Ahad, 10 November 2013

HUJAN DAN MAYAT BERGELIMPANGAN

Pagi yang sejuk, terasa liat untuk bangun tapi harini plan kami ke Singapore!!!! Yahoo. Aku bangun dan bersiap terus pecut kereta ambil We dan Jeme di stesen LRT Gombak. Dalam kereta riuh sekali dengan bebelan We. Kami bergerak perlahan memandangkan hujan amat lebat dari muka langit tanpa memberi signal untuk berhenti. Aku pula yang rabun penglihatan amat berhati-hati takut lalai dalam pemanduan. 

Dalam beberapa ketika, kami sampai di rumah Teng. Aku menjerit menyapa Teng dengan girang. Tetapi aku melihat Teng menangis dan menunjuk-nunjuk ibunya, Cikti. Aku pelik dan aku terus mencari Cikti untuk bersalam. Sebaik berjumpa Cikti, dia terus menarik tangan aku dan mengarah aku mengecas bateri telefon bimbitnya. Aku mencucuh palam plug, namun charger bateri tersebut sudah rosak. Aku biarkan saja. Cikti menegur aku " Jangan kacau Cik Mang dia tidur, kamu pergi je lah....bawak kereta elok". Sayu Cikti melambai kami dari dalam rumah. 

Aku meneruskan perjalanan, kali ni kami ke Nilai.. Kolej adik Teng, Faris. Aku rasa panas telinga dengar We bebel ape tah. Ade saja yang dia tak puas hati harini. Salah Teng ke? Emm abaikan. Hujan mulai renyai. Ralit mendengar We membebel tetiba ada satu bas dari arah bertentangan melanggar beberapa buah kereta dihadapan kami. Dengan tenang aku mengelak ke tepi. Sambil perlahan-lahan kami melalui beberapa buah kereta yang telah dilanggar ngeri, kami melihat sebuah kereta hitam tanpa bumbung. Mayat bergelimpangan. Ada yang putus kepala, putus anggota badan. Jelas aku melihat. Seketika itu, semuanya kaku diam. We sergah aku supaya aku tidak melanggar mayat dihadapan. Mayat seorang kanak perempuan bersama ayahnya terlentang dibahu jalan. 

Ya Allah ape aku perlu buat? Berhenti? We pon diam, semua diam. Aku teruskan perjalanan ke Kolej Faris. Sambil memandu, aku teringat mayat-mayat tersebut...kereta yang di langgar masih berasap. Siapa yang akan tolong mangsa? Ya Allah....kenapa aku tinggalkan mayat tersebut??? Aku menangis tanpa henti. 

Aku turun kereta, terus ke kantin. Aku lapar sangat. Sambil makan nasi, sambil menangis. WUuuuuuu Wuuuuuu....We seperti sedang membebel dalam kereta. Ape masalah lelaki tu tak tahu!!! Mulut macam haram tak berhenti!

Usai makan, kami teruskan perjalanan. Minda aku melekat gambaran mayat bergelimpangan. Aku menangis lagi. Kini Faris duduk disebelah pemanduan mengambil tugas We untuk membebel. Bukan nak menenangkan aku tapi menyerabutkan lagi otak aku. Farrkkkk namun carutan itu hanya bisikan hati.

Alhamdulillah, kami sampai di Singpore. Semua masuk melalui kaunter dengan duit dolar tapi aku menggunakan kad Touch N Go....sekali lagi bebelan dari Faris dan kali ni dapat hadiah ketukan dikepala. Padan muke aku bodoh sangat tetapi selepas ketukan yang agak kuat itu, aku mulai pening. Pening dan pening aku pengsan. 

Tetiba aku dengar lagu Im Missing You- G Dragon, rupanya alarm untuk aku bangun dan pergi kerja. Walaupon hanya sejam bermimpi dalam kereta terasa seperti ia betul-betul berlaku. Ya Allah....aku menangis sekejap dalam kereta. Jelas di mata aku, mayat bergelimpangan tadi. Mungkin aku takut sebab tadi hujan lebat semasa memandu ke tempat kerja. Banyak sangat kereta rosak berhenti tepi jalan, Alhamdulillah aku bawak perlahan dan sempat mengelak beberapa buah kereta. Alhamdulillah. Semuga pemilik kenderaan selamat sehingga kereta mereka dialihkan ke tempat selamat. Amin

Mimpi ngeri sampai menangis betul-betul. Sekian.

Tiada ulasan: