Ahad, 11 September 2016

PARAGLIDING : Bukit Jugra, Banting, Selangor

Pelik juga, aku rase dah setahun lebih aku setel paragliding tapi aku tak sempat nak write up masuk blog. 

Disini aku nak share cerita tentang Paragliding. Ye, aku tahu sukan ini bukan sukan yang pelik bagi kita sekarang, bak kate orang cerita basi. Tapi aku just cerita balik untuk share moment aku :)

Tanggal 2 May 2015, aku dan beberapa orang rakan tetibe je dapat idea nak try sukan ni. So masa datang ya rabb excitednya. Lagi excited bile dapat jumpa Abang Beto.... terus abang kau.
Actually aku sangat terkejut die tinggi skit dari aku sebab aku tgk dalam movie ke semua die kecil-kecil je orangnya. Dia datang dengan isteri dan buat pengetahuan korang Beto memang ambek lesen pilot, terbang solo gtuw. Mana tau satu hari die buat bisnes ni, haa kau terbanglah bersama beliau. 

Ada cerita sadis aku nk bagitau, nak terbang ni kene ikut rejeki. Kadang2 dah tengok ramalan cuaca ok je, tetibe angin kuat sangat pulak, tukar arah angin la semua la... tak boleh terbang untuk elak kecelakaan. Ada banyak je kes belaku sehingga ada yang askar lumpur separuh badan akibat salah landing. See semua sukan ada risiko. Ilmu dan pengalaman tu penting. 

Rejeki kami ambek pakej ni dengan Akak Orkid dan Kapten (suami isteri) running buat bisnes ni. Sebenarnya ramai je orang kat atas tu, tapi kami lebih percaya dengan Kapten dan Akak Orkid ni, mereka ada rumah kontena diubahsuai menjadi pejabat dan kawasan lapang rumah beliau boleh buat aktiviti perkhemahan. Selalunya budak-budak tahfiz buat kem ibadah, buat qiamulai bawah bulan gituw. 

Akak Orkid ni ramah sangat, siap cerita love story dia mcm mana dia boleh jumpa suami dia. Rejeki kami, dua kali datang pon dijemput makan bersama dan lepak sehingga petang berborak. Paling masyuk, kami solat berjemaah. Perghhgh mase tu berderau otak kami, sebab biasenye kami pergi latihan scuba ke, ape ke jarang ajak orang tak kenal solat jemaah bersama. Haish len macam kali ni.

 Ada orang rejekinya datang terus terbang, ada orang rejekinya kena datang berkali-kali baru lepas. Doa yang baik-baik.
 Sebenarnya aku takut sangat sebab aku gemuk dan berat kan. Boleh ke aku terbang? Bak kata Kak Orkid, ada penerjun wanita beratnya lebih dr 120kg siap terbang lama di atas. Masa aku nak terbang tu, angin kuat sangat, Kapten suruh aku turun dulu, sebab kalau bawa orang ringan, nanti payung tak balance. See kelebihan orang gemuk. 
Aku terbang dalam 10 minit macam tu, Kapten kata sebenarnya boleh lama lagi ada yang setengah jam. Tapi disebabkan cuaca baik, ramai orang dia minta izin ngan aku untuk ronda dalam 10-15 min seorang. 

Apa perasaan aku? 
Weh, aku acrophobia, takut tinggi tapi serius macam mimpi. Aku selalu mimpi aku terbang. Terus bila terbang tu ko rasa macam mimpi. Serius sikit pon aku tak gayat. Pelik kan. Hahahah so aku pikir kalau ade rejeki ni memang aku nak buat skydiving pulak. Hahah

Selepas berjaya terbang tu, turun dan bawa external untuk ambek video. Alhamdulillah aku landing selamat. 

Bagi korang nak try sukan ni, please Google paragliding Bukit Jugra dan buat appointment.
Masa aku pergi dulu RM160 kalau ramai, kalau seorang RM180-200. Harga sesama tak pasti. Hehe

Korang boleh join group paragliding, atau kalau minat sangat boleh apply lesen pilot. 
Chill~~~

Selamat Menyambut Aidul Adha.

Tiada ulasan: