Isnin, 30 Disember 2013

TARGET 2014

Salam semua

Aku lebih suka buat list, apa yang aku target untuk tahunan dan apa yang aku dah buat. Ini adalah antara perkara yang besar yang aku dah buat. Selain dari itu, barang idaman seperti dompet (MILIK SENDIRI bukan orang beri) dan Jam G-Shock kuning. Walaupun itu perkara remeh tapi bagi aku itu adalah usaha dan pencapaian aku pada diri sendiri. Walaupun tak dapat buat semua, tapi aku bangga yang aku telah buat pada tahun ni tanpa sia-sia. 

Hari ni hari terakhir 31 December 2013. Tahun 2013, tahun paling mencabar bagi aku. Pahit manis semua bercampur, baik masalah diri sendiri, kereta proton, dan lain-lain lagi. Maka aku nak baiki kelemahan aku pada tahun 2013. Contohnya panas baran. Aku bukannya seperti dahulu, bimbingan rakan yang baik dan famili. Bila aku mengamok, aku lari. Itu solusi terbaik dari aku lepaskan amarah pada orang. 

Moment yang paling epik adalah, aku pergi bangi tapi kene lecture dengan abang-abang dan geng-geng supaya aku MOVE ON!

Alhamdulillah....terus aku buat wishlist tahun baru. Misi mencari suami 365 hari. Walaupun susah nak capai tapi MOVE ON adalah pencapaian terbaik aku!. Tak pe...yang penting aku useha.!!!!

So target aku, tahun depan aku nak matangkan lagi diri. 

Lupakan 2013, mula hidup baru lebih bermakna.
Marathon tu perkara yang aku nak buat sangat. Setelah 5 tahun aku stop bersukan akhirnya aku dah start ke gym. Walaupun aku makan melebihi kadar aku bersukan tapi takpe yang penting aku dah mula exercise kan. Kalau tak kurus tak pe...asalkan aku sihat!. Amin

Masa tu kalau aku tertinggal jauh masa marathon aku dah tak kisah. 

In sha Allah, selagi umur panjang aku akan penuhi semua target aku tahun depan.

Orang buat wishlist 1 muharam. Kihkihkih

Semuga tahun depan lebih baik dari tahun ni. AMIN

Rabu, 25 Disember 2013

KU CINTA KAU SEORANG - TV3 LESTARY

 Sejak tengok Nur Kasih aku rase ramai meroyan dengan Remy Ishak ni. Termasuklah aku. Bagi aku dia memang jelas lelaki melayu! Walaupon kadang-kadang muke macam ala bangla tapi tak pa. Yang penting hati aku dah suka. So dok kecoh, cite melayu yang baru ni, Ku Cinta Kau Seorang tapi aku lagi suka tengok on9, takde iklan. Tenang sikit.

Malas aku nak cerita sinopsis cerita ni. Better tengok sendiri. Just aku pelik, kalau kes dorang ni duduk satu rumah better kawin je dari awal. Ni macam tak logik pun ade. Emmm abai yang penting cara Helmi layan nenek dia yang nyanyuk buat aku cair. 
 Aku selalu membayangkan Remy Ishak macam watak hero Laksamana Sunan dalam novel Ramlee Awang Mursyid. Dia memang lelaki melayu tulen. Kacak gilos. 

Dengar OST cerita ni lagu dari Afgan pulak perghhhh layan

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya
Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu
Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Selasa, 24 Disember 2013

WANIE+EDDY & CHIBI+AJIM's WEDDING

Alhamdulillah, sebagai pendahuluan.
Setelah merancang beberapa bulan, akhirnya 20 December 2013 kami berkumpul untuk majlis walimatulurus Wanie dan Chibi. Selepas majlis kahwin Didie, kami hampir 2 tahun tidak berjumpa hanya berhubung melalui wassup!
Aku bergerak dengan Cikin dan Sha dari gombak dan Teng, We, Naema , Yaya dan Herwan bergerak dari bangi. Kami bertemu di RnR Rawang. Cadanganya bertemu pukul 10 tapi 11 mlm lebih baru bertemu dan bergerak sekali. Jam dan hujan pula.

Aku agak risau dengan keadaan kereta aku tapi alhamdulillah, kami selamat pergi dan selamat pulang. Ini kerana seminggu sebelum pergi kereta proton aku masih mati atas jalan. Oleh itu, masa perjalanan ke Penang dan Taiping aku lenjan betul-betul kereta tu. Malam itu, Sha berniat nak teman aku tapi aku jenis kalau driving memang aku dengan dunia aku dan muzik. Kalau tak aku akan lebih mengantuk. Perjalanan malam lain macam sikit. Akhirnya aku abaikan die....kesian. Malam itu walaupon renyai aku lenjan 160km/j, aku nak cepat sampai sebab masa waktu tu dah pukul 3 pagi.

Sian gak pengantin tunggu kami, kami sampai di homestay. Gosok baju, balut hadiah, mandi, solat dan tidur hanya sejam. Bangun pagi semua siap, makeup, berdandan kami bergerak ke rumah wanie. Kami pula dapat berita kereta Roni dan Didie tayar pancit di Kulim. Nasib baik Roni cool, tukar tayar dan akhirnya mereka selamat sampai tepat waktunya. Sampai je Didie, Teng terus rembat Dakcad bawak berjumpa kami. Kihkiuh tak sempat salam ibunya lagi. Berderau nampak Dakcad sebab selama ini kami hanya merindui melihat gambar sahaja. Sampai je jumpe Wanie....ya Allah cantiknya kawan aku. Serius. Walaupon dah biasa tengok Wanie cantik tapi hari tu lain macam sikit seri dia. Aku, Sha dan Cikin diminta khas oleh Wanie untuk menjadi dulang girls. Memandangkan kami sahaja belum berkahwin dan belum berpunya..

Muhammad Irsyad Al Hafiz

21 December 2013 - Perjalanan jauh dan penat berbaloi bila nampak ramai sangat orang handsome. Semua penat, mengantok hilang. Mata aku rambang weh....gilalah kawan Eddy ramai handsome. Adik Wanie pon cukup buat aku darah hidung. Pitam haku. Majlis akad nikah sekejap sangat. Sekali lafaz je Eddy. Walaupon Eddy tak boleh blah gelabah. Bergoyang-goyang kaki dia. Kihkihkih. Akhirnya selamat juga Wanie jadi isteri yang sah pada Eddy. Alhamdulillah.
 Aku sambil berhingus, sambil cuci mata.
Dari kanan, Naema, Teng, Didie dan Cikin.
Gojes mami, Didie with Gojes wifey, Wanie
Pengantin Baru gak ni, Yaya dan Herwan
Suka sangat gambar ni, betapa sayang dan syukur kami Wanie dah selamat jadi isteri orang
Beli baju sekali hokey....Cikin yang pilih. See hasilnya memang cun!!!!!!!!! Semuga kami macam ni sampai akhir nafas. Amin
Tudung sponsor by DEWANIE.
Banyak salah faham tapi aku respek geng ni, dorang akui salah masing-masing dan cepat2 mintak maaf. Syukur sangat weh dapat kenal korang. Kalau tak dulu aku makan sorang-sorang je kat Mapley. Thanks korang.
Dari kanan, Jeme, Herwan dan We
Semuanya dah berpunya hokey
Dakcad paling suke mama sha. 
Aku nampak selim sikit dalam gamba ni. Thanks Sha tutup lemak aku BAHAHAHHA
Coming soon.
Yaya mengandung 3 bulan, Herwan mengandung 7 bulan.
Dakcad nak tumbuh gigi geraham. Patot la dah masam masa ni. Tapi malam tu Dakcad galok sangat dengan kami. 
Ingat lagi masa kahwin Didie dan Roni aku pon berhingus jugak Heheh 
Baju bersanding wanie cantik sangat. 
Gambar dari IG

Teng's hot spot
Wif Mama Didie. Dah macam mama sendiri. Sporting sangat.
Kami mama dari geng Glam beri hadiah khemah Harry Potter ni kat Dakcad. Harap Dakcad suke.
Pada hari yang sama, Chibi dan Ajim juga melansungkan perkahwinan. Dorang akad nikah malam Sabtu. Sanding Ahad. Maka petang Sabtu tu kami pantas ke Taiping. Sampai homestay pon dah lewat petang. Sebelum tu We lead kereta sampai sesat masuk Pulau Pinang. Yeashhh dah lama tak datang Penang kan. Hambek...
Ahad tengahari, kami ke dewan tengok Chibi. Perghhh memang comey gile macam budak-budak kahwin weh. Sebab dua-dua ni kecik je..muke jambu sangat. 

Special request dari Teng yang rembat kereta adiknya Fahmi. LOL

Tahniah Wanie dan Chibi. Alhamdulillah...terima kasih semua. Kerana majlis ni kita dpat berjumpa lagi. Tak puas gosip, tak puas nangis, gelak sesame. Semuga silaturrahim kami sampai hujung nafas. Berkatilah hubungan kami, kurniakanlah kesihatan terbaik untuk mereka dan keluarga mereka dan murahkanlah rejeki kami. Amin. 

Sayang korang. 

Salam.

Ahad, 22 Disember 2013

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 6 FINAL.

"Nurse, ada pesakit bernama Muhammad Badrul bin Zain? Mana wad dia?", cemas bercampur semput aku berlari. 

"Tiada Puan. Nama itu tiada dalam senarai pesakit", nurse ni buat aku pening.

Ah sudah!! Salah hospital?? Pantas aku menghubungi Azmer. 

"Nadey, kami kat rumah awak. Saya dah hantar Bad pulang ke rumah. Sorry late inform", slumber betul jawapan Azmer.

Apa sebenarnya sudah berlaku. Pantas aku mengambil teksi dan pulang. Sebaik sampai di rumah, aku terus meluru pada Bad. Aku melihat dia memakai seluar pendek dan lutut berbalut, ada kesan darah pada pembalut kakinya. 

Tak sempat aku bertanya, Bad menarik lengan aku dan duduk di sofa. Kini kami bertiga bertentangan mata seperti bersedia untuk perbincangan serius. Akhirnya, Azmer bersuara.

"Nadey, macam ini sebenarnya saya dapat panggilan dari Bad untuk berjumpa, berbincang tentang kes kita. Dan ini adalah perbincangan antara lelaki dengan lelaki. So, kami bercadang agar perjumpaan ini dirahsiakan dahulu daripada awak. Nanti kalau awak tahu habis meletop kedai makan makcik tu. Selepas berbincang, Bad menuju ke kereta. Tiba-tiba ada sebuah motor kemalangan dengan dua buah kereta di lampu trafik. Bad datang membantu, saya pula bayar bil  tapi tetiba saya lihat Bad seperti mengerang kesakitan. Saya terus call ambulans dan call awak. Kelam-kabut saya berlari mendapatkan Bad. Rupanya, lutut Bad terkena ekzos motor tersebut. Tidak cedera parah tapi habislah kulit putih suami awak tu.", panjang penjelasan Azmer. Azmer tersenyum. Pelik dorang macam dah jadi bestfriend pe kes?

"Sekejap, awak bincang apa dengan Bad? Please don't tell me this is a secret just between both of u, man!", usaha aku untuk korek usul perbincangan mereka. Pelik, mengapa mereka kelihatan mesra. Sengih-sengih. Ada sesuatu telah berlaku. Akhirnya Azmer meminta diri untuk pulang. Syukur Bad tidak luka teruk. Aku mengekori Azmer hingga ke pintu pagar. Sempat Azmer senyum dan berkata " Nadey, mungkin ini takdir Allah awak bukan untuk saya. Saya dah redha. Bad cintakan awak dan saya percaya dia akan jaga awak lebih baik dari saya. Mungkin kita berjodoh untuk menjadi kawan sahaja. Saya minta maaf atas semua kesilapan. Kita masih kawan bukan?". Bergenang air mata aku lalu aku mengangguk sebagai jawapan.

"Aarghh aduh..aduh...aduh", merengek Bad buat aku segera mendapatkan Bad.

"Aduh.... sakit hati tengok isteri pandang hero Battleship tak berkelip", Bad dah mulakan drama mengada-ngada dia. Akibatnya aku tarik bulu kaki dia yang lebat tu. Adalah dalam sepuluh helai BAHAHHAHAH. Bad ni kalau sakit, ya Allah teruk gila nak jaga. Manja dia macam petala 9. Sebab tu lah aku doa dia sentiasa sihat. Dulu, dia demam denggi, sakit badan nak urut la, nak makan sup ketam yang aku masak sahaja, nak suap makan minum air. Ya Allah tersiksa sangat aku dulu.

Sekarang aku kene lagi teruk. Nak bangun pon nak kena peluk dulu. Padahal kaki tu molek je berjalan. Marah aku. Pantang aku hilang sekejap, nak mandi lama-lama pun susah. Dia akan panggil tanpa henti seperti alat pengera. Allah je tahu betapa siksa aku jaga suami mengada-ngada seperti Bad. Makan minum bersuap, padahal yang luka kaki. Malam-malam nak kene urut tangan sampai dia tidur, padahal yang luka kaki! Nak mandi pon masalah, menjerit-jerit tak nak luka kena air, padahal luka dah kering. Aku cuti seminggu jaga suami seperti bayi. Baiklah. Tak nak jadi isteri derhaka kan.

Suatu petang, sambil makan goreng pisang Bad tetiba serius "Sayang, awak tahu tak. Sebenarnya abang dah tahu Intan sudah berkahwin dan dia sekarang di New Zealand. Abang juga telah ke sana berjumpa dengannya. Bila Intan menceritakan segalanya. Abang rasa lega yang amat, syukur abang rasa gembira sangat. Rupanya, dia faham yang abang tak pernah lupa cinta abang pada awak. Kadang-kadang kita pelik, kenapa perangai kita lain dari otak yang mengawal perbuatan. Rupanya semuanya berkaitan dengan hati. Abang balik Malaysia. Abang jadi stalker awak. Abang tak nak hilang awak lagi sebab abang malu dan bersalah sangat abang tinggalkan awak pada hari pertama perkahwinan kita. Lama abang kumpul semangat, bila abang tahu Azmer melamar awak. Abang tak boleh tahan dah.", lembut je penjelasan Bad.

Aku hanya senyum dan fokus untuk dengar penjelasan lagi.

"Abang sebenarnye nak test awak, sebab tu abang kata abang masih cari Intan. Nak test tengok isteri sayang suami ke tak. Kesian abang bertepuk sebelah tangan je sampai sekarang. Abang berjumpa Azmer hari itu, abang merayu agar dia putus asa untuk isteri abang ni. Alhamdulillah Azmer seperti hero Battleship, dengan macho dia bertindak seperti anak jantan. Dia redha jika ini jodoh kita. Dia doakan agar kita bahagia hingga syurga. Dia siap belanja abang makan okay. Abang rembat 2 ketul ayam lagi. HAHAHAAH. Tapi apa yang abang rasa syukur, semua berjalan lancar tahu tak, macam tiada halangan untuk selesaikan masalah kita dan Azmer. Abang tak pernah putus solat sunat hajat semuga Allah bukakkan pinttu hati isteri abang, permudahkan kita untuk bersama. Alhamdulillah semua berjalan lancar je, Allah dah bukakkan jalan untuk kita. Tapi satu je abang tak dapat lagi....", kata-kata Bad berhenti dan memandang aku dengan serius.

Sumpah cuak

"Abang belum dapat cinta isteri. Sekarang abang nak tanya, isteri abang ni sayangkan abang ke tak?", huh ini rupanya maksud Bad ingat ape tadi. Kihkih Nadey kau pervert. Tanpa jawapan, aku terus memeluk tubuh Bad. Bad membalas pelukan itu. Rasa bahagia seperti gunung api boleh meletus dari kepala aku. Booom.

"Aarghhh aduh, aduh...", Bad mengerang kesakitan.

"Kenapa abang??", cemas aku.

"Isteri abang dah tiap-tiap minggu pergi gym tapi macam tak turun berat badan pon", gurau kasar suami ni, dah la gelak macam badan sihat sangat tiada signal untuk berhenti. Aku terus merajuk bangun dari duduk. Aku terus ke dapur nak masak untuk makan malam. Sambil jalan berhempas tumit. Tunjuk protes. Bengang pulak aku tak dipujuk. Sekali aku jeling, lihat Bad sedang seronok melayan Running Man.

Sibuk sangat aku masak, fokus hingga tak perasan sudah hampir maghrib. Bad hilang dari ruang tamu. Emmm lantak aku merajuk ni. Dalam merajuk pun, Bad mengajak solat berjemaah aku terus lembut hati. Kali ni doa selepas solat dibaca kuat dan jelas.

"Ya Allah ya rahman ya rahim, Alhamdulillah Kau telah berikan aku cinta seorang isteri yang solehah. Kau berkatilah masjid kami, Kau kurniakan kami zuriat yang soleh solehah, Kau berikan kesihatan terbaik untuk isteriku, murahkan rejeki kami dan bahagiakan kami. Kau lembutkanlah hatinya untuk menerima aku sebagai suami sepenuh hatinya, .....", lama Bad berhenti, sebak mendengar doanya. Lama kemudian dia terus mengaminkan sahaja doa itu.

Bad menoleh kebelakang, dan menghulur tangan. Dia perasan aku sebak, perlahan dia mengucup dahiku. Dia menghulurkan tangannya, aku terus menyambut dan mencium hormat tangannya. Cukuplah tak perlu salam lama-lama aku tarik tangan tiba-tiba Bad tak nak lepaskan.

"Dengar tak doa tadi, abang dah doa kita dapat zuriat soleh solehah. Apa lagi jom!!!", tercengang aku bila Bad buat muke gatal gila. Bukan merah dah muka aku masa tu. Hitam, ungu, oren semua ada.  Lambat aku respon terus Bad gelak macam petir. Aku terus bangun terus turun bawah nak makan. Bila aku stress aku nak makan. Haaaa....

"Comeynya isteri abang malu-malu. Malu tapi mahu", ejek Bad. Ya Allah boleh dia buli aku sabar je lah.

Tomyam yang aku masak, Bad makan sampai tambah 3 kali nasi. Bahagia bila suami makan penuh selera.

"Habislah abang kene pergi gym 1 hari bakar kalori.", dah kenapa Bad makan macam tak nak berhenti. Tapi betul, malam ni aku masak tomyam lain macam rasa dia. Sedap tu lebih sedikit.

Berkat perkahwinan. Berkat jaga perut suami. Alhamdulillah.
Semuga aku dapat menjadi isteri sempurna untuk Bad dunia akhirat. Syukur tak terhingga. Selama ini aku suka sangat tengok drama melayu yang kahwin paksa. Cinta selepas kahwin lebih manis sebab dah semua HALAL kan. Awal-awal banyak konflik, ending cerita semua best-best. Bila teringat drama melayu yang kahwin paksa ini, aku rasa cerita aku lebih kuranglah. Azmer? Azmer seperti watak hero kedua yang penonton rasa kalau aku dengan Azmer lagi best. Tapi Allah lebih mengetahui yang terbaik untuk aku adalah Bad. Aku tak layak untuk lelaki sebaik Azmer. Maka, aku faham kenapa hero kedua selalu kecundang. Kihkihkh. Siapa sangka Bad yang kenal dari kecil, anggaran aku berumur 7 tahun dan Bad pula 10 tahun. Kami menjadi kawan rapat sehingga 18 tahun dan kini dia menjadi suami aku pula. Ya Tuhanku, betapa besar nikmat yang Kau berikan ini. Boleh la aku tulis novel, "Kawan baikku itu sebenarnya Suamiku". BAHAHHAHAHA.

-Tamat-

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 5


"Amboi selesa rupanya tidur dengan abang, tadi punya poyo tak nak?", suara Bad yang garau telah mengejutkan aku dari tidur. Rupanya aku bukan bermimpi. Aku masih di pulau bersama suami. Matahari dah mencanak, lihat jam pukul 11 pagi. Ya Allah.....

Aku nak bangun dan bersiap tapi Bad masih tak lepaskan pelukan, apa lagi satu cubitan semut gergasi hinggap perut. Oh, ada rasa sakit rupanya, lucu bila lihat Bad meraung kesakitan. "Ini cubit guna playar ke??? Aduuhhhh", barai gelak aku, serius tak boleh bendung ego lagi. Kami bersiap dan keluar makan. Tengahari kami menaiki bot pusing-pusing pulau. Kami singgah di sebuah pulau. Disitu terdapat perkampungan kecil. Puas meronda. Kali ini aku dah tak kisah berpegangan tangan dengan Bad. Mungkin Bad ingin menjaga aku daripada dikacau oleh penduduk kampung. Sekejap......dikacau?? Hot gila aku. Siapa nak kacau entah!

Wajah Azmer hilang waktu itu.

Kami pulang ke Kuala Lumpur pada Ahad pagi. Sebelum itu, Bad singgah ke rumahnya. Melangkah aku masuk ke rumahnya, bersih tetapi kosong. Tak nampak macam rumah orang yang sudah berkahwin. Aku labuhkan punggung di sofa yang empuk itu. Teringat lagi, sofa itu juga aku yang pilih. Bad naik ke bilik tak tahu buat apa. Tekak terasa kering, lalu aku ke dapur. Buka peti sejuk, sedih. Tiada satu makanan pun di dalam. Sedih pula. Selama setahun ni bagaimana dia makan? Patutlah susut.

"Abang nak duduk rumah Nadey ya, rumah awak lengkap tak macam rumah abang kosong ja", sambil mengangkut bagasi yang besar keluar dari bilik. 

"Asudah!! Nak duduk rumah aku pulak!!!", getus aku perlahan agar tak didengari Bad.

Muka Bad bertukar ceria selepas pulang dari pulau. Mungkin dia ingat aku sudah terbuka hati untuk menerimanya? Aku pun macam dah tersuka pulak, kejadah? Arghhh serabut!. Azmer bagaimana? Mungkin aku perlu buat solat istikharah.

"Boleh tapi dengan satu syarat!", seperti biasa setiap permintaan ada syaratnya. Bad tahu aku memang begitu. "Abang tak boleh sentuh saya selagi saya ........", seperti biasa Bad pantas memotong ayat aku.

"Okay tapi abang tak janji sebab Nadey selalu goda abang je. Takut tak tahan...", muka Bad menyengih buat aku rasa geram.

"Okay kalau begitu, tak payah pindah!", tegas aku dengan syarat aku.

"Okay..........okay!!!!!!!!!!!!!!!! Abang janji!...huh!!", tinggi suaranya merengus. Hah, dengar cakap pun. Walaupon aku tahu Bad tak boleh dipercayai, tapi demi tanggungjawab aku setuju dia pindah ke rumahku. Lagi-lagi aku sedih melihat keadaan rumahnya kini. Sekurang-kurangnya aku dapat menjaga makan minum dan pakaiannya. Itu lebih penting.

Isnin, hari yang dinantikan. Bad menghantar aku ke office. Tercegat Azmer menunggu aku depan pintu office. Mukanya mencuka. Sambil perhatikan aku keluar dari pintu kereta Bad. Bad menjerit nama aku. Aku menoleh dan mendekati Bad, ciuman di dahi secara mengejut itu buat aku kaget. Ramai saksi termasuk rakan office.

Ya Allah!!! 

Bila aku toleh semula Azmer terus hilang entah kemana. Risau. Aku cuba mencari, call tak berangkat. Rupanya Azmer berada di meja kerjanya. Aku menarik lengan Azmer keluar ke tangga kecemasan untuk jelaskan semua yang terjadi. 

"Azmer dengar ni, tiada apa yang berlaku, sumpah!!!", pujuk aku. Risau kerana sepatah tiada respon. 

"Dia masih suami awak yang sah, dia ada hak untuk berbuat apa pun pada awak. Saya rasa jika dia sayangkan awak dan tiada niat nak lepaskan awak, kita tak boleh terus begini. Berdosa saya kacau rumah tangga orang, berdosa awak menduakan suami. Ingat betapa sayang saya pada awak pun, tapi saya lebih sayangkan agama saya", Azmer terus meninggalkan aku.

"Ya Allah kenapa Azmer mudah berputus asa? Bukan dia berjanji akan berusaha selesai perkara ini bersama?", air mata aku tak dapat menahan kesedihan lagi. Lama aku teresak di tangga. Setelah tenang aku kembali ke meja kerja. Serabut coverline muke sembab, aku rasa macam nak ponteng kerja saja. Sedih teramat bila Azmer seakan-akan ingin berundur. Aku tak nak kehilangan lelaki yang pertama buat aku bahagia di dunia ni. Dia memang lelaki yang baik.

"Amboi....siapa yang cium kau kat kereta tadi Nadey? Kau dengan Azmer gaduh ke?", orang office memang busy body.
"Yang hantar saya tadi, suami saya. Azmer ..........kawan saya", jelas aku. Tapi Azmer? Satu office sudah ingat aku dan Azmer kekasih. Pedulilah apa kata orang-orang office. Arghh aku tiada mood untuk bekerja. Yang aku boleh fikir sekarang adalah mencari Intan. Aku nak perkara ini selesai cepat. Aku mencari kenalan yang pakar dalam bab mencari orang ini. Setelah beberapa orang aku hubungi akhirnya aku dapat satu agensi yang boleh dipercayai. Setelah berbincang melalui telefon, kami akhirnya setuju untuk berjumpa.

"Ini Intan, saya akan bayar baki setelah awak dapat jumpa Intan. Ini senarai kawan rapat Intan. Tolonglah saya untuk cari kawan saya ini antara hidup dan mati", bebel dan merayu. Itu ajalah ayat aku, berapa kali ulang entah. Nasib baik agensi ini memahami situasi aku dan dia meminta sedikit masa.

Selang beberapa minggu, setelah aku merujuk pada agensi mencari orang, selama itu juga Azmer menjauhi aku.

Bagaimana perasaan aku sekarang?

Aku rasa Bad telah skor lebih markah dalam hati aku. Jika di tempat kerja aku sedih Azmer menjauhi aku. Aku pula jarang terima panggilan dari Ibu. Mungkin Azmer sudah menceritakan segalanya, aku merancang untuk berjumpa dengannya satu hari nanti. Sedih bila orang yang aku sayangi mulai hilang satu persatu tapi kesedihan itu telah dirawat oleh Bad. Maka setiap hari rasa tak sabar nak balik rumah. Di rumah pula aku bukan tunjuk gembira pun. Saja tunjuk ego depan Bad, seronok bila main tarik tali dengan Bad. Kini dia kembali ceria seperti yang aku kenal dahulu tapi kali ini romantik melebih-lebih, makin mengada-ngada macam budak kecik. Bak kata Bad, "tak apa semuanya HALAL".

Aku dapat rasa perubahan pada diri aku. Mungkin aku kena terima hakikat. Sejak pulang dari pulau hari itu, aku tak pernah putus membuat solat Istikharah. Aku tak dapat sebarang mimpi, tapi mungkin ini jalan yang perlu aku redha. Mungkin Bad pemilik tulang rusuk itu.

Malam itu, selepas makan malam kami berdua menonton filem Battleship. Tengok hero Battleship, Taylor Kitsch macam iras Azmer pula. Ya Allah, emo tetiba.

"Abang boleh tak kalau tak nak tengok cerita ni? Sebab saya dah tengok 511 kali", nampak tak sekarang aku dah bersopan tutur kata dengan suami. Sekarang juga aku dah selesa memanggil Bad 'abang'. Hikhikhik gatal pulak.

"Ok tak payah tengok filem ni, apa kata kita buat filem sendiri", gurauan Bad diakhiri dengan ketawa yang aku rasa amat menjengkelkan. Dia suka buat gurauan begitu namun setakat ini dia tak pernah 'sentuh' aku lagi. Mungkin dia paham aku perlu sesuaikan diri dahulu. Ambil masa konon. Akhirnya aku memberi idea untuk main game PS2 saja. Menjerit-jerit kami main game street fighter. Kami bet, siapa kalah dia buat apa saja kemahuan si pemenang seharian.

Terbaik, buat kali pertama aku kalah. Ini makanan aku kot, Bad tak pernah menang. Mungkin malam ini semangat dia lebih sikit. Ya Allah, geram pulak aku tengok senyuman nakal Bad. Dia menulis wishlist apa yang aku perlu buat. Sakit urat tengkuk aku baca.

1. Cium pipi abang
2. Peluk abang

Tak sampai 5 aku baca aku koyak. Menjerit-jerit kami malam tu, riuh! Macam zaman kami kecik-kecik macam tu lah. Rasanya jiran kami pon dah tension bunyi bising dalam rumah. Hidup aku lebih bermakna sekarang. Kalau dulu aku bising supaya Bad tidur dibilik tetamu, tiap kali bangun pagi mesti dia berada di katil aku tidur. Kini, malas bising aku biarkan saja Bad tidur di bilik aku. Dalam hati, siapa yang nak tidur berjauhan dengan suami. Ego punya pasal. Banyak aktiviti kami lakukan bersama. Tak pernah pulak aku boring, malah makin teruja. Ya lah dari dulu dengan Bad je kan. Pelik. Serius pelik.

Suatu hari, setelah 2 bulan aku menanti. Agensi mencari orang tu menghubungi aku.

"Cik Nadey, kami dah dapat jumpa Intan dimana. Dia sekarang di New Zealand. Dia sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak kecil. Saya juga sudah mendapatkan nombor telefonnya.", lengkap info dari mereka.

"Okay terima kasih, saya akan bank in baki. Terima kasih banyak-banyak. Servis awak terbaik lah...macam agent 007", puji melambung aku.

Aku menghubungi Intan, tak sangka Intan pantas mengecam suara aku dan kami berborak seolah-olah tiada apa perlu yang dia kesal atas perbuatan dia dulu. Intan perlahan menceritakan segala dari awal mengapa dia bertindak meninggalkan Bad. Rupanya dia terjumpa satu kotak milik Bad ketika mereka pindah barang ke rumah baru. Bila dibuka, penuh barang milik aku contohnya gambar, surat, hadiah yang Bad tak sempat beri pada aku, kasut, tudung, dan akhirnya dairy milik Bad. Selepas Intan membaca dairi tersebut Intan terduduk, dan dia sedar bahawa dia adalah pemisah antara aku dan Bad.

-Famili Intan adalah anugerah terindah, aku tak pernah merasai kasih sayang ibu ayah selama ini. Terima Kasih Allah. Sejak aku kenal ayah, sewaktu aku di ragut dan hampir ditikam, ayahlah yang menyelamatkan aku. Aku terhutang budi sungguh pada ayah. Kini ayah ingin membuatkan aku sebagian dari familinya. Intan, aku perlu berkahwin dengan Intan. Ya Allah kuatkan hati aku agar aku dapat melupakan Nadey. Ini mungkin takdir Mu, Nadey bukan jodohku.- Bad. Ayat dalam dairy ini masih segar diingatan Intan. Inilah sebab mengapa dia bertindak sebegitu rupa.

Selama ini Intan tak pernah putus berhubung dengan familinya. Ayah, ayah sudah tahu keputusan Intan sewaktu dia lari meninggalkan majlis perkahwinan itu. Hendak dibatal tidak boleh, kerana tok kadi sendiri sudah datang. Ramai saudara juga sudah hadir. Syukur aku sanggup mengganti tempat Intan mengikut seperti apa yang dirancang oleh Intan.

Ya Allah, semuanya dirancang? Aku rasa macam bangang dikhianati. Tapi bila mendengar alasan Intan aku tidak pula memarahinya. Dia sendiri sedih kerana Bad merupakan cinta pertamanya. Tak sangka Bad sebenarnya terpaksa berkahwin dengannya. Rasa bersalah pada Intan. Marah aku sebelum ni tetibe hilang.

Hari ini aku nak balik awal dari kerja. Berlari aku ke pasar membeli makanan. Tak sabar nak masak untuk Bad. Syukur dan pelik. Macam mana hati aku boleh 100% bertukar sayang terus pada Bad. Mungkin ini kuasa sebuah perkahwinan. Mencintai suami itu lebih berkat. Gembira bukan kepalang. Malam ini nak masak makanan kegemaran Bad. Hikhikhik

Bising bunyi deringan telefon.

" Nadey, Bad accident depan office ni!!! Saya nak ikut ambulan ke HKL. Cepat datang saya tunggu", Azmer cemas. Aku blur. Aku tak sempat bayar barang untuk memasak tadi, terus berlari mendapatkan teksi untuk HKL. Dalam hati rasa nak gugur jantung.

Apa yang dah berlaku? Kenapa Bad accident depan office aku? Azmer? Kenapa Azmer yang teman Bad ke hospital. Ya Allah

Remuk hati aku bila tahu berita ini.
Ya Allah, panjangkanlah umur suamiku. Selamatkanlah dia YaAllah. Bercucuran air mata tanpa hiraukan pakcik teksi. Bibirku tak berhenti berdoa..

Ya Allah............


Bersambung........

Khamis, 19 Disember 2013

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 4


Sayu aku melihat Bad makan dengan penuh selera. Inilah Bad yang aku kenal. Setahun aku tak jumpa, kini aku rasa hidup aku kembali lengkap seperti kami waktu kecil saling memerlukan. Sesekali Bad memandang aku, senyum dan sambung makan. 

"Haish....Bad ni lain macam je. Tadi peluk aku, bahasakan diri dia abang pulak. Seram paham tak seram??! Lepas ni apa pulak ...................Allah.." berligat otak aku fikir masalah mendatang.

"Aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami kalau itu yang kau nak sangat!!"

Terngiang-ngiang ayat seram yang terpancul dari mulut Bad. Serius aku cuak. Apa yang aku perlu buat?? Ditolak nanti berdosa, kalau aku rela mungkin aku akan menyesal dan bersalah pada Azmer. Ya Allah aku belum bersedia berikan aku peluang. Ligat kepala aku berfikir cara untuk larikan fokus dia untuk jalankan tanggungjawab dia 'yang tu'. Gila tak cuak!

Usai makan, aku kemaskan dapur. Bad masih membisu sambil ralit menonton drama TV3. Aku membuat air kopi susu kesukaan Bad. Aku plan untuk berbincang dengan Bad sekarang. 

"Bad, boleh kita bincang pasal hal kita?", soal aku sambil berdiri tegak depan Bad.

Bad tersenyum lalu dia menarik aku duduk sebelahnya. Aku hanya menurut. Kini kami saling berpandangan. Aku rasa sedikit tidak selesa dengan pandangan yang memberi seribu makna itu. Mulalah aku gelabah cirit.

"Bad, aku tak pernah cintakan kau. Dan sekarang aku dah jumpe Azmer, cinta pertama aku. So macam mana? Aku tak boleh duduk serumah dengan kau macam ni. Nanti.......", belum sempat aku teruskan ayat, Bad terus memotong percakapan aku.

"Nanti apa? Nanti aku buat macam ni?", laju bibir Bad singgah ke pipi aku. Aku menolak kasar. Yeah Nadey tomboy kini kembali. Ada jugak kena siku Muay Thai aku ni karang. 

" Bad, please!! Aku serius ni. Kita macam mana? Tolong... aku nak kawan aku kembali.....Bad yang lama...abang aku yang dulu. Bad tolonglah, kau tahu ini kali pertama aku jatuh cinta. Aku betul-betul serius dengan Azmer. Dia dah tahu masalah kita. Aku dah cerita semua dan dia berjanji untuk selesaikan masalah ini bersama. Mungkin dia boleh mencari Intan. Kau masih sayangkan Intan kan?.", tegas penerangan aku dan berharap Bad jelas. 

" Betul aku cintakan Intan tapi sekarang kau isteri aku. Kau faham tak, isteri??? Tanggungjawab aku untuk cintakan kau juga dan aku berhak tuntut hak aku.", kali ini nada Bad semakin mendatar.  
Allah...........tuntut hak dia????? What the .......happen? Pelik gila, sibuk .....nak tuntut hak. Dah selama setahun kau menghilang tak ada meroyan pasal hak pulak. Ni yang buat kepala aku rasa panas, kang aku mengamuk kata derhaka. Ok fine aku lupa aku isteri dia. Tapi aku tak rela  orang lain sentuh aku melainkan Azmer seorang. Mata aku mulalah panas, kabur....

"Sekarang ini kau nak aku korbankan diri aku untuk jadi patung kau. Bila kau dah guna aku, dah tuntut hak kau, bila kau jumpa Intan kau nak lepaskan aku atau kau nak aku jadi isteri pertama kau!!!!! Aku tak layak bahagia?? Aku hamba kau? Ok kalau macam tu sampai mati aku tak akan redha dengan apa yang berlaku dan sampai mati aku tak akan lupakan Azmer.", herdik aku hamburkan. Tak tertahan rasanya, semua aku lepaskan. Air mata kini bercampur hingus. Lantaklah hodoh atau tidak tapi tekad, ini yang akan aku buat.

Bad menahan marah, terus bangun menuju ke bilik tidur lalu dihempas pintu sekuat-kuatnya. Ya, dari dulu Bad memang tak boleh melihat aku menangis. Itu kelemahan dia. Kenapalah Bad boleh terfikir nak simpan aku macam perempuan simpanan dan terang-terang beritahu isteri dia yang dia cintakan perempuan lain?? Serius aku bingung fikirkan kenapa Bad boleh tamak sangat. Mungkin kami dari kecil tak pernah berpisah. Rasa sayang itu tidak pernah lebih dari seorang abang. Jijik rasanya bila fikir kami suami isteri. Rasa macam sumbang mahram. Betapa jauh pangkat Bad sebagai seorang abang berbanding seorang suami. Tapi tak berdosakah aku berbuat begini pada suami? Ya Allah seram bila fikirkan syurga aku di bawah tapak kaki suami.

Akhirnya aku terlelap di sofa. Aku sedar pagi itupun apabila Bad kejut untuk solat subuh bersama. Bukan sekali kami solat bersama, maka tiada rasa yang berbeza. Usai beri salam aku terus bangun tapi pantas tangan Bad menarik aku. Terduduk aku sambil melatah. Atas sejadah, dengan tenang Bad bersuara.

" Kau tak boleh cintakan aku ke? Kau tak nak usaha? Aku mintak maaf, tapi aku rasa aku memang cintakan kau. Kalau kau nak tahu, aku tak pernah tinggalkan kau. Tiap hari, keluar sahaja kau dari rumah, aku akan pastikan kau selamat sampai office begitu juga pulang ke rumah. Aku cuba bertahan amarah aku setiap kali aku lihat kau begitu rapat dengan lelaki tu atau memana lelaki sekalipun. Pada mulanya, aku sedar aku tak patut abaikan kau dan aku rasa kau tak patut aku kongkong. Maka aku rela lihat kau bebas berkawan dengan semua orang seperti sebelum ini. Mungkin itu hukuman aku. Tapi sejak aku ekori kau ke Port Dickson malam tahun baru tu. Aku rasa kau perlu tahu yang kau masih isteri aku.", lebar penjelasan Bad membuatkan segala persoalan aku selama ini terjawab. Ya Allah apa perlu aku buat. Aku tetiba rasa sayu dengan penjelasan Bad. Bad itu suami aku. Tapi dia dah janji nak lepaskan aku! Sebab itu aku yakin aku masih ada harapan bahagia dengan Azmer.

Sekarang fikiran aku kosong. Aku tak tahu nak fikir apa. Aku menahan air mata lagi. Aku takut aku goyah dengan penjelasan Bad. Azmer...Azmer tolong aku.

Aku mendiamkan diri tanpa respon sedikit pun pada Bad. Aku melipat telekung dan sejadah lalu aku terus turun ke bawah. Akhirnya aku teringat Azmer. Terus aku mencari telefon bimbit. Ya Allah 20 miscall dan 5 masej. Terus aku call Azmer tanpa berfikir Bad masih di rumah aku.

"Assalamualaikum, awak dah solat? Mintak maaf saya penat sangat semalam terus pengsan. Nanti kita makan tengahari sesama okay. Saya malas masak..........", bila terdengar suara Azmer aku rasa sangat lega ..rasa selamat. Lupa Bad ada di rumah. Aku yakin hati aku betul-betul pada Azmer. Tapi dosa macam mana? Arghhhh nanti aku fikir.

Bad menuruni tangga sambil merenung tajam ke arah aku. Ya Allah, takut Bad berbuat macam-macam pada aku, cepat-cepat aku akhiri perbualan. Aku terus ke dapur siapkan sarapan.

Bad suka makan nasi goreng, maka pagi itu nasi goreng kampung dan telur mata berkicap. Aku akan cuba sedaya menjadi isteri melayan suami sementara masih boleh berbakti.

"Lepas makan ni ikut aku keluar", arah Bad.

Alamak aku dah janji dengan Azmer.

"Tapi......", aku cuba beri alasan.

"Kalau kau tak nak aku tuntut hak aku, better kau dengar cakap aku", ugutan Bad cukup membuat aku terus terdiam. Tak habis-habis dengan hak dia. Mengamuk karang baru tahu.

Ketika bersiap, aku menghantar masej kepada Azmer.

Azmer, saya tak dapat keluar makan dengan awak. Awak tahu semalam Bad jumpa saya. Maaf saya tak dapat explain semua. Saya just nak awak tahu, saya sayang awak seorang sahaja. Pls jangan call atau masej. Saya sendiri akan cuba selesaikan masalah ini dengan Bad dahulu. Jangan risau saya dah set up emergency call nombor awak. Salam. - Nadey <3 Azmer

Aku turun ke bawah cepat-cepat bila Bad memasuki bilik dan membuka butang bajunya. Beberapa minit kemudian, Bad keluar dengan bagasi travel milik aku. Pelik, baju siapa? Baju Bad dalam beg galasnya sahaja. Takut untuk tanya lagi maka aku diam dan masuk ke dalam kereta Bad.

Destinasi tidak diketahui, tetapi kereta seperti menuju ke pantai timur. Dalam kereta aku hanya memandang kosong ke luar tingkap dan akhirnya aku terlelap.

Tiba-tiba aku rasa panas, berpeluh, perlahan aku buka mata rupanya kereta kami berhenti rehat di hentian R&R. Blur dimana. Tapi Bad sedang tidur. Penat memandu seorang. Lama aku tenung muka Bad. Tak sangka dia sekarang suami aku. Perlu ke aku beri peluang pada dia. Tapi dia cintakan Intan dan aku cintakan Azmer.

"Mana penting Nadey? Dosa atau cinta kau dengan Azmer?", bisik hati sambil terbayang wajah Azmer.

Melihat susuk badan Bad yang tidak lagi seperti dahulu, tegap berisi hasil usaha berlatih di gym membuatkan dada aku berombak. Kini badannya susut tak bermaya. Rasa kasihan semakin menebal. Kalau dahulu aku setuju untuk berkahwin dengannya kerana Intan memberitahu bahawa Bad mencintai aku. Tapi setelah terpancul dari mulut Bad sendiri, aku hanyalah sejarah dan dia mencintai Intan. Aku terus menyesal dengan perkahwinan ini. Kini aku faham, aku sedih menangis kerana dulu aku mungkin pernah menyukai Bad. Kini aku juga faham kenapa aku boleh setuju untuk menggantikan Intan. Tapi itu dulu, kini aku ada Azmer.

Terkejut aku dari mengelamun, Bad membuka mata dan tersenyum. Mungkin dia senyum kerana kantoi aku ralit merenung dia tidur. Mungkin juga dia perasan aku kata dia hensem.

"Abang lapar la, jom teman makan sekejap", pinta Bad. Kali ini perkataan abang tidak lagi buat aku meremang. Aku hanya menuruti. Seperti biasa, aku lah yang jaga makan minum bad dari dulu lagi dan aku tahu makanan kesukaan Bad, dah menjadi kebiasaan aku untuk mengambil makanan untuk Bad. Haish untung la dari sebelum kahwin pun aku dah layan macam raja.

 "Kau nak bawak aku pergi mana ni?", slumber aku masih berlagak biasa.

"Cuba hormat suami sikit, abang!!.....abang!!...bukan kau aku. Tolong sedar sikit yang kau tu isteri aku.", tegas Bad.

Hek eleh orang tua ni guna kuasa sebagai suami pulak. Panas hati aku padahal dia tak paham ke keadaan aku yang rasa tak selesa ni?. Belum masanya nak panggil abang. Gila!

"Ok, kita nak kemana sekarang???", bentak aku.

"Kau ikut aku je. Aku bukan nak bunuh kau pon. Aku nak jalankan tanggungjawab sebagai seorang suami la ni..bukan kau nak sangat?. Dah jangan bebel, makan. Kang aku cium kang", Bad menyeringai gelakkan aku.

Malas aku layan orang tua mengada ni. Aku rasa better aku diamkan diri sahaja. Beberapa jam kemudian kami sampai di Besut. Kami ke jeti dan aku baru dapat tangkap. Ya Allah dia nak bawak aku pergi honeymoon ke? Ya Allah selamatkanlah aku.

"Pulau??????????? Tapi..aku...saya tak bawak baju!!!!", teka aku.

Bad hanya tersenyum. Dari awal dia dah plan semua ini. Dia juga telah mengambil semua baju dan  keperluan aku dan semuanya tersumbat dalam bagasi besar tu. Aku mulai rasa peluh menitik kerisauan. Ya Allah, maknanya aku terpaksa .................... jadi isteri dia? Habis! Aku mengundur dari menjejaki jeti itu. Aku ingin lari!

Tangan Bad pantas mencapai lengan aku yang gemuk dengan harapan aku boleh bertenang. Aku ingin melepaskan diri tetapi genggaman Bad amat kuat. Makin aku meronta makin sakit. Walaupun aku agak kuat berbanding dengan purata wanita di Malaysia tapi kederat Bad lebih kuat dari aku, kederat badak ke apa? Akhinya aku mengalah dan biarkan saja.

Sebaik sampai sahaja di pulau yang indah itu. Kami check in chalet dan aku terus conquer katil dengan melebarkan badan aku sehingga memenuhi ruang katil. Bad hanya perhatikan perangai aku. Malas aku fikir keadaan aku seperti apa waktu itu. Aku ingin menenangkan fikiran aku sebelum tiba waktu malam. Lagi berapa jam untuk waktu maghrib. Bad hilang entah ke mana. Aku tak jadi nak tidur sebab belum solat lagi, lalu aku bangun ke bilik air.

Sesaat aku sujud untuk rakaat terakhir, tetibe hanya wajah Bad kelihatan. Aku menangis dalam sujud. Aku sedar dosa aku kini. Perasaan sebu bercampur aduk dengan wajah Azmer. Aku bangun memberi salam dengan tenang. Tanpa sedar, Bad telah pun berada dihadapan aku dengan berkopiah. Dia mengesat air mata aku di pipi. Dia menghulurkan tangan dan automatik aku menyambut lalu mencium tangannya.

What happen to me Allah????

Selepas drama menangis tadi, kami keluar makan malam. Aku dah la pantang lapar, hyperactive tapi sekarang aku hanya mendiamkan diri, begitu juga Bad. Mungkin dia beri peluang untuk aku menenangkan fikiran aku. Bad bangun dari kerusi. Aku hanya diam dan fokus makan, nyum ..nyum. Tidak lama kemudian, Bad datang ke meja dengan dua aiscream ditangannya.

"Mc Flurry tak ada kat sini ya, aiscream biasa je. Nah!", menunggu huluran disambut aku. Belum sempai aiscream habis, Bad menarik tangan aku bangun. Kami berjalan-jalan di gigi pantai. Tangan aku kemas dirangkul dan rapat ke dada Bad. Tetiba rasa selesa.

"Nadey, boleh beri abang peluang?", akhirnya Bad bersuara.

"Beri abang peluang, abang merayu. Pasal Intan abang tak nak fikir lagi. Setahun abang cari dia. Cinta? Mungkin Allah hadiahkan Nadey untuk abang. Cinta tu layak untuk Nadey. Boleh tak beri abang peluang", rayuan diulang.

Aku diam. Aku terus meleraikan pegangan tangan Bad dan terus masuk ke bilik. Berilah masa untuk aku berfikir, aku terus pejamkan mata dan tidur.

Esok pagi aku bangun kesejukkan, aku mencari kelibat Bad. Sebak melihat suami tidur di atas sejadah. Aku bangun dan bersihkan diri. Lihat jam belum azan Subuh. Sambil menunggu azan, aku merenung tubuh Bad yang merekot kesejukkan di atas sejadah itu. Aku bangun tutup suis aircond. Perlahan aku mendekati Bad.

"Bad, bangun solat subuh", perlahan aku menyentuh bahunya.

"Bukan Bad, abang!!......abang!!.....", sempat lagi dia mengingati aku dengan panggilan itu. Pantas dia bangun, berwudhuk dan mengimamkan solat.

Usai solat, aku labuhkan badan ke katil. Aku menarik selimut, selesa sangat bermalasan sebegitu. Tiba-tiba Bad menarik dan masuk dalam selimut juga. Kini badan Bad amat rapat dengan aku. Aku pantas mengangkat badan untuk bangun tapi pantas lagi tangan Bad menjatuhkan badan aku dalam pelukannya. Ok lemas, aku cuba bersabar dengan perangai mengada-ngada Bad.

"Tolong jangan paksa saya!", aku berusaha menjarakkan diri.

"Berdosa tak dengar cakap suami. Berdosa buat abang sedih. Abang tak buat apa-apa pun. Abang nak peluk teddy bear abang ni je. Sejuk.!!! Berilah peluang abang nak bermanja, setahun abang tunggu tau", gurau Bad buat aku geli-geliman. Habis!!!!

Faham tak? Sebelum ini Bad hanya ambil berat tentang aku sebagai kawan dan tiba-tiba perasaan itu jadi lebih dari sepatotnya buat aku rasa nak pecah urat kepala. Boleh short circuit macam ni.

Setelah penat berusaha melepaskan diri akhirnya aku membiarkan saja dia memeluk aku. Lagipun, kederatnya 50 kali ganda dari aku, kederat badak. Better aku diam aja. Sejak bila aku jadi lemah macam ni. Aku menutup mata dengan harapan semuanya berlalu dengan pantas.

Haish!! Payah nak lelap, terdengar dengkuran kecil Bad. Dia sudah nyenyak. Perlahan aku buka mata. Aku perhatikan wajah Bad, kali ini aku tenang sangat lihat wajah Bad. Siapa sangka kami dari kecil tak pernah berpisah kini dia suami aku pula. Ramai kata Bad ni macam hero malaya, Syamsul Yusof. Putih, muka pon hensem, tiada seketul jerawat pun ada, bersih, kening tebal, hidung mancung, bibir.......emm stop Nadey. Seronok pula tengok Bad dari dekat macam ni. Habislah


Bersambung............


Rabu, 18 Disember 2013

MOOD MENULIS

Bahahahah

Mesti ramai pelik, bukan sorang dua ramai lak kawan aku masej aku. Sejak bile aku suke tulis carpen?. Jangan pelik sangatlah...aku kan dah biasa merepek dari dulu. Aku memang suka menulis. Kalau zaman UKM, teater. Satu carpen aku pon aku tak berani nak sumbangkan. Takut sebab aku tahu penulisan aku amat lemah. Merepek dan semuanya imiginasi biasa aku sahaja.

So aku nak bagitau, biasenye cerita yang aku merepek tulis dalam blog banyak adaptasi dari mimpi aku. Kan aku ada anugerah boleh sambung mimpi. Haaaa kau hado?

Nak share aku bayangkan watak dalam cerita aku ni sape???

Kihkihkih imiginasi liar sangat.

Syamsul Yusof >>>>> Bad
Taylor Kitsch >>> Azmer
 
Hebat tak imiginasi aku??? Kau hado??? Kihkih sekarang mood aku tak leh stop. Nanti sampai tetibe otak aku blur, beku habis. So ada masa aku tulissssssssssssss je. Tak pakse orang bukak blog aku pon. Aku menulis suke-suke. Tu je boleh buat aku senyum sorang-sorang. Loser gile rase.
 
 
 

Pulun-pulun.

Peace no war

" Sabtu ni wanie n chibi pulak kawin. Sure aku emo. harap aku boleh tenang LOL"

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 3

"Terima kasih Nadey, sanggup makan dengan Ibu. Selalunya Ibu makan ngan bibik je..", terserlah kegembiraan pada wajah tua Ibu Azmer. Sambil memotong buah, Ibu tanya kepada aku kali ni seperti berbisik.

"Nadey dah lama kenal Azmer? Azmer tak ramai kawan perempuan dan dia tak pernah bawak kawan perempuan datang jumpa ibu. Ibu hampir ingat selama ni Azmer suka lelaki kihkihkh", jelas kerisauan Ibu Azmer tetapi sempat pulak membuat lawak.

Aku tak tahu nak jawab apa, aku hanya gelak. Dalam hati rasa pelik, aku baru je kenal Azmer semalam. Tapi Azmer dah pecah rekod bawa kawan perempuan berjumpa Ibu. Gelak aku masih bersisa, tetiba Azmer menjerkah. Ibu dan aku terus melatah akhirnya kami bertiga gelak besar.

Ya Allah, jika benar suasana berumahtangga bahagia seperti ini kenapa aku tak boleh bahagia bersama suami seperti ini? Bad tinggalkan aku tanpa berita. Rumah kami berdekatan hanya berlainan taman. Aku pernah ke rumahnya tetapi telah ditinggal kosong. Mungkin dia pon jijik nak anggap aku sebagai isteri kerana dia hanya menganggap aku sebagai adiknya sahaja. Tetapi aku pelik kenapa setelah 3 bulan dia masih tak ceraikan aku? Kenapa dia masih transfer duit bulanan ke bank aku? Semua soalan tiada jawapan. Aku takut...aku takut aku benar-benar jatuh cinta pada Azmer. Bagaimana aku nak jelaskan pada Azmer tentang status aku? Adakah aku akan kehilangan Azmer? Better beritahu awal jangan sampai perkara berlarutan. Sekali luka, berparut tidak hilang hingga putus nyawa.

Setelah membilang hari, kami sudah berkawan rapat 9 bulan seperti pasangan kekasih tetapi kami masih belum terikat apa-apa hubungan.. Malam ini malam tahun baru. Aku telah meminta izin dengan Ibu, kerana Azmer mengajak aku makan berdua malam ini. Aku dengan Ibu amat rapat sehingga aku pernah beberapa kali bermalam dirumah Ibu. Azmer pula mempunyai rumahnya sendiri, di Kepong. 

Malam ni aku dress up cantik sikit. Calitan make up nipis tapi mata aku kelihatan segar dengan bantuan eyeliner. Ye lah selama ini mata aku macam penagih dadah. Seperti biasa Azmer sangat kacak. Senyuman dia membuatkan aku lupa yang aku sebenarnya berstatus isteri orang. Sebaik sampai di restoran, terdapat sebuah meja berhias lilin dan lengkap dengan makanan. Meja pula terletak betul-betul di tepi pantai. Bunyi desiran membuatkan malam itu terasa sungguh romantik. Kami berborak, tergelak-gelak dengan lawak bodoh aku. Tetiba Ibu muncul membawa kotak merah, muka aku terkejut beruk dah dapat mengagak isi kandung kotak merah itu. Ibu duduk di meja kami, sambil tersenyum dengan penuh makna.

"Ibu nak meminang Siti Nadirah binti Khairudin jadi menantu Ibu boleh? Nadey suka?", lembut tuturan ibu sambil menggenggam jemari gemukku. 

Aku hilang kata. Allah inilah masanya aku perlu jelaskan semua tentang aku. "Maaf Ibu tapi ada sesuatu Nadey nak beritahu", mata aku terus berkaca. Tambah pula angin pantai yang dingin. Laju terus takungan air mata jatuh ke pipi. Habis make up.

Setelah aku menceritakan segalanya, Azmer kelihatan sugul dan jelas dia amat kecewa dengan aku. Ibu pula turut menangis dan memeluk aku. Teresak-esak ibu. Sedih sangat aku telah kecewakan hatinya malam itu. 

Lama Azmer membisu, Meraup dan menekup muke menunduk bumi. Aku redha jika aku kehilangan Azmer dan Ibu kali ni. Bukan sekali aku ditinggalkan keseorangan di bumi ini. Aku dah biasa kecewa. Tiba-tiba Azmer bersuara.

" Nadey, saya betul-betul cintakan awak. Dalam kes ni awak tak bersalah. Dan......dan Bad juga tidak pernah menyentuh awak kan. Saya nak tanya awak. Awak nak kahwin dengan saya tak? Itu je saya nak tanya", sebak suara Azmer.

Ya Allah aku tak sangka Azmer betul-betul serius dengan aku. Terima kasih Allah Kau berikan Azmer untukku. Tanpa berfikir, aku mengangguk. Ya aku juga mencintai Azmer. Akhirnya aku luahkan juga perasaan yang terpendam.

"Nadey, mulai harini kita cari Bad okay? Mungkin ini ujian untuk kita. Kita akan cari Bad dan selesaikan semua masalah. In sha Allah selagi saya yakin awak untuk saya, saya akan usaha semampu saya. Ibu sayangkan Nadey kan ibu???", reaksi Azmer penuh harapan. 

Malam itu aku tidur dirumah Ibu. Ibu sangat sedih mengenangkan kisah aku. 

"Sudahlah anak yatim piatu, dijadikan kambing hitam untuk lelaki yang dianggap seperti abang dan ditinggalkan oleh suami tak bertali. Kasihan Nadey. Ibu ada ya, menangislah, mengadulah pada ibu", rintih ibu. Malam itu kami terlelap dengan sisa air mata.

Setelah kejadian hari itu, Azmer amat ambil berat tentang aku. Begitu juga dengan Ibu. Hati aku sekarang betul-betul penuh dengan nama dan kasih Azmer. Ini rasa yang pertama setelah 26 tahun aku hidup. Azmer cinta pertama aku dan aku juga berdoa agar Azmer juga cinta terakhir aku.

Petang itu, Azmer ada meeting dengan bos. Maka aku balik ke rumah sendirian dengan teksi. Azmer menghantar masej.

Nadey sayang, balik elok-elok okay jangan pandang lelaki lain. Malam nanti sy call sayang ya. Makan dulu jangan tunggu sy mungkin balik lewat. Much loves from Azmer hensem gila - Azmer

Kali ni pantas aku reply.

Baik Azmer sayang, saya nak masak sedap harini nak makan banyak-banyak. :P
Infinity loves from Nadey kurus. - Nadey

Sampai di rumah, aku mengeluarkan kunci untuk membuka mangga pintu. Tiba-tiba tangan aku direntap kasar. 

"Bad????????????????", jerit aku ketakutan. 

"Kau isteri aku kenapa kau nak lelaki lain. Kau ingat aku bodoh tak tahu kau buat ape??", Bad menggigil kemarahan. Dia menarik aku masuk ke rumah, lalu di hempaskan badan aku ke sofa. Sumpah ini pertama kali aku melihat Bad marah. Dia bukan Bad yang kenal selama ini. Seorang penyayang dan lemah-lembut. Kini dia bengis, serabai dan matanya penuh amarah.

"Jawab soalan aku, kenapa kau macam perempuan jalang?", teriak Bad bergema dalam rumah. Rupanya selama ini dia memerhatikan aku. Dia tak pernah tinggalkan aku.

"Muhammad Badrul bin Zain! Kalau kau suami aku, kenapa kau tinggalkan aku macam perempuan bodoh??????????? Kau kata nak lepaskan aku? Sampai hati kau tinggalkan aku Bad. Kau aku anggap abang aku, selama ni kau tempat aku mengadu dan kita bersama dari kecil Bad. Sampai hati kau buat aku macam ni", semakin rendah intonasi aku. Aku ingin Bad tenang.

"Abang? Aku suami kau Nadey. Pernah kau fikir kenapa aku tinggalkan kau? Aku tak nak sentuh kau!!!!!!!!! Aku takot aku hilang kau pulak. Aku masih mencari Intan. Mesti ada salah faham kenapa dia tinggalkan aku. Mungkin dia ingat aku masih sukakan kau. Mungkin juga aku ada tersalah cakap.  Dan kau tak boleh tinggalkan aku selagi aku tak jumpa Intan.", tegas Bad.

"Ah sudah! Kau ingat aku barang ke Bad? Takkan aku nak abdikan diri aku untuk suami macam kau? Ape kau kate? Aku tak boleh tinggalkan ko selagi kau tak jumpa Intan? Serius kau dah mati akal gamaknya. Cuba kau fikir, aku ni patung ke? Aku pun nak bahagia juga. Kau dah gila", melenting aku panas dengan kata-kata bodoh Bad.

"Kau pikir, selagi kau masih isteri aku, syurga kau dengan aku. Mulai dari hari ini kau pindah rumah aku atau aku pindah sini. Aku akan jalankan tanggungjawab aku sebagai suami kalau itu yang kau nak sangat!!", ugutan Bad membuatkan aku rasa meremang. Azmer.................

 "Aku cintakan Azmer dan aku nak kau lepaskan aku seperti yang kau janji dengan aku hari itu", aku memberanikan diri membalas ugutan Bad.

Aku seperti mencabar Bad, Bad terus menghampiri aku dan menindih badanku. Sesak nafas. Bila dengar rengusan nafas kasar Bad, aku takut, aku cuba melawan dan akhirnya aku menangis. Tiba-tiba Bad berhenti dan badan aku ditarik untuk duduk lalu dipeluk kuat. Bad tewas setiap kali melihat aku menangis. Akhirnya, ini Bad yang aku kenal.

"Abang minta maaf, abang tak patot buat kau macam ni. Abang minta maaf, Ya Allah.....", Bad juga menangis. Aku membiarkan saja pelukan Bad. Mungkin dia perlu tenangkan fikiran. Lama juga dia teresak-esak. Mungkin benar kata dia, dia perlukan aku untuk mencari Intan. Lama kemudian, senyap. Bad tertidur dalam esakkan. Perlahan aku meletakkan kepala Bad ke sofa. Kesian Bad, setahun dia mencari Intan. Keluarga Intan sendiri tidak jelas kemana anak daranya menghilang.

Aku bangun dan naik ke bilik untuk bersihkan diri. Mungkin aku perlu solat hajat lebih untuk selesaikan masalah ini. Selepas mandi dan solat aku turun ke bawah untuk masak. Kelibat Bad hilang dari sofa. Mungkin dia ke tandas atau solat. Aku tahu, Bad yang dulu lain dengan Bad yang sekarang. Wajah bengisnya tadi cukup buat aku rasa seram. Dia seperti orang asing. Tapi aku beranikan diri dan mengawal ketakutan aku. "Okay, in sha Allah Bad tak akan apa-apakan aku", positif akal aku.

Hari ini aku masak gulai ayam lemak cili api, taugeh goreng dan telur mata masak kicap untuk Bad. Sedang aku membasuh pinggan, tiba-tiba pinggang berlemak aku dipeluk dari belakang. Allah.........kenapa Bad lain macam?

"Sedapnya bau... isteri abang masak apa??", manja suara Bad.

Allah!!!!!!!!!!!!!!!Terkejut aku nasib baik aku tak melatah. Mahu muke Bad bertemu siku aku. Berpeluh aku. Aku tiada hak untuk menolak perlakuan Bad sebab aku masih isteri dia. Takut juga jika aku menolak habis Bad bertukar bengis sekali lagi. Demi keamanan sejagat dalam rumah ini aku membatu sahaja. Perlahan aku menjarakkan diri seolah-olah untuk membuat kerja lain. Nasib Bad faham yang aku perlu bergerak untuk siapkan makan malam. Tekad, aku perlu berbincang dengan Bad yang aku betul-betul cintakan Azmer.

Azmer...........aku akan usaha.


Bersambung.....

Selasa, 17 Disember 2013

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT? - Part 2


Gila!!! Aku tengok kalendar harini. Dah tiga bulan ku jadi isteri orang. Gila!!!! Walaupon isteri yang tak berapa lengkap tapi dalam undang-undang aku isteri yang sah. Sejak kejadian hari itu, Bad tak pernah menghubungi aku. Apa dosa aku dia buat macam ni. Pernah beberapa kali aku masej, call tak pernah berbalas, berjawab. Tapi yang pelik, dah termasuk bulan ketiga aku dapat duit transfer dari akaun Bad. Dia masih fikirkan aku. Mungkin dia sedar tanggungjawab dia juga memberi nafkah. Walaupon ia nafkah zahir. Nafkah batin? Mungkin aku cakap je taknak tapi dalam hati....Ya Allahhhh shuh...shuh...Bad kot. Aku dah anggap dia macam abang kandung aku. Selera pulak aku.

Apa yang aku perasan sejak aku kahwin express ni, ramai pulak lelaki nak berkenalan dengan aku. Kalau dulu haram sorang pun tak nak berkenalan. Kene reject lagi adalah. Serius aku tak berapa nak paham keadaan sekarang. Ye lah, aku ni gemuk kot pastu perangai tak senonoh. So aku paham kenapa orang tak nak dengan aku dulu. Dah sekarang ni kenapa secara tiba-tiba kan?? Aku pelik gila. Tetibe rasa HOT. Hahaha 

Azmer, seorang lelaki segak, kulit kuning langsat, muka ya rabbi manis dan tinggi. Pekerja baru di office aku. Pertama kali bertentangan mata, aku terus kene kejutan elektrik akibat panahan cinta dari matanya. Over. Biasalah, mata keranjang seperti aku mudah untuk jatuh cinta pandang pertama. Sejak hari itu, aku rajin bersolek dan melaram. Hormon estrogen dan oxytocin melimpah ruah. Aku lupa yang aku sebenarnya isteri orang. 

Hari ini bagaikan hari menang loteri! Bos arahkan aku dan Azmer untuk ke ladang lembu di Manjung, Perak untuk berjumpa dengan pelanggan. Sebelum ini sepatah haram aku tak pernah berbual dengan Azmer. Hihi malu kononnya. Aku hanya membontoti Azmer ke keretanya. Masuk-masuk je, haruman bau kereta menusuk ke hidung. 

"Perghhhh, wanginya, karpet pun bersih. Aku memang suka lelaki pembersih", bisik aku sendirian. Bagi aku la, senang je nak kenal seorang lelaki iaitu dari keretanya. Kereta Bad dulu, aku lah tukang cuci dan tukang vakum. 

Bad......... aku rindukan kau. 

Dalam kereta Azmer memasang lagu Avenge Sevenfold. Dan-dan pulak lagu Seize The Day. Perlahan aku menyanyi dan dia terkejut. 

"Jarang perempuan tahu lagu ni!! Wow hebat. Awak memang suka lagu heavy metal ya?", Azmer memulakan perbualan. Pandai dia mencari topik perbualan. Aku terus semangat berbual tentang lagu-lagu rock yang aku suka. Memang best kalau jumpa orang yang sama kepala. 

Sepanjang perjalanan, kami berborak. Perjalanan 3 jam bagaikan sekejap sahaja. Setelah selesai berjumpa dengan pelanggan. Kami ke ladang lembu milik Pak Hamid. Pak Hamid meminta aku memeriksa puting susu salah satu lembunya yang sudah membengkak. Kes ini amat biasa berlaku pada lembu susu. Teliti aku memerhati sehingga tidak perasan keadaan sekeliling.

Tiba-tiba Azmer teriak " Nadey lari!!!!!! lembu gila....". Lembu tunggal ini terlepas dari kandang rupanya. Habis semua orang dikejarnya. Kaget melihat lembu yang pantas berlari ke arah aku dengan jarak yang amat dekat. Ape lagi aku terus pecut membawa lemak 50kg (lemak sahaja) dan akhirnya aku melompat pagar kandang tetapi malangnya kepala aku dahulu mencium bumi. Yes mesti hodoh sangat cara aku jatuh.

Sakit bukan kepalang, terdengar suara Azmer memanggil aku makin tenggelam. Akhirnya..............aku berjumpa Bad di dalam mimpi.

Setelah sedar, kepala aku berada di atas ribaan Azmer. Azmer pula mendongak tertidur bersandarkan dinding putih. Kami berada dalam rumah Pak Hamid. Pak Hamid bising dengan pekerjanya untuk menangkap lembu tunggal itu.

"what the heck??? Gila muka aku dekat sangat dengan badan Azmer yang tough ni. Ooooh yeah heaven!", tersenyum gatal aku sehingga aku lupa kesakitan tadi. Aku terus bingkas bangun dan dalam masa yang sama, Azmer juga terjaga. Tanpa berbicara, dia memegang kepala aku yang benjol, nasib tidak berdarah. Syukur Azmer tidak membuka hijab aku. 

"Tu la bajet Superwoman, saya nampak awak terjun macam ahli sukan. By the way, saya sudah beritahu Mr Yap yang awak cedera. Maka dia beri awak untuk ambil MC. Saya hantar awak balik ya.", serius mukanya mengiring aku ke keretanya.

Aku bagaikan tiada tenaga untuk berbicara, hanya senyum dan memegang benjol di kepala. Sebelum pulang, Azmer menemani aku ke klinik ambil MC, membungkus makanan dan paling best Azmer juga membeli aiscream Mc Flurry. Kenapa Azmer layan aku baik sangat ni. Wajah Bad perlahan menerjah di ingatan. 

"Kenapa, teringat boyfriend ya? Dia pon bagi aiscream McD jugak ke? Sorry lah tapi feveret saya ni. Kalau awak taknak saya mestilah nak", laju kenyataan Azmer seolah dapat membaca fikiran aku. Tapi Bad bukan boyfriend aku, dia kawan aku tapi.......sekarang dia suami aku.

"Eh....saya tak ada boyfriend. Gila perempuan gemuk macam ni siapa suka. Tapi saya suka aiscream ni awak beli satu je?", tempelak aku dengan kenyataan Azmer. Hilang terus wajah Bad setelah nampak aiscream.

" Tapi saya suka........." Azmer hilang kata. Dan aku pula menunggu dia habiskan ayat sambil memandang mata bundar Azmer yang kelihatan sangat kacak. Aku dapat agak pengakhiran ayat itu terus menerus nafsu gajah aku datang tetiba, tidak semena-mena aku menyuap Azmer dengan aiscream. Azmer hanya tersenyum. Ya Allah berderau, gugur jantung digoda Azmer sebegitu. Kami berkongsi aiscream sehingga habis. Akhir sekali, aku membuka air mineral dan berikan pada Azmer untuk mencuci tekak. Perbuatan aku seperti menjaga suami dan tetiba aku rasa bahagia. Azmer pula kelihatan senang dilayan sebegitu.

Terasa hari itu berlalu begitu pantas. Azmer menghantar aku pulang. Selang beberapa minit aku menutup tirai pintu, telefon berdering. Azmer??? Aku terus menjawab.

"Nadey, jangan lupa mandi dan rehat okay. Jangan lupa makan nasi nanti lapar pulak. Nanti saya call update ya. Bye". Pantas syarahan Azmer tanpa sempat aku membalas. Tersipu malu aku sambil merenung telefon bimbit. Hangat suara macho Azmer berkesan ditelinga aku. Nafsu gajah Nadey dah melepasi zon bahaya. Habis lah tak boleh tidur ingat Azmer. Jarang sekali dalam hidup aku, seorang lelaki yang melayan aku seperti perempuan. Sebelum ini kawan lelaki pon anggap aku seperti lelaki. Aku tak pernah merasa layanan istimewa dari lelaki. Bad pon seperti abangnya. Tidak pernah dilayan romantik dari lelaki lain. Azmer yang pertama, cukup buat aku angau.

Malam itu, aku angau lagi tapi aku mengawal kegatalan itu dengan menenangkan diri menonton Running Man yang aku download sebelum ini. Gelak-gelak tetiba aku mendapat pula masej dari Azmer.

"Thanks n sorry for today. Best travel dengan awak, sy happy sangat. Sy harap dapat travel lagi, dengar lagu rock sesama dan kongsi makan aiscream dengan awak. Sy rasa awak dah tidur, good night. Esok awak cuti kan? Jumpa Isnin ya" - Azmer 

Ego aku supaya tidak membalas masej itu. Esok sahaja balas. Masa itu aku dapat rasa ketegangan kulit muka akibat tersenyum lebar. Azmer ni macam nak try aku je. Syoknya.............kalaulah aku bukan isteri orang mungkin aku boleh kahwin dengan Azmer. Amboi baru sehari rasa bahagia. Aku lelapkan mata malam itu diakhiri dengan memori Azmer. 

Bad......................maafkan aku.

Esoknya, bising bunyi deringan telefon, rupanya Azmer. 

"Bangun solat dah? Awak dah okay? Harini ada plan tak? Teman saya beli barang boleh? Please....please..." rayu manja Azmer buat aku terus segar dan setuju. Aduh, jatuh ego aku. 

Usai solat, aku kemas rumah dan masak nasi goreng kimchi plus telur mata. Bermalas-malas lagi sebab janji dengan Azmer pukul 11 pagi dia akan datang ambil. Harini aku tak nak over, just kemeja, jeans dan tudung bawal. Nanti dia kata aku excited nak keluar dengan dia. Hihihi padahal kat rumah dah lompat-lompat. Lupa kepala masih benjol.

Tepat pukul 11 pagi, Azmer sudah tercongok beri salam depan rumah. Baiklah kuat gila suara, seram pulak nanti apa kata jiran. Aku pantas keluar sambil sarung sandal dan beg silang polo. Ringkas dan selesa. Azmer pula ya Allah aku hampir pengsan sebab kurang oksigen tengok kacaknya lelaki depan mata ini dan dia pula mengenakan cermin hitam Rayban. Memang taste aku Azmer ni. Minyak wangi seperti minyak tar ada...minyak wangian Polo pon ada jugak. Perghhhhhh aku completely fall in love dengan Azmer. 

Kereta lancar menuju ke Mid Valley. Rupanya, Azmer nak beli hadiah untuk ibunya, hadiah hari jadi. Alolo comeynya lelaki macam ni. Aku pula sejak lahir tiada ayah ibu. Aku tak berapa mahir apa kesukaan orang tua. Tapi aku tahu orang tua suka kain dan emas. Maka aku dan Azmer ke kedai Wah Chan. Kami memilih gelang tangan untuk ibunya. Ringkas tapi elegant. Sementara menunggu untuk pekerja kedai menyiapkan dokumen jual beli, aku melihat cincin. Tiba-tiba Azmer menegur pekerja kedai itu untuk melihat koleksi cincin. Sempat dia menginyit mata pada aku.

"Eh saya tak nak beli cincin", cuak aku. 

"Takpe kita tengok je, mana tahu awak suka saya boleh hadiahkan", terang Azmer.

Gila! Aku baru je kenal Azmer semalam walaupon kami cepat mesra tapi apa maksud Azmer nak beri hadiah cincin untuk aku? Gila...Gila....Gilaaaaa.

Setelah beli hadiah ibunya dan aku menolak untuk memilih cincin. Aku merengek lapar tetapi Azmer memujuk agar aku menemani dia sekali lagi ke suatu tempat pula. Kali ini keluar dari bangunan Mid Valley. Beberapa minit aku sudah sampai di Taman Tun Dr Ismail. 

"Rumah awak?????????", tinggi suara aku terkejut.

"Rumah famili saya, jom kita makan tengahari. Ibu dah masak dan saya dah beritahu saya bawak awek", gurau Azmer.

Gila....AWEK?????? Azmer ni gila. Gila tak gila aku mengikut Azmer memasuki ruang rumahnya. Ibu Azmer menyapa kami dari jauh. Riuh. Dia terus memeluk aku seperti anaknya. Seperti pelukan mak Intan. Peramah ibu Azmer buat aku rasa selesa. Ibunya adalah ibu tunggal setelah kematian ayah Azmer 2 tahun lepas. Azmer anak tunggal. 

Selepas makan, aku menumpang solat. Terkejut sekali lagi Azmer mengajak untuk solat berjemaah. Ok ini betul-betul seperti mimpi. Aku rasa bahagia sehingga waktu solat aku masih tersenyum sipu. Sujud syukur ...................

Tetibe aku teringat Bad, dia suami aku. Apa hukum aku buat sebegini?

Ya Allah, Kau berikan aku petunjuk.

Bersambung........