Selasa, 25 Februari 2014

POSITIF. USAHA UNTUK BAHAGIA! HWAITING!!

Sejak bila aku jadi pakar motivasi uolls???? Kekdah sangat aku nak buat ceramah macam Dr Fazley sambil buat coklat kek sambil tu rakam buat album???

Umur pun 26 tahun, makin tua makin hebat dugaan Allah uji. Sebab tu seseorang itu bila tiada agama, bunuh diri je la jawabnya. Senang sangat kot. Tu pentingnya agama bagi seseorang, jatuh naik kita perlu ingat Maha Pencipta kan. Biasenya masa tengah jatuh la baru nak ingat Allah SWT (aku terasa tu). Bila pikir-pikir, rupanya Allah rindu nak kita mengadu pada Dia. See kau larilah, kau banggalah, kau gembira la...akhirnya ke tanah juga kita sujud. Bisikan hati juga penuh dengan segala aduan pada Allah....
ya Allah....gembiranya aku...ya Allah sedihnya aku....ya Allahh.....dan segalanya. Kita bebetul perasan yang sebenarnya kite asik sebut nama Allah. Biarlah aduan itu betul-betul tanda ingatan kita pada Dia.

Aku bersyukur, walau macam mana hebat Allah uji aku, aku masih ada family dan kawan yang sangat bagus dan positif. Kalau dulu, aku lari dari masalah ......lari sana sini....bila tenang baru balik jumpe kawan dan balik rumah. Tapi kini aku lebih suka berjumpa kawan-kawan aku yang positif. Jelas, nyata perancangan Allah adalah terbaik untuk diri aku dan kawan-kawan aku,

Tak kisah la...masalah famili, kawan atau cinta

Bak kata salah seorang kawan aku, 
"Semua berlaku ada hikmah, Allah pertemukan aku dengan kau untuk kau luahkan masalah, dan aku sebagai saksi kejadian akan menjadikan dugaan kau sebagai teladan untuk aku. Allah pilih kau untuk diuji, kenapa bukan aku? Sebab Allah tak akan uji hambaNya jika hambaNya tidak mampu"

 Sebab itu kita kene bersangka baik dengan segala perancangan Allah. Sebab semuanya untuk kebaikkan kita. 

"Boleh jadi sesuatu yang baik bagi aku tetapi sebenarnya ia bukan terbaik untuk aku dan sebaliknya" ayat al Quran, surah al baqarah ayat 136 tak silap aku. (Ayat tu tak lengkap dan aku ringkaskan) 

Pegang ayat tu jika sesuatu yang korang tak suka berlaku dalam hidup korang. Contohnya, lelaki yang ko cinta tu tinggalkan ko....syukur sebab Allah dah selamatkan ko kene tinggal selepas berkahwin nanti! Lagi teruk. See! 

Setiap saat, perancangan Allah tak pernah lewat atau tercepat!

Apa yang aku sedar sekarang? Walaupun tahap kematangan aku lambat, berbanding wanita diluar sana. Tapi Allah sentiasa beri peluang untuk aku sedar. Aku sedar dan aku baru nampak semua hikmah apa yang berlaku pada aku sebelum ni. 

Alhamdulillah, untuk masalah hubungan aku sesama manusia aku ingat aku kene sihir ke....sebab aku dah beberapa tahun dihantui oleh orang yang sama sehingga aku tak dapat nak move on. Banyak lagi kejadian pelik berlaku tapi sekarang jelas, itu bukan sihir. Jika kita cari cinta Allah swt dan Rasul saw, Allah akan beri kita hadiah. Mungkin hadiah untuk aku sekarang, aku dapat nampak jelas yang aku bukan disihir. Aku hanya tutup mata hati dengan tanggapan NEGATIF.

Bersangka baiklah pada Allah SWT. Keep positif thinking and Allah will give u rewards.

"Allah tak suruh kita selesaikan masalah, tetapi dalam al Quran Allah suruh kita sabar dan berdoa"

 Begitu juga dengan cinta sesama manusia. Aku nak terang lebih-lebih aku masih mencari......maka aku baca artikel dari iluvislam!

Ini artikel dari iluvislam....layan
***********************************************
Berjalanlah dan usah sesekali berhenti kerana anggapan manusia itu tidak mampu mengubah cinta Allah kepada kita. Dan sesungguhnya hal tepatnya jodoh itu adalah kerana keindahan waktu dan sedianya kita.
“Tanda cinta itu ialah berterusan rajin dan bersungguh-sungguh dengan kerinduan.” -Junaid Al-Baghdadi
Tuhan itu menjaga apa yang kita berusaha untuk menjaganya. Dan Dia temukan dengan mereka yang sentiasa yakin dan bersangka baik dengannya. Tentunya yang terpelihara itu terindah. Tentunya juga yang biasa itu terindah. Mungkin lebih terindah saat taubatnya memekar, tika setiap saatnya bernyawa. Tuhan yang menerima keindahan jiwa yang ingin memperbaiki diri. Tuhan yang sentiasa senyum pada kalimah cinta yang melebihkan-Nya berbanding dunia semata.
Agungnya cinta yang bernawaitukan Penguasa Cinta. Pemilik haqiqi manusia yang ingin dilamunkan cinta. Kerna waham yang jelas bisa merungkaikan kefasikan cinta. Bahwa cinta itu kan melenyap bersama lenyapnya sebab untuk bercinta. Qayyim yang bijaksana telah berkata. Dan itulah realiti cinta.
Berusahalah selagi termampu. Dan lupuskanlah segala cerita yang singgah dalam hidupmu. Kerna cinta kurniaan Allah itu menyentuhnya lebih terasa. Andai kenangan itu mekar hanya sebagai duri yang berada dalam jalanmu menuju ke Sana. Yang menjaga itu sungguh kuat. Yang menjaga itu seorang mukmin. Bukan lagi seorang muslim. Yang tenggelam timbulnya akhirnya bersifat sama terhadap ikhtilat sekeliling yang menyapa.
Dan malam itu larut dengan penuh damai. Maka nokhtah terukir. Tanda cinta agung memeluk erat jiwa hamba. Yang setia menanti cinta yang terpelihara. Sulitnya menjaga. Enaknya memendam air mata.
“Bahawasanya Aku apabila Aku lihat pada hati hambaKu, lantas Aku tidak mendapatkan dalam hatinya cinta pada dunia dan cinta pada akhirat, nescaya Aku penuhkan hatinya itu dari ‘cintaKu’ (padanya).” - Israiliyat, Allah kepada Isa a.s.
************************************************
Perasaan itu Allah yang beri, mungkin aku paranoid. Aku takut aku frust lagi, aku takut kecewa yang sampai hilang pertimbangan. Tapi bak kata kawan aku, sebab tu jangan cintakan manusia lebih dari cinta aku pada Allah dan Rasul. Jika itu yang aku amal, in sha Allah aku tak akan sedih yang menjurus sehingga hilang pertimbangan. Prepare for future, mungkin aku akan menangis nanti tapi tak mati lah aku menangis. Tapi positif!!! ini mungkin hadiah dari Allah untuk aku lebih cintakan Dia. Ini proses kematangan. 
Maka, aku tekad aku mahu berusaha. Usaha semampu boleh dan usaha doa. Maka kesimpulan aku boleh buat 50-50 usaha dari diri aku dan doa kepada Allah. Apa kata aku just enjoy peluang hidup sementara Allah beri ni kan.
Aku tulis post ni bukan nak bagitau satu dunia yang aku dah move on ke hape....tak salah kalau niat aku nak sampaikan masej positif. Aku nak kawan-kawan yang lain same-same positif. Kalau aku sudah beberapa tahun dalam kegelapan, mengenang nasib kecewa sehingga cuba banyak dosa-dosa, alhamdulillah dengan izinNya aku keluar dari dunia gelap. Alhamdulillah kalau dulu aku rasa disihir, mimpi sehingga bersambung-sambung. Alhamdulillah kini aku tidak lagi bermimpi perihal yang sama bersambung-sambung. Tak tahu nak ungkapkan dengan kata-kata betapa terdesaknya aku dulu sehingga merata aku mencari ustaz dan ubat. Tak cukup dengan kata semangat famili dan kawan-kawan. Akhirnya aku berjaya bebas. Aku tak tahu bila dan mungkin masa depan Allah akan uji aku semula dengan perihal lalu. Aku tak tahu. Yang penting aku positif, semua terjadi adalah terbaik untuk aku!
Ok!!! korang pun boleh POSITIF!!!!!!!!! 
Wowoowow macam tak caye Nadey bagi ceramah....mcm harom

Ahad, 23 Februari 2014

CAMERON HIGHLAND - 12-13 FEB 2014

Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenungMerenungkan jalan yang kan membawaku pergiPergi tuk menjauh, menjauh darimuDarimu yang mulai berhentiBerhenti mencoba, mencoba bertahanBertahan untuk terus bersamaku

Ku berlari kau terdiamKu menangis kau tersenyumKu berduka kau bahagiaKu pergi kau kembali

Ku coba meraih mimpiKau coba ‘tuk hentikan mimpiMemang kita takkan menyatu

Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembaliKembali untuk mempertanyakan lagi cintaCintamu yang mungkin, mungkin tak berartiBerarti untuk ku rindukan

Ini harusnya kita coba saling melupakanLupakan, lupakan kita pernah saling bersama
***************************************************************
cukup jemah! Over sangat kau! Cakra Khan bagai!Begini.........12 Feb 2014 lepas, ada something berlaku membuatkan perasaan aku berkecamuk, hilang arah sampai migrain tahap petala 8. Hati runsing resah. Pergi klinik, demam migrain dan selsema. Doktor pon detect muke aku terlalu jelas sedang dilanda musibah lautan masalah. 
2 hari MC!!!!!!
yahuuuu
Aku pening gila kalau aku ada masalah duduk rumah. Maka aku tetibe decide nak pergi Cameron Highland SEORANG DIRI
Yang bagusnya kali ni aku beritahu geng-geng aku...yang aku ke Cameron Highland. So takde la kalau ape-ape jadi, orang xdapat cari aku.....nauzubillah.
Dalam keadaan emo aku memecut laluan highway Utara-Selatan sampai surat AES sampai rumah speed 156km/j. Adoi bila masa pulak aku bawak laju....pelik betul kihkihkihkih. Aku keluar lalu Simpang Pulai!
Aku bertolak dari rumah, Gombak pukul 3 petang sampai kat Tanah Rata dalam pukul 5 petang lebih la...masa tu hujan lebat sangat. Memang sejuk. Aku terus cari bilik. Hari biasa ni memang mudah cari bilik dan murah. Sekejap je cari, nampak BB Inn ni, semalaman bilik tok sorg ni...rm40. Berbaloi kot bagi aku tok solat, tidur dan rehat. Dalam bilik pon ade Astro uoolllsss...memang selesa la. Tak payah pasang kipas, memang bilik tu sejuk! Disebabkan bilik aku jauh, wireless tak dapat. 
Malam pula, disebabkan waktu ni bukan waktu cuti, memang tak hidup!!!! So aku dapat cari kedai makan ni depan hotel tu je. Tapi masakan dia mantap!!!!!!!!! 
Tomyam mantap!
Malam tu takde aktiviti....boring
Tension aku ....banyak kedai xde....mamak je la monopoli! HAISH

Ni ular kapak,,, aku ingt spesis ni takde kat Malaysia
Pastu naik bukit ni uols
Aku main redah je tengok signboard tu....Stawbewi Farm......haaa redah
Aku customer pertama dia...yela pukul 9 sampai kan! Dah la hari biase
Terbaik pekerja kat sana, siap buat servis tolong ambek gambo....pelik2 dia suh aku posing....aku layankan je!!!!!!
Terime kasih abg-abg bangla.....aku promot tempat ko ni...sebab servis terbaik!
Pastu aku macam dah boring nak pergi mana kan....so aku blah balik rumah! Energy dari paras tinggi buat aku semangat gile babi....balik rumah terus tukar baju g gym!

Terbaik