Khamis, 9 Januari 2014

2 ALAM - Part 5 (FINAL)

2 ALAM - Part 1
2 ALAM - Part 2
2 ALAM - Part 3
2 ALAM - Part 4

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Jika aku bukan jalanmu
Ku berhenti mengharapkanmu
Jika aku memang tercipta untukmu
Ku kan memilikimu, jodoh pasti bertemu

Andai engkau tahu betapa ku mencinta
Selalu menjadikanmu isi dalam doaku
Ku tahu tak mudah menjadi yang kau pinta
Ku pasrahkan hatiku, takdir kan menjawabnya

Lagu Afgan - Jodoh Pasti Bertemu dicorong radio. Aku bergenang air mata menghayati liriknya. Aku buntu, yang pasti hati aku yakin dan hati aku betul-betul pada ayah, ibu dan Harris. 

"Awak, dah buat istikharah?", tegur Azrin.

Aku hanya mendiamkan diri. Aku mengharapkan Azrin memahami aku. Disini tiada lagi yang boleh aku harapkan, tiada bahagia aku disini. Aku hanya menangis dan menangis berminggu-minggu. Aku juga telah berhenti bekerja atas nasihat rakan sekerja agar aku pulih sepenuhnya baru masuk semula. 

Pejam celik sudah berbulan aku tinggal bersama keluarga Azrin. Walaupun Azrin dan ibunya melayan aku seperti anak mereka tapi aku tak pernah rasa bahagia disini. Jika aku disana, ada sahaja aktiviti perlu aku buat, tambahan aku telah berjumpa Harris. Hari-hari aku lalui disana amat bermakna. Kini? aku hanya mampu menangis. Sentiasa rasa sebak.

Sehinggalah suatu hari, aku melihat Azrin sedang berlatih silat. Melihat Azrin sangat kusyuk teringat pada Harris yang juga pandai bersilat. Cantik setiap bunga bukaan silat Harris. Tiada lelaki boleh menandingi ketangkasan Harris. Harris memang lelaki melayu terakhir. 

"Awak.....jom kita kahwin? Saya janji kita cuba perlahan-lahan untuk betulkan keadaan sekarang", tetiba Azrin bersuara.

"Ha???? Kenapa? Awak yakin saya takkan berjumpa ibu, ayah dan Harris? Saya nak cari Harris", aku nak mencari Harris disini. Mungkin dia juga sedang mencari aku.

"Awak, tetap memilih Harris walaupun awak tahu Harris bukan manusia?", soal Azrin buat aku rasa pedih.

"Saya yakin, jika saya kahwin dengan sesiapa pun saya tak akan mampu lupakan Harris. Betul awak sanggup? Sanggup terima isteri yang sayangkan lelaki lain?", soal aku kembali pada Azrin. Aku yakin Harris sama senasib aku. Dia dapat memasuki alam mimpi seperti aku. 

 "Sebenarnya, Harris hanyalah khayalan awak, dia tak pernah wujud ditadika mahupun sekolah rendah dan menengah. Harris bukan manusia. Saya dah cari merata tiada senarai nama Zahid Harris"Tanpa aku ketahui, Azrin sendiri menyiasat siapa Harris yang kenal sejak tadika itu. Azrin menghulur beberapa keping kertas hasil pencarian Harris.

Aku terduduk...Harris selama ini ....khayalan? Sejak tadika aku bersama dia, sehingga sekolah menengah dia memang lelaki yang aku sanjung dalam diam. Tetiba terngiang-ngiang lagi ibu kandungku memaki dan memukul aku tanpa sebab setiap hari.

"Kau ni budak gila!!!!! Kau cakap dengan siapa ha? Aku memang malu dapat anak gila macam kau. Semua orang mengata keji aku sebab kau! Kau sama macam ayah kau....setan!!!".

Terngiang-ngiang ibu membuang aku semasa aku koma. Dia memang bencikan aku dan mungkin ini peluang dia untuk buang aku. 

"Saya dah cakap...anak kita ni dari dulu lain macam sikit. Kalau dulu dia selalu cakap sorang-sorang...menyendiri. Sekarang ni pun lagi pelik, dia tak luka sedikit pun walaupun kereta tu yang langgar dia hancur terbakar. Saya syak dia ada ambil barang terlarang. Abang....dia ada belajar ilmu hitam kan?? Abang kos hospital ni mahal, saya bukan ada seorang anak je...adik....adik pun anak saya. Doktor sendiri kata tiada respon dari akak, aktiviti otak amat lemah dan lumpuh seluruh badan. Jika dia sedar dan hidup pun dia akan membebankan kita.".

Kenapa hidup aku sebegini? Adakah aku memang gila? Aku berlari meninggalkan masuk kebilik dan menangis semahu-mahunya. 

******************************************************

"Ayah!!!!!!!!!!!!!!!", Ya Allah...ayah muncul dari suatu tempat yang sangat terang.

"Akak........ya Allah anakku. Syukur Allah izinkan kita bertemu semula. Sudah beberapa bulan ayah mencari kamu", kuat pelukan ayah seperti ayah terlalu merindui aku. Ibu perlahan muncul sambil menjerit namaku. Allah....sedihnya disini aku lebih dihargai. 

"Ayah......akak tekad akak nak hidup disini. Akak tak nak hidup disana. Tolong akak, ayah.......", rabak aku menangis sehingga tersedu-sedu. Setelah tenang barulah ayah ibu membawa aku pulang. Rindu aku pada alam ini, membuak-buak. Bau kampung, selesa dan tenang. Baru kini aku rasa inilah adalah dunia aku. Betapa selesa aku berada disini. 

"Satu sahaja cara.........Harris", ayah memulakan bicara pada petang yang tenang itu. Jika aku berkahwin dengan Harris bermakna aku memilih untuk hidup disini. Jika ini qada' qadar, aku terima. Aku bersetuju untuk berkahwin dengan Harris. Lagipun, dari dulu hati ini milik Harris. Malam itu juga ayah ibu ke rumah Mak Som berbincang tentang masa depan aku dan Harris.

Keesokkan hari, Harris pulang dari KL dan terus kerumah aku. 

"Saya terima lamaran awak!!!", jerit aku dari tangga. Rasa bahagia melihat Harris. Harris pula tidak lekang dari senyuman sejak keluar dari kereta. 

"Alhamdulillah, jom sekarang!!!!!!. Hahaha tak sempat ajak saya naik rumah terus cakap nak kahwin dengan saya???", Harris sempat melawak. Jika sekarang pun tak pa Harris. Hati ini memang untuk awak. Tak kira siapa awak sekalipun. 

"Berbulan awak hilang kemana? Saya hampir putus asa, pelik sebab saya langsung tidak dapat jejak awak", Harris agak terkejut dengan kehilangan aku secara tiba-tiba. Aku menceritakan segala yang berlaku. Begitu sukar diterima akal. Harris terkejut bila aku menceritakan tentang 2 alam yang aku lalui.

Semua persiapan majlis berjalan dengan lancar dalam masa yang amat singkat, berkat pertolongan orang kampung. Hari bahagia pun telah tiba, ramai orang kampung sudah memenuhi ruang untuk memeriahkan majlis, serba-serbi berpakaian putih. Malam ini selepas isyak, aku dan Harris akan diijabkabulkan. 

*********************************************************
Azrin ingin mengejut Nadirah bangun untuk makan malam. Dia terkejut apabila melihat hantaran bersalut emas telah hilang dalam bilik tidur itu. Azrin terus mencapai telefon dan menghubungi ibu kandung Nadirah. Selepas beberapa deringan...

"Makcik, saya rasa Nadirah telah menerima lamaran bunian itu. Hantaran bersalut emas telah hilang dari bilik itu. Kita kena selamatkan dia", jelas Azrin pada ibu. 

Beberapa jam kemudian, ibu sampai dirumah Azrin. Meracau bagaikan orang gila. Entah kenapa Azrin berasa pelik dengan reaksi ibu. Dia bagaikan orang gila mencari barang hilang, bukan risaukan keselamatan anaknya. 

"Mana dia??? Aku tahu budak ini dari sejak lahir beri masalah dalam hidup aku!", sergah ibu dari luar. Tidak sabar lagi dia terus menerjah masuk ke kamar dimana Nadirah sedang tidur lena. Dia menggongcang badan Nadirah dengan kuat agar sedar dari mimpi.

**********************************************************
"Akak, dah sedia??? Harris dah sampai", tegur ibu memegang bahuku. 

" Arghhhh sakitnnya", tiba-tiba aku rasa badanku sakit yang amat. Apa yang sudah jadi? 

"Kenapa? Kamu okay? Kamu jatuh ke?", risau ibu tiriku.

"Tak pa sikit je ni, akak kena keluar sekarang ke? Takutlah ibu....", aku kuat! Aku perlukan kuat untuk terus hidup disini. Perlahan aku bangun dan menyelak kain langsir bilik. Perlahan juga aku mengangkat kepala. Terus terpandang Harris yang segak berbaju melayu putih dan bersongkok hitam. Subhanallah, kacaknya Harris. Perlahan aku duduk dibelakang Harris. Harris sempat menoleh dan senyum kepadaku. 

"Aku terima nikahnya Siti Nadirah binti Khairudin dengan mas kahwin seutas rantai emas", lancar ucapan Harris. 

Apabila melihat ayah mengatakan "Sah!!" aku terus menarik nafas lega kesyukuran. Mengalir air mata aku. Akhirnya, Harris menjadi suamiku yang sah!!! Harris yang berada dihadapan aku dalam keadaan berlutut, dia mengelap air mata aku yang tidak henti bercucuran. Dia memakaikan aku rantai pemberiannya dan mencium dahiku. Hanya Allah tahu betapa bahagia waktu itu. 

Kami bangun untuk bersalaman dengan saudara. Tiba-tiba kami terdengar jeritan yang kuat.

"Ibu????", aku terkejut ibu dan Azrin muncul dalam alam ini

Tiba-tiba aku ditolak jatuh tersembam ke lantai. Berat dihempap Harris. Perlahan aku mengesot dari badan Harris. Tiba-tiba aku berasa tanganku basah. 

Darah!

" Alllah................Harris!!!!!!!!!!!!!", jerit aku kuat. Terkejut melihat tanganku basah berlumuran darah.

"Kalau kau kahwin dengan orang bunian!!!!!! Aku akan hilang segalanya, harta milik aku!!!!!!!!! Kau kena pulang kedunia nyata!!!! ", jerit ibu seperti orang naik amuk. Azrin cuba menahan ibu. 

Rupanya ibu sempat menikam Harris dengan pisau. Setelah meloloskan diri dari Azrin dia mengheret aku keluar dari rumah dan menampar aku beberapa kali dengan harapan aku kembali kedunia nyata, malang kerana sekali lafaz nikahku disini aku telah kekal disini selamanya, aku tidak lagi wujud didunia nyata. Tiba-tiba tamparan itu terhenti. Aku mendongak......

Azrin memegang tangan ibu. Azrin melihat aku dengan mata yang berkaca.

"Saya cintakan awak Nadirah.......tapi kini awak milik Harris", sebak Azrin 

Azrin terus berkumat-kamit membaca sesuatu. Beberapa minit kemudian kelibat Azrin dan ibu hilang dari pandangan. Semua saksi kejadian terdiam. Ayah terus memegang Harris dan menarik pisau yang tertusuk pada badan Harris. Semakin banyak darah keluar. Aku menjerit sambil menangis melihat Harris terlentang. Matanya kuyu tetapi masih sempat tersenyum melihat aku. Ibu menenangkan aku supaya aku tidak menjerit-jerit.  

Tak sangka majlis akad nikah aku diakhiri dengan lumuran darah Harris. Habis baju nikah kami. Aku tidak berhenti meraung. Aku tidak ingin berpisah dengan Harris lagi.

"Alhamdulillah, luka Harris tak dalam", tok batin bersuara. Semua orang disitu melepaskan keluhan lega. Ayah perlahan membersihkan darah pada badan Harris dan mengangkat Harris ke katil. Aku mengekori masuk ke bilik. Aku terus terdiam setelah melihat Harris senyum. Dia menarik tanganku untuk rapat dengannya. Ayah dan ibu keluar beri ruang untuk kami.

"Awak okay? Sakit tak?", Harris mengusap pipiku yang masih merah ditampar tadi. Harris masih tersenyum

"Awak dah selamatkan saya, tolong jangan buat macam ni lagi...saya dah tak sanggup kehilangan awak sekali lagi", Aku terus tunduk menangis.

"Uish, siapa tak sayang bini? Maaf la, abang tak sempat tamatkan majlis nikah kita dengan sempurna macam orang lain. Syukur awak selamat. Kita bagai diberi peluang kedua untuk baiki kelemahan kita selama ini. Semoga Allah berkati perkahwinan kita", usaha Harris menenangkan aku walaupun dari suaranya yang amat lemah itu.

Aku naik keatas katil baring disebelah Harris. "Terima kasih suami, kerana selamatkan saya, terima saya sebagai isteri dan sanggup menjadi suami saya.".

Syukur. Walaupun apa yang telah terjadi pada aku diluar jangkaan ilmu didada. Segalanya sudah tertulis.  Mungkin ini sudah takdir aku. Mungkin ada hikmah disebalik semua berlaku.  

"Sorry, dah spoil first night kita", Harris senyum penuh makna.

"Alaaaaaaaaaa", akhirnya kami berdua gelak serentak.



-Tamat-


2 ulasan:

Unknown berkata...

interesting..

Unknown berkata...

@nurul fahma terima kasih