergi HQ, bos dia tengok je aku marah pekerja dia. Bos dia takde nak nasihat aku selesaikan masalah. Bila aku tak dilayan aku balik rumah terus dan menangis.

CUBE BAYANG
Kalau aku isteri PEMAIN BOLA, atau aku isteri AERIL ZAFREL???????????

Sure ramai peguam datang kat aku....ramai nak tolong masalah aku ni. Kes aku ni kire kes EMERGENCY ok...sebab kereta aku boleh mati tiba2 atas jalan dan boleh melibatkan NYAWA!!!!

Aku buat aduan pada abg Mazidul Akmal. TAK DILAYAN. Sebab dia kata aku tak hormati penggunaan bahasa MELAYU. Takkan sebab kelemahan aku pada BAHASA MELAYU aku tak layak bersuara sebagai rakyat? 

Takpe lah.....aku dah penat kes kereta aku. Penat. banyak duit aku labur pada kes kerugian ni. 

KALAU aku kaye.....KALAU aku ada pengaruh sure Mazidul Akmal datang interview aku. Hah!

DUNIA NI TAK ADIL

Tu je...kbai

BINI MAT YO - KESIAN

Kecoh kes Mat Yo ni...

Aku tau kes ni rasenye semua blame Bini Mat Yo yang kurang ajo dan Mat Yo yang dayus. Semua backup pakcik ni.

Tapi bile kes ni dah berlarutan....aku rase macam menyampah pulak kat pakcik ni.

Ok nadey ce ko bagi sebab nape ko menyampah pulak??? Padahal ko tau dia hanya jalankan tugas...!!!

Yes .........disini aku nyatakan sebab2 aku menyampah?

1) Memula interview pakcik ni aku tengok video dia....die macam tokok tambah cerita. Memula dia kate "isteri dan Matyo tendang pakcik". Bile wartawan tanya kali kedua dia kata "Matyo tolak pakcik"...See, TENDANG KE TOLAK??? bile ramai sangat wartawan, pakcik ni macam dah kompius cerita sebenar. Nasib baik wartawan tanya sekali lagi...kalau tak berita tulis fakta salah.

2) RAMAI gile peguam nak bela pakcik ni. Sebab awal2 temuramah, dia cakap...."tak payah la saman pakcik....pakcik ni bukan orang senang, pakcik pakgurad je. Pakcik mintak maaf sebab mungkin pakcik terkasar bahasa tapi jangan la saman....pakcik bukan orang senang.". Tetapi ape dah jadi sekarang??? Bile ramai gila nak membantu....dia kata TIADA MAAF, MAAF??? DAH TERLAMBAT...Sebab apa pakcik ni jadi tak pemaaf ni??? Bile ramai backup....ramai hasut....dia pulak nak ikut perangai syaitan? Pemaaf untuk sifat Nabi junjungan kita. 

Kalau aku pon aku serang balik bini Mat Yo ni baru dia tahu langit tinggi rendah, berlagak nak mampos. Tapi cuba bayang kalau pakcik ni takde peguam bela...sure die merayu agar isteri Mat Yo gugurkan dakwaan. See....nampak tak pendirian pakcik ni? Bile ko dah ade backup ko serang dia pulak. Mayb aku rase kes die macam drama. Biasenye drama kan...tetibe pakcik tu jadi baik..."biarlah dia tu, orang muda memang berdarah panas....pakcik redha la nak cari rejeki halal pakcik tak kesah orang pandang hina pakcik"
Mayb aku mengharapkan drama baik begitu!. Malang......pakcik tu dah berbalas serangan. 

3) Simpati. Perasan tak bila dah semua simpati kat pakcik ni....lelama ada je syaitan berbisik kat pakcik ni. SO aku tak tahu jenis bisikan syaitan tu...kemungkinan dengan raih simpati tu boleh menjahanamkan memburukkan famili Mat Yo. Siapa tak buat salah, bukan aku backup pon perangai Mat Yo dan isteri tapi....takkan kesilapan dia haritu, tiap2 hari orang doa mende tak baik untuk dia. Kesian la weh...

Macam ko, mencuri kan...ko kene penjara. Tapi sebab ko masuk penjara ko susah diterima masyarakat. Padahal ko dah bertaubat kot...so tak adil. Seyes tak adil. 
 Aku tak berapa minat perangai Mat Yo ni start bile TMJ beli dia. Masa kalah permainan haritu, buang pingat la...WADDE??? Memang marah takkan sampai maruah Malaysia nak gadai. Start dari haritu aku memang tak berapa minat orang yang berperangai ARTIS ni.

HUH
" Dah bang, jangan nangis....Allah nak uji kita ni...btw i tetap sayang duit u...eh silap...i tetap sayang u Mat Yo"

p/s: Hah.....aku pon buat silap. Aku pon perangai buruk. Allah beri kita peluang JOM kita berubah. Marah tu tetap boleh Marah...macam kes aku dengan PROTON...sampai sekarang aku marah. Kes aku takde siapa layan, bila aku buat report tak dilayan. Kalau la ade orang simpati ngan aku...support aku sampai guna peguam...habis PROTON. Seyes aku jeles ngan Pakcik! LOL

Satu je, kalau pakcik ni pon ko dah maki, pukul....aku rase ko boleh buat perkara yang same dengan mak ayah ko...renung-renungkan. Hormati orang tua ....walaupon dia suke tokok tambah cerita. Biasa la orang tua. Aku tak setuju bila isteri MatYo gelarkan pakcik ni ANJING??? So sama je ko gelarkan bapak ko anjing. Marah2 jangan gelarkan orang anjing. HUH

Sekian

EKAU BERANI????

 Ya Allah cunnya ....muke secantik jiwa

Perasan tak tengok gambar para shuhadah yang syahid, semua ensem2 .....seyes....selama ni aku tengok kat Malaysia ni mamat arab takde la ensem sangat. Tapi bile tengok gamba orang arab kat sana....perghhhh 

Seyes aku nak try mintak ayah aku duit nak pergi umrah....walaupon aku tahu peluang tu macam takde...tapi mana tau ayah aku kata ok! haaaaaa kihkihkih

Nak tunggu gaji? adui jangan HARAP

Khamis, 26 September 2013

JOM GELAK SIKIT

BERSAGAT BONTOT HAMBEK
COMEY


Rabu, 25 September 2013

Duit tak berkat ni dia

Semalam 25 September 2013 disaat orang lain bergembire dapat gaji. Aku??? Aku yang gaji 1hb....hanya mampu tersenyum tatkala melihat cermin kereta bahagian penumpang retak seribu!!!
Bulan ini sahaja aku ambil cuti 3 hari tanpa gaji...sebab proton kata aku tak boleh simpan kereta...dia suruh aku tunggu. Disebabkan kebodohan pihak proton...aku rugi. Tapi kereta still tak settle..kene tempah harnest bende tah.

Aku rujuk pada agent yang aku beli ....mulakan kawan aku Rol bg link kt fb...Malaysia Car Showcase tak silap aku. Aku percaya sebab ramai ambek kerete dari dia. Dan2 pulak dia anak buah kepada kawan baik aku ...Iliyana. So aku percaya pada dia urus semua hal. Alhamdulillah bila dapat kereta senang ...alhamdulillah walaupon free gift smarttag takde stock katanya. Huh. Sekarang bile aku mengandu kereta aku banyak masalah, aku banyak kali call n whatsup ...masih tiada solusi dikemukakan. Dia yang beli n ambek kete aku...tak boleh bertanggungjawab ke? Takkan bile nak ambek kereta je die berurusan dengan aku? Aku baru pakai kereta 3 bulan. Sebab tu aku sedih sangat. Sumpah aku menyesal berurusan dengan orang yang aku tak kenal. Tu kebodohan aku. Dan itu salah aku.

Serius aku kata aku kecewa dengan diri aku. Terlalu kecewa. Ini keputusan yang aku tak boleh ubah sampai 7 tahun pembayaran kereta. Ini baru 3 bulan dah ade masalah...bayangkan dalam 7 tahun apa lagi yang perlu aku tunggu musibah datang.

Bila nampak cermin retak seribu memang aku tak terkejut sangat sebab kereta ni memang bermasalah. Aku memang bodoh. Aku menyesal. Aku nak tukar kereta, aku akan rugi dalam 10k dengan denda dari bank lagi sebab kereta ni tak sampai setahun aku bayar.

Aku buntu nak buat ape sekarang...meleleh air mata pon tak guna. Mungkin rejeki aku tak berkat. Aku bukan redha je bab kereta ni...dah tahap berserah. Banyak ujian bulan ni.
Sedih. Tu je perkataan mampu aku katakan.

Mungkin rejeki aku tak berkat. Aku kene perbetulkan salah silap aku. Aku kecewa sangat dengan diri aku. Kadang-kadang aku rasa rimas sangat dengar berita buruk. Aku penat better aku tidur je. Buat macam dulu....dulu sampai berhari-hari? Mungkin mimpi je boleh buat aku gembira.

Aku dah terbiasa manje dengan keluarga. Semua bergantung pada famili. Tapi kali ni aku tak boleh harapkan sesiapa. Semua aku tanggung. Semu aku setel sendiri. Menangis sendiri. Hanya boleh luahan pada kawan sahaja. Kawan ....terime kasih. Walaupon aku tak pernah surut perasaan kecewa pada diri sendiri at least aku boleh senyum lagi!

So aku mampu buat muke hodoh dan senyum je....yela semua ingat aku buat lawak. 

wahai kawan-kawan jangan lah jadi macam aku! Beli kereta dengan orang yang betul2 boleh dipercayai.