Khamis, 14 November 2013

BEAUTY AND THE BEAST - PART 4


Du du du du..........laju berdesup kelibat kanak-kanak lelaki berlari sambil menggelekek ketawa riang. Kanak-kanak berusia 3 tahun sedang galak bermain dengan seorang lelaki yang amat aku kenali. Berdebar................

Allah........Halim.......aku mimpi lagi

"Sayang, abang asyik main dengan Harraz je...bila abang nak main dengan anak sendiri?", senyum nakal Halim cukup membuatkan darah aku naik ke muka. Aku hanya mampu senyum, aku membisu seolah-olah anak tekak aku ade duri durian...amboi perumpamaan aku hiperbola sangat.


"Sayang, abang dah lapar ni. Awak masak ape harini?". Pertanyaan itu tak sempat aku jawab, soalan Halim bertalu lagi " awak okay?? Kenapa ni?". Aku masih membisu. Ini mimpi lagi!!! Kenapa syaitan tak pernah putus asa memainkan perasaan aku..kenapa dia menjelma sebagai Halim??? Orang yang aku sayang sangat lebih dari aku sayang diri aku?

Semua soalan tak pernah ade jawapan, menitis air mata aku sambil merenung wajah Halim. Aku bangun ke dapur dan membiarkan Halim menunggu aku menjawab soalannya. Baiklah, jika syaitan ni nak aku teruskan permainan ini...aku layankan aja. Mungkin semuanya bersebab. "Saya masak lauk baru harini, saya try je kalau tak sedap komen jujur ya....Ayam masak lemon, kangkung goreng belacan, ikan pekasam goreng dan air limau suam kesukaan abang", lancar mulut aku berkata setelah sekian lama terpendam. Halim membalas dengan senyuman.

 Anak jiran kami, Harraz, suka sangat datang rumah bermain dengan Halim. Harraz selera sangat dengan masakan ayam lemon tu. Bersepah nasi dari pingan, sombong nak makan sendiri. Halim juga sampai tambah dua kali. Sambil melayan Harraz, aku merenung muka Harraz...tiba-tiba tangan aku disentuh Halim. " kenapa ni??? Abang cakap awak diam je. Ada masalah ke? Awak tak bahagia dengan abang ke?". Aku hanya mampu menggeleng. Halim memujuk agar aku bercakap akhirnya ..." saya rasa semua ni mimpi...saya tahu saya tengah bermimpi ni...serius ni!!!!!" bersungguh aku terangkan.
Halim bangun dari kerusi, mengangkat pinggan lalu menghampiri aku dan mengucup dahi aku. Hangat. 

Macam mana setan boleh cium aku ni???? Sial setan ni menjelma jadi Halim pastu cium-cium aku??

Selesai makan dan mengemas. Aku masih terasa air yang keluar dari sinki REAL gila. Eh pelik asal mimpi sampai macam ni sekali? Aku merayu agar aku sedar. Aku cubit-cubit tangan aku. Tiba-tiba Halim menarik tangan aku " Jom kita pergi dating!" Aku hanya menurut.

Aku tak tahu Halim bawa aku kemana tetapi aku juga tidak bertanya. Jelas aku nampak, dia memakai jaket hijau lumut yang pernah aku beri pada dia dulu. 'Kacaknya....', getus hati aku. Halim kelihatan sangat bahagia sambil menyanyi. Sedar-sedar kami sampai di suatu tempat. LAUT!!!!!! " kita kat mana ni?, soal aku. " Terengganu", ringkas jawapannya. 

Petang yang nyaman itu terasa indah, tiada orang.. seolah-olah pantai tu tiada siapa tahu kewujudannya. Kami berjalan berpegangan tangan ditepian pantai. Rasa kekok memegang tangan Halim yang terasa sangat erat itu. 'ish....bestnya kalau betul-betul dia suami aku dalam alam nyata', omel aku sendiri. Rupanya omelan aku didengari Halim. " Apa sayang?? tak percaya kita dah kahwin?" Semakin erat gengaman tanganya. Dihayun-hayun. Ya Allah gembiranya Halim.

Asudah!!! Dah ni memang mimpi la....kenyataannya aku dah bertahun cari kau, dan kau masih menghilang. Puas aku cari. Macam-macam yang aku fikir. Tak pernah sehari aku tak rindu kau. Dan sejak akhir-akhir ni kerap sangat aku bermimpi tentang kau Halim. Ya Allah, berikan aku petunjuk. Pelik sangat, seolah Allah memberi peluang kepada aku melepaskan rindu. Kerana suara dan sentuhan dari Halim sangatlah REAL. Gelak tawa, perangainya lagi-lagi bab bebel semuanya cukup sifat dengan Halim di alam nyata, Halim seorang yang suka tersenyum sehingga matanya seperti bulan sabit, suka membuli, suka membuat keputusan untuk aku, suka membebel dan dia juga tegas menegur bila aku membuat silap. Tidak pernah sekali dia mengasari aku sepanjang perkenalan kami. Bila dah jadi suami ni pun bertambah romantik dan yang paling best dia mendorong aku untuk menjadi lebih baik. Sampai saja waktu solat terus mengajak aku jemaah bersama dia. Ya Allah syahdu sangat. Allah je tahu perasan itu. 

Terasa lama betul mimpi tu dan aku amat menghargai setiap saat aku bersama Halim. Mungkin aku boleh terjaga bila-bila masa. Sampai di hotel, kami berehat dan Halim segera mandi. Kami bercadang untuk mencari tempat makan selepas ini. Tiba-tiba aku terdengar getaran dari handphone. Aku bergegas bangun dan lihat skrin handphone Halim 

Nin Xing........1 message

Ya Allah kenapa perempuan ni masej dia? Aku terus menangis

Lagu G Dragon Im Missing You kedengaran. Baiklah aku dah sedar dari alam mimpi. Walaupon sejam aku tidur dalam kereta tetapi terasa mimpi itu panjang. Pipi aku basah dengan air mata. Dengan pantas aku menyeka air mata dan sapu dengan bedak asas. " Ish kang bos kate aku gaduh dengan sape pagi-pagi ni sampai sembab muka". Berat langkah aku untuk ke pejabat pagi ni. Hujan pun telah berhenti, langit semakin cerah tetapi ingatan aku melekat pada mimpi tadi. Kenapa kerap sangat aku bermimpi Halim. Sedangkan Halim sendiri membenci aku. Aku ni beban dia. Dia tak nak aku. Dia lari dari aku. Tapi kenapa Allah tak benarkan hati aku berubah dan lupakan Halim? Semua soalan tak pernah ada jawapan. Kenapa Nin Xing masej Halim? Ape dia nak? Harap mimpi aku bersambung. 

Semoga aku boleh bahagia. Amin

Tiada ulasan: