Selasa, 17 Disember 2013

NAK KAHWIN PAKSA SANGAT?- Part 1

"Nadey, teman aku ambil baju kat dobi lepas makan malam nanti boleh?" pinta Bad. 

"Okay tapi aku nak aiscream McD", permintaan biasa dari aku. Bad merupakan orang yang paling rapat dalam hidup aku. Kami kenal dari zaman remaja dari rumah anak yatim yang sama. Kini sehingga bekerja pon kami sewa rumah di area berdekatan. Tapi Bad dengan aku tiada hubungan lebih dari seorang kawan baik. Tunang Bad pon juga menjadi kawan baik aku. Baik buruk aku semua Bad tahu.

Pejam celik, dalam kurang sebulan Bad dan Intan akan disatukan. Sejak Bad melanjutkan pengajian di UKM, Bad mengenali Intan. Dalam masa tiga tahun Bad termasuk aku amat rapat dengan famili Intan. Famili dia pon sudah menganggap aku seperti adik Intan.

Agak kelam kabut untuk persiapan perkahwinan mereka. Aku turut rasa tempiasnya. Hati kecil aku juga merasa sedih kerana kawan baik aku akan menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi. Mungkin lepas ini segala pergaulan dibataskan. Semua akan lain selepas ini. Mungkin aku akan rasa kesepian itu.

Setelah penat menghitung hari, hari ini hari bahagia Bad dan Intan. Aku dan keluarga Intan telah siap sedia menunggu di Masjid berdekatan rumah Intan. Intan akan bergerak dengan kereta bersama pengapit. Bad pula dari rumahnya bersama rakan kami yang lain. Aku pula rasa debarannya. Lama pula rasanya menunggu. Aku melihat cermin, cantik pakaian aku harini. " kan best kalau aku juga kahwin harini", getus aku sambil membelek kain.

Tiba-tiba kecoh seketika. Ayah Intan terjelepok di lantai dan ibu Intan menangis. Aku blur. Apa dah berlaku??????

"Intan lari dengan Amar!!!!" jerit Kamal. Amar itu kawan kami juga.

"Whaat de??????", hampir aku mencarut dalam rumah Allah.

Dengan serta merta, aku dapat pesanan ringkas. 

"Nadey, tau tak selama ini Bad sukakan kau, kau yang patut kahwin dengan Bad bukan aku. Selama ini Bad pendam perasaan kerana dia banyak terhutang budi dengan famili aku. Maafkan aku. Aku harap kau dapat gantikan tempat aku" - Intan

Aku rase pening. Imam masjid tercengang. Ayah Intan memegang dadanya, turun naik nafasnya sambil berbisik pada aku supaya aku dapat meneruskan perkahwinan ini. Ini kerana dia terlalu sayangkan Bad. 

GILA!!!!!!!! Aku tak pernah anggap Bad lebih dari imiginasi kawan baik aku. Ape patut aku buat? Dengan hati yang buntu aku menurut sahaja apa yang disuruh. Perkahwinan itu diteruskan. 

"Nadey, bukan ini yang kau nak? Seperti dalam drama melayu...kau kene kahwin paksa!!" ejek suara hati aku. 

"Yes, tapi bukan dengan Bad. Allahhhhhh", rintih hati aku tiada siapa boleh memahami.

Hari itu hari haru biru, semua persiapan kenduri yang sepatotnya milik Bad dan Intan kini bertukar milik. Baju pengantin of course la aku tak muat nak sarung memandang saiz badan aku XXL. Maka aku hanya memakai dress dinner. Sumpah pelik sangat tapi warna macam matching pulak dengan baju persalinan Bad yang berwarna merun. 

Serius aku kene mandrem. Gila aku tak membantah pon semua ini terjadi. Aku masih blur. Apabila sekali lafaz akad nikah pagi tadi dari Bad, lutut aku terus lemah tanpa kata. Aku kaku. Serius aku kene sihir. Asal aku berdiam diri je ni. Ke aku suka apa yang berlaku sekarang??? 

Tiada sepatah kata pun keluar dari bibir aku sejak pagi tadi. Bad pon begitu. Majlis begitu suram kerana tiada senyuman terukir antara kami. Agenda photography telah dibatalkan setelah aku terus masuk ke bilik pengantin. Masa ini aku melihat gambar Bad dan Intan tergantung barulah air mata aku mengalir. Sedih sangat sehingga aku tersedu-sedu. Entah sebab apa aku menangis sedih sangat.

Pintu bilik diketuk tapi aku terlalu penat menangis dan aku biarkan sahaja. Mata aku terlalu penat lalu aku dibuai mimpi. 

Dalam mimpi pula aku bermimpi saat perkenalan aku dengan Bad. Kami bertegur sewaktu pertama kali Bad masuk ke rumah anak yatim. Sejak dari itu kami rapat. Sehingga sesiapa pon kenal kami berdua. Disebabkan perangai aku yang gila-gila kami tak pernah digosipkan bersama. Lagi-lagi Bad mempunyai Intan. Kami gelak, kami menangis, kami graduate, kami bekerja tetiba aku sedar dari mimpi. 

Aku berada atas katil pengantin yang asalnya milik Bad dan Intan. Bad pula duduk dihujung katil. Bad tahu aku telah sedar dari tidur. Bad memandang kosong kearah bingkai gambar dan dikumpulkan untuk disimpan. Aku terus bangun dan duduk diam. 

"Nadey aku mintak maaf, aku tak sangka Intan boleh tinggalkan aku", Bad perlahan mengatur ayat.

Aku hanya membisu lalu aku menghulurkan telefon bimbit dan menunjukkan pesanan ringkas dari Intan. 

Setelah Bad membaca masej itu, Bad memandang aku. Kini kami dalam posisi yang agak dekat. Perlahan aku mengesot menjauhi Bad tapi Bad dengan pantas memegang tangan aku. 

"Ye Nadey aku memang sukakan kau tapi itu dulu. Sebelum aku berjumpa Intan. Bila aku dah bersetuju untuk berkahwin dengan Intan perlahan aku dapat terima dengan redha yang aku mesti cintakan Intan. Aku memang cintakan Intan", Bad meneran suaranya kelihatan seperti orang yang ingin lepaskan geram. 

Ya Allah, macam mana ni? Bad cintakan Intan bukan aku. Maka aku ni sia-sia lah kahwin dengan Bad? Kesian Bad terpaksa kahwin dengan aku. Aku pun tak tahu apa nak buat sekarang. 

"Takpa Nadey, aku akan lepaskan kau selepas semuanya reda okay. Aku mintak maaf ..aku akan pulangkan life kau. Jangan risau aku takkan sentuh kau. Kita berlakon ja ya sementara waktu ni. Tolong aku Nadey. Aku nak cari Intan.", pantas Bad membuat keputusan.

Gila, dalam umur 25 tahun aku akan jadi janda! Ape ke bangang Bad ni? Maruah aku macam mana?

Kami berbincang dengan keluarga Intan. Kami tidak mahu duduk dirumah mereka. Segan. Sepatotnya anak mereka yang menjadi pengantin. Bad kelihatan dingin dengan aku. Setelah majlis selesai, aku mengikuti Bad pulang kerumahnya. Aku hanya membatu dalam kereta. Tiba-tiba aku perasan kereta Bad melalui jalan menuju kerumah aku.

Bad menghantar aku pulang kerumah aku, bukan kerumahnya. YaAllah, kenapa Bad buat macam ni. Aku tahu dia terpaksa kahwin dengan aku atas desakan ayah Intan. Tapi dia dah jadi suami aku. Berderau darah aku bila aku menyebut perkataan suami. Tah kenapa, aku sedih ditinggalkan Bad. Laju kereta Bad menghilang. Seperti tiada apa yang berlaku harini. Tiada tempat aku nak luahkan perasaan.

Malam itu aku menangis je. Asal aku pondan sangat menangis tak tahu. Tapi sedih aku dah berkahwin tapi takde suami. Bergitu? Aku pon blur.

Esoknya aku pergi kerja seperti biasa. Tiada seorang pon tahu aku kahwin express. Hari berikutnya berlalu seperti biasa, namun aku rasa kosong. Aku terasa kehilangan Bad. Bad tak pernah menghubungi aku. Sampai hati Bad.


Bersambung........................

1 ulasan:

Cahaya Princess berkata...

Saya suka ..!!!! Teruskan