Khamis, 26 November 2015

G-SHOCK : FISHERMAN SETTING FOR MALAYSIA

Sapa peminat jam getah??? Hangkattt jawri turngah???

Ok gurau

Masa kat Jepun aritu aku rembat la G-Shock model Fisherman ni sebab mase tu under bajet kan aku beli ¥9300 bersamaan dengan RM279+ rasanya kalau jual kat Malaysia harga lebih kurang RM380+ bergantung la kat mane. Kalau salah harga tu sorry la ...

Ok kita kene redha orang Jepun ni mana pandang kita orang Malaysia... dalam banyak-banyak negara dorang tak letak setting negara kita pon... MAL xde ye... maka setting biase kita gune Singapore, SIN. Yang pelik Jakarta ade pule.. nampak sangat kita ni picisan bagi dorang. Sebak la gini.

Tak ramai aku tengok orang guna jenis Fisherman ni biasenya yang guna nelayan, orang keje laut, gas dan oil... ok aku menipu. Hahaha tapi jarang la aku nampak orang gune model ni. Napa aku beli? Jam ni ada function Tide Graph (Carta Pasang Surut Air) dan Moon Phase (Fasa Bulan). Aku bajet aku suke memancing kan, bajet macam mase candat tu aku tau la kalo full moon ke tidak. Kalau bulan penuh maka terang la kan....sotong sure mencanak naik bajet merenung bulan juge... Berguna la bagi aku konon. Haaaaa Jam ni gak boleh tahu pasang surut air laut. So ramai blur setting Fisherman ni lagi-lagi orang Malaysia kalau korang tengok manual pon tak de ok! 

Tapi cuaca tak menentu kan...kau tak payah bajet jam ni 100% macam alat kaji cuaca. Acah-acah je pakai jam getah tengah laut. 

Macam aku dia terus setup setting Jepun. Jadahnya kau nk tengok pasang surut dengan bulan kat Jepun. Lain laaaaaa. Kalau nak mencandat kat Jepun logik juge..

Maka ade 3  setting utama yang FENTING tok jam Fisherman ni. 


1. UTC
2. Longitud

3. Lunitidal Interval (INT)


Korang leh gugel bende alah ni kalo nak tepat gune apps MAPS dan apps LUNITIDAL pastu tengok latitud longitud korang berapa. Macam aku selalu candat kat Terengganu kan so aku buat setup Ganu terus.  
1. UTC = +8 (ikut buku manual) 
2. Longitud = 103° East

3. Lunitidal Interval = 7:09`



Kalau info aku salah boleh roger aku k. Tak salah kita berkungsi... lagi2 pengguna minor (Malaysia) sadis takde dalam buku manual, Nak sentap tapi nak buat guane dorang (Jepun) heran pulak perasaan kau, 


Selamat mengail ngan jam kau..


kbai

Rabu, 9 September 2015

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1

"Dira... kat mana? Turun jom makan! Teman abang jap", Izwan menelefon aku tepat pukul 8 pagi. Tidur sejam di dalam kereta terasa amat nikmat. Aku bertolak seawal 6.30 pagi ke tempat kerja di Cheras untuk mengelakkan kesesakkan lalu lintas di KL yang menggila. Aku sanggup bangun awal dan menyambung tidur di parkir kereta sebelah bangunan tempat aku bekerja sebelum masuk waktu pejabat 8.30 pagi,

Panggilan Izwan membuatkan mata aku segar bugar. Izwan adalah senior aku semasa di UITM Puncak Alam dahulu dan dia juga lelaki pertama ... mungkin terakhir yang sentiasa di hati aku. Kini sudah 6 tahun kami kenal dan kebetulan juga dia bekerja satu bangunan tetapi syarikat yang berlainan. Dia level 5 dan aku level 16. Dari zaman UITM dulu lagi kami sangat-sangat rapat. Ramai ingat kami bercinta dan penat juga kami menafikan. Aku takut 'hilang' Izwan maka aku hanya mendiamkan diri, pendamkan saja. Mungkin aku sahaja yang salah faham tentang hubungan ini. 

Fakta sedih yang terpaksa aku terima adalah hakikatnya yang dia sudah berkahwin. Dia baru sahaja melansungkan kenduri kahwinnya 6 bulan lepas. Katanya pilihan keluarga. 

"Abang tak suka perempuan tu, abang sanggup kahwin dengan kau", berseloroh Izwan, tetapi hati aku? Hati aku? Itu bukan bahan jenaka bagi aku itu adalah HARAPAN!! Itulah perangai Izwan yang menyebabkan aku perasan yang dia juga suka pada aku. Tetapi kenapa sehingga sekarang dia tak pernah bincang hal ini. Cara layanan dia?? Lebih dari kawan!! Ramai saksi termasuk kawan baiknya, Harith sebilik, sekelas dengan Izwan selama 4 tahun di UITM, tetapi kenapa susah sangat kami nak pergi next level? Sekali lagi aku mengingatkan diri bahawa aku sahaja yang salah faham dengan layanan Izwan.

Teringat sewaktu pertama kali aku bertembung dengan Izwan depan lift di bangunan kami bekerja sekarang....

"Eh!!! Abang keje sini?", sungguh, aku betul-betul terkejut, kaget.... kerana sejak dia berkahwin aku tidak lagi menghubungi Izwan, majlisnya aku tidak hadir, panggilan telefon, masej semua tidak berbalas. Betapa hancurnya jiwa, agak teruk kecewa dan ini pengalaman terburuk pertama seumur hidup. Aku tak pernah rasa teruk sebegini. 

"Kau kerja sini? Dah lama tak jumpa kau, rindu sangat. Kau pulak hilangkan diri kenapa? Serabut aku cari kau, pindah rumah lah, tukar kerja tak beritahu, nombor telefon tukar pun tak beritahu aku. Sampai hati kau....", Izwan bercakap seolah-olah kami berdua sahaja di dalam lift itu. Segan aku bila dua tiga orang di dalam lift membatu tetapi seperti menunggu jawapan respon dari aku untuk Izwan. 

"Ermmm......... ok nanti saya roger abang lunch nanti", lift sudah berhenti di level 5. Nasib baik. Tetapi kenapa aku offer untuk lunch bersama?? BODOH!! Aku awkward, aku tak tahu nak respon bagaimana. Tak kan nak beritahu aku frust? Kantoi la aku suka dia. Aku tak boleh lari..... 

Hingga kini setelah beberapa bulan Izwan bekerja, seperti zaman di UITM dahulu, kami rapat semula. Sarapan, makan tengah hari dan makan malam bersama malah kadang-kadang dia menjemput dan menghantar aku pulang ke rumah. 

Pelik, dia tak pernah cerita tentang hal rumah tangga apatah lagi tentang isterinya pada aku.

Aku rasa bersalah...... tapi 

AKU TAK BOLEH LARI!!! 

Isnin, 23 Februari 2015

SI BISU, I LOVE U PART 2

Hari ini aku masuk ke kelas hanya untuk mengambil kedatangan dan keluar awal untuk membuat assignment. Soalan penilaian untuk 100 orang pengguna ubat-ubatan generik dan herba. Semoga aku dapat selesaikan survey hari ini juga. Laporan boleh fokus esok. Disebabkan projek ini aku keseorangan lagi, aku terpaksa 'work smart'.

Untuk peluang terakhir aku terpaksa cuba, aku sempat bertemu Ben dan Zaki.
“Ben… boleh saya join projek ini dengan awak? Sebab saya seorang je. Nak buat survey 100 orang untuk 100 soalan setiap satu, mustahil bagi saya untuk siakan dalam masa 3 hari. Please….”, rayuan aku tak dilayan. Ben dan Zaki menolak dengan alasan mereka sudah siapkan separuh daripada laporan. Tapi aku tahu, mereka tipu. Sengih macam kera. Abaikan. Aku faham.

Keluar saja dari kawasan universiti, terus aku menahan teksi. Syukur, tak lama aku menunggu. Suhu di London sangat-sangat sejuk sehingga jari-jemari, kebas!!... Tiba-tiba ada seorang hamba Allah buka pintu teksi arah bertentangan, lelaki ini masuk dengan selamba. Aku terus buat muka tak puas hati.

“Excuse me sir, I'm taking it first!!!”.

Aku memandang lelaki yang mukanya berbungkus dengan mafla tebal.
Pelahan lelaki itu membuka balutan mafla. 

Qairil!. 

Tapi wajahnya tiada reaksi. Serius lelaki ini adalah masalah adab! Dia hanya diamkan diri padang ke hadapan. Apa masalah lelaki ini?

“Qairil, tolong saya kejar masa ni!!”, tidak ada masa untuk berlembut walaupun Qairil sangat kacak. Melihat Qairil menaip sesuatu pada notepad.

-Saya buat projek ini dengan awak. So, awak nak pergi mana sekarang?-
Aku tercengang

“Leadenhall Market please”, terus aku beri arahan pada pemandu teksi. Aku masih blur.

-Kenapa pergi jauh-jauh? Saya suggest kita pergi library atau hospital. Senang untuk siapkan 100 soalan dalam keadaan ada meja dan selesa-

Idea Qairil bernas juga tapi aku dah ceraikan 100 soalan pada beberapa muka surat nak sebarkan. Tak perlu la seorang buat 100 soalan. Jenuh! Itu yang aku rancangkan dari awal memandang aku buat sendirian.

Sekejap! Aku masih tak percaya Qairil nak tolong aku! Ini rezeki! Aku terangkan pada Qairil. Kami bersetuju ke Leadenhall Market dahulu, kemudian teruskan perjalanan ke perpustakaan dan hospital berdekatan dengan universiti sepertimana idea Qairil.

Walaupun Qairil bisu, tetapi dia amat cekap membuat kerja. Disini orangnya sangat-sangat peramah, lagi-lagi pada warga OKU. Mereka sanggup menolong Qairil siapkan 100 seorang. Mungkin mereka tertarik kerana Qairil sangat kacak. Tak kisah asalkan kerja siap.

Tanpa membuang masa aku hanya mengikuti rentak Qairil. Aku tak percaya, dalam masa beberapa jam, separuh dari kerja selesai. Kami bergerak ke perpustakaan.

-Saya lapar, kita makan dulu-

Qairil menarik sedikit baju aku untuk beritahu yang dia sangat-sangat lapar. Kami bergerak ke café bersebelahan perpustakaan, barulah aku rasa perasaan lapar bila bau makanan. Kami mencari meja dan duduk bersebelahan. Agak rapat memandangkan café sesak dengan manusia.

“Qairil…. Boleh saya tanya soalan?”, kini aku sudah berani memandang tepat mata Qairil yang sangat cantik. Terkesima. Qairil ni orang Malaysia ke?

Qairil mengangguk. Dia keluarkan notepad dan cara itu kami berborak.
“Kenapa awak nak tolong saya?”, asalnya aku nak tanya kenapa dia bisu tapi takut terus tertukar soalan.

-Sebab saya pun tak mampu buat seorang-

Aku dah pelik. Maknanya Ben dan Zaki pun tidak mahu berkumpulan dengan Qairil. Mungkin masalah komunikasi. Kasihan Qairil. Assignment sebelum ini dia juga terpinggir. Macam aku!!

-Actually saya lebih suka buat seorang tapi task kali ni susah! Jangan risau next assignment saya buat seorang-

Aku terus pelik dengan Qairil ni. Dia rasa orang OKU macam dia membebankan aku ke? No...No...

“Qairil, boleh tak jangan ego. Apa kata next dan next assignment kita buat sama-sama. Kita boleh jadi kawan!! Saya suka…….”, ayat aku terputus setakat itu. Rasanya aku sudah ter over excited.
Qairil hanya menunduk merenung notepadnya, masih tidak respon pada tawaran aku. Apa yang dia pending ni???

“Qairil, jangan risau.. bagi saya … awak tidak membebankan saya. Saya boleh belajar bahasa isyarat juga. Senang. Lagipun kita lama lagi disini. Kita je Melayu tersisih... Saya pun seorang je. Win-Win kan?????”, sengaja aku campak umpan pada Qairil. Mana tahu, ayat beban tu sebenarnya yang membuatkan dia membisu.

Akhinya, Qairil membalas pandangan dan tersenyum. Terus jantung aku terhenti. Tak pernah aku melihat senyuman seindah ini daripada seorang lelaki. Qairil …. Aku sudah jatuh cinta.

-Terima kasih-

Itu saja balasan Qairil. Kalau ikut kefahaman, Qairil memberi respon positif. Senyuman aku melebar. Terus aku menjerit “Yeay!!!”.

"Ok... what should we do now? I'm done", sambil mengunyah roti.

-Sabarlah.... kopi pun belom habis-

Kali ni Qairil buat bahasa isyarat. Tercengang tapi rasanya aku perlu peka dengan bahasa tubuhnya. Lama kemudian, aku beri signal OK!

-bersambung-





Sabtu, 21 Februari 2015

SI BISU I LOVE U. PART 1


“ Kenapa korang tak nak satu group dengan aku ha?”, aku tak puas hati. Banyak kali aku kena pulau dengan budak perempuan kelas aku. Sebenarnya dorang tak penting dalam hidup aku tapi assignment ini perlukan kerjasama berkumpulan. 

“ Sebab kami malulah kawan dengan perempuan yang bajet "Hipster" macam kau. Baju kau … pelik, buruk, tak bersolek, kasut? Urrghhhh hodoh. Mungkin kau gemuk susah dapat baju cantik kan…. Kalau kau geng dengan kami, jatuhlah saham. Kami tak nak nasib kami macam kau. L-O-S-E-R”, tempelak Katrina yang bagi aku dia yang hodoh sebenarnya. Sambil bercakap kunyah chewing gum. Bodoh dan hodoh. Itu je gelaran yang layak untuk kau.

"Katrina.. serius aku tak faham macam mana kau boleh masuk universiti ni... sebab alasan kau tak nak group dengan aku macam budak tadika. Tak logik... tak pe lah. Aku tak perlukan orang macam kau", ya.. aku tak perlukan orang bodoh macam Katrina dan yang lain. 

Masalah ni. Seramai 9 orang pelajar Malaysia di Birkbeck, University of London ni. 6 orang perempuan termasuk aku dan 3 orang lelaki. Baik perempuan dan lelaki, semua abaikan aku. Dah dua task, aku buat sendirian. Tiada kumpulan. Kumpulan lelaki? Aku malu. Itu masalahnya. Tapi projek kali ni memang gila untuk buat seorang.

Setelah dimaki oleh Katrina dan gengnya. Aku keluar dan ponteng kelas. Terus ke dewan latihan bola tampar. Aku tak reti main tapi dari dulu aku suka tengok orang main bola tampar. Mungkin aku tidak ada bakat itu. Cukuplah hanya mencuci mata untuk tenangkan hati.  

“Adui… susah la assignment kali ni. Dah la kena buat survey untuk 100 orang dan aku ada masa 3 hari. Aku tiada pilihan lain, aku perlu juga tanya kumpulan lelaki. Sedihnya Nadirah….sabar ya”, bebel aku sorang-sorang sambil mengeluarkan kertas-kertas dan tali earphone. Aku buka lagu paling kuat. Sekali-sekala aku menjeling pada pemain-pemain bola tampar. Hari ini kurang orang. Aku mengira jumlah pemain. 

"Eh mana Qai....." DUSHHH!!

Tiba-tiba kepala aku berpinar. Aku terus menunduk mengerang kesakitan. Blur.
“Aihhh malang betul harini, kena maki dengan orang sekarang bola pon benci aku”. Aku terdengar gelak tawa dari pemain bola tampar, mereka tersalah sasaran ter‘spike’ bola terkena aku.
Seorang lelaki datang menyentuh bahu aku. Berang aku sebab lelaki itu tak tanya pun aku okay atau tidak.

“Sakit tau!!!!!!!!!!”, naik suara pada lelaki tersebut. Tiba-tiba aku terdiam.
Lelaki itu hanya membuat signal tangan ‘maaf’, dia ambil bola dan terus sambung bermain. Lama kemudian, baru aku sedar lelaki ini dari Malaysia. Nama dia Qairil. Dia satu batch dengan aku, tetapi dia tak pernah tegur aku. Dua pelajar lelaki yang lain, Ben dan Zaki pernah jugalah menegur aku. Tapi aku tak tahu nak borak apa. Aku malu, rasa pelik bila nak berborak lagi-lagi dengan lelaki. Mereka pun kelihatan tak selesa berborak dengan aku. Mungkin inilah masalah perangai aku. Perangai malu aku tak bertempat... aku tiada siapa nak kawan dengan aku. Bila aku bercakap dengan lelaki, tangan aku berpeluh, percakapan terus jadi gagap, pandangan aku hanya ke bawah. Berdebar bila bertentangan mata lagi-lagi lelaki yang sama umur dengan aku. Mungkin dengan perlakuan sebegitu mereka gelarkan aku skema, weirdo!. Dalam hidup aku, aku tak pernah berkawan dengan lelaki. Kawan baik aku pun Fifi di Malaysia. Disini aku sendirian.

Disebabkan aku tak berani bergaduh dengan siapa pun, lagi-lagi dengan Qairil. Aku hanya diamkan diri walaupun kepala masih sakit. Aku kemas bag dan bertukar tempat yang lebih tinggi supaya jauh dari gelanggang bola tampar.

Dari pagi sehingga lewat petang. Aku tak sedar masa berlalu, fokus siapkan assignment. Tiba-tiba lampu dewan di tutup. Gelap! Menggelabah aku kemaskan barang dan berbekalkan lampu dari telefon bimbit aku mencari pintu keluar.
Kunci pula!!!

 Terjerit-jerit aku panggil orang bukakan pintu. Akhirnya aku terduduk dan menangis. Sadis. Lagi kuat tangisan aku bila dengar macam-macam. Dah la dewan ni terkenal dengan macam-macam cerita hantu. Bergema dewan dengan tangisan aku.

Tidak lama aku menangis dan meraung, tiba-tiba pintu dewan dibuka. Aku terus bangun dan meluru keluar. Gedebuk aku jatuh. Tetiba rasa suam dan selesa. Rupanya aku rempuh manusia. Malanglah orang yang kena hempap dengan gajah macam aku. Sempat lagi aku menghidu bau badan mangsa rempuhan. Wanginya…. Terkejut apabila aku ditolak kasar. Baru aku sedar. Mangsa rempuhan itu adalah Qairil. Mukanya mencuka, menahan sakit gamaknya.

“Awak ok?? “, aku tanya beberapa kali tapi tiada respon. Tak berani bertentang mata. Malu. Aku dah tersentuh lelaki!!! Malunya! Mana nak sorok muka. Tapi rasa bersalah yang amat. Aku beranikan diri bertentangan mata dengan Qairil. Dia mengurut dadanya, kelihatan seperti senak akibat dihempap tadi. Apa perlu aku lakukan sekarang?

“Awak ok??, saya minta maaf. Awak boleh bangun? Saya papah!”, aku beranikan diri untuk menarik tangan Qairil untuk bangun. Tetapi dengan pantas tangan aku ditepis.

“Awak ok ke? Awak ni bisu ke? Jawab la soalan saya. Ye!!! Saya minta maaf saya dah langgar awak. Tak boleh ke beri respon? Tak ada adab? Kita je orang Melayu kat sini...”, aku tak sangka ayat-ayat tu keluar dari mulut aku. Serius. Ini betul-betul kesilapan besar. Tak lama kemudian, Qairil menjeling dan meninggalkan aku. Aku tak puas hati. Aku membontoti Qairil.

“Awak….. awak…..  tunggu!!!!”, aku berlari dan menarik lengan Qairil.
Qairil berhenti membuat isyarat tangan yang aku tak faham maksud dia. Kenapa dia tak bersuara ni? Dia bisu? Sekali lagi Qairil merengus malas untuk terangkan pada aku yang masih blur. Qairil teruskan berjalan hiraukan aku. Sekali lagi aku mengejar ……

Dan …. Aku terpeluk Qairil.

Tiba-tiba, dua-dua kaku. Aku lepaskan pelukan. Tangan aku masih memegang baju Qairil. Aku perlu terangkan pada dia. Aku bersalah.

“Saya tak tahu awak ….bisu. Maafkan saya”, lembut.
Qairil membuka zip bag aku dan keluarkan buku dan pen.

-Saya maafkan. Boleh lepaskan saya?-

Terus aku lepaskan baju Qairil, Terkebil-kebil aku, Qairil meninggalkan aku. Qairil seperti lelaki yang dingin. Sukar bawa berbincang. Mungkin sebab dia bisu, sukar untuk dia berkomunikasi?. Tak sangka dia salah seorang pelajar OKU di universiti ini. 

Lama aku perhatikan Qairil. Kacak, tinggi, kening lebat macam kacukan pula. Tersentak berangan apabila aku terdengar bunyi kuat dari arah dewan. Berderau darah terus membontoti Qairil sehingga keluar dari kawasan dewan. Sempat aku memerhati badan Qairil dari belakang seperti model. Kacaknya!!!!

“Qairil!!!!! Terima kasih!!!”, aku jerit dan melambai-lambai. Qairil menoleh dan berlalu. Tak sangka aku seberani ini. Aku tak pernah berbual-bual dengan lelaki, apatah lagi sentuh lelaki? Mungkin kerana dalam famili hanya ayah sahaja lelaki dalam keluarga itupun arwah meninggal semasa aku berumur 5 tahun. Tindakan aku hari ini, bercakap, menyentuh dan bertentangan mata dengan lelaki seperti Qairil adalah perkara yang sangat luar biasa. Mana datang keberanian aku tadi? Mungkin aku disampuk. Senyuman meleret.


“Qairil handsome!!!!”, aku sebut dan gelak seorang diri. 



-Bersambung-