Selasa, 13 September 2016

RANTAI - Part 2



"Hai"

"Ha??", aku lihat kiri kanan. Ya hanya kami berdua dalam lif. Dia kenal aku. 

"Yasmin kan? Saya Nukman...", Nukman menundukkan badannya dan menghala wajahnya dekat pada aku. Terus bergelodak darah dari kaki memecut 180km/j naik ke kepala. Aku melarikan pandangan ke arah lain.

"Awak cantik"

Beeppp Beeeppp Beeepp.........

Terbuntang mata aku sebaik sahaja roh kembali ke jasad. Ya Allah, sejak seminggu pertemuan Nukman Ariz kerap benar aku bermimpi dia. Sehari kadang-kadang dua kali. Melihat jam sudah pukul 11 pagi. Aku berjanji dengan Julia untuk hantar draf untuk buku baru. Sebenarnya sejak sekolah aku telah mengumpul beberapa karya namun kali ini tiada satu pun menarik jiwa untuk hidupkan watak dari ratusan karya sebelum ini. Yang aku fikirkan hanya...... Nukman Ariz.

"Min.... kata nak jumpa pukul 10, sekarang sudah pukul 11 pagi. Aku tak berapa senang hari ini, kalau nak jumpa aku, datang office sekarang, aku cek draf dan kita lunch awal ok", Julia pantas menelefon aku. Pelik, jarang sekali aku terlelap, tidur mati sehingga alarm yang aku set pukul 9 mungkin sudah berbunyi puluhan kali sejak tadi aku tak sedar langsung. 

Berlari-lari aku menuruni tangga dan akhirnya aku terbang. Ya aku tersadung..... tergolek... bersepai helaian draf. Dada senak...... sukar aku nak bernafas. Aku tengok sekeliling tiada orang, aku memandang CCTV, berharap pak guard datang membantu. Lama begitu, setelah dadaku hilang sedikit senak aku menangis kesakitan. Allah saja yang tahu. Tak ramai gunakan tangga belakang ni. Jarang sangat aku lihat penghuni kondo ini menggunakan tangga. Itupun baru saja aku berjinak gunakan tangga sejak aku berazam kurangkan berat badan, toksik badan tinggi sehingga jerawat naik setiap inci pada muka. Stress!!

Perlahan bunyi derapan kaki menaiki tangga membuatkan aku lega. Aku menunggu saat untuk bertembung dengan penyelamat. 

Allah

Nukman Ariz!!!!

Terus aku bangun betulkan tudung dan gigih mengutip helaian kertas dengan cepat. Menggelupur. 

"Ya Allah, awak okay?", melihat aku tergesa-gesa mengutip kertas dia juga serabut cepat-cepat mengutip sisa dari beg tangan dan menolong aku bangun. 

"Maaf.... eh terima kasih", aku tunduk dan terhencot lari dari bayangan Nukman.

"Jangan takut saya bukan orang jahat", terus dia mencapai beg tangan dan kertas. Sebelah tangan lagi memimpin lengan aku untuk berjalan normal. Tapi, 

Tapi aku berhenti. "Tak apa, saya okay. Terima kasih." Aku cuba menarik lengan dari dipegang lelaki kacak itu. Berdebar kot.

"Huish...hoi hoiiiii saya bukan orang jahat. Biar saya tolong awak ke kereta", kali ni dia pegang kuat pulak lengan aku. Sampai tersembul lemak aku.... Aku tahan malu. Malu dia picit lemak aku kuat gila. 

"See kalau saya jahat saya buat bodo je. Kenapa awak menjauhi dari saya? Tiap kali kita bertembung pulak tu.. Saya ada buat silap ke? Atau saya seperti ex awak?", sekali dia tunduk dan merapatkan wajahnya pada aku. Mata kami hanya jarak...... hanya Tuhan saja tahu. Terpana aku. Sekali imbas seperti mimpi tadi!

"Erkkk, bukan... maaf ya saya nak cepat ada hal. Terima kasih", terus aku menutup pintu dan memecut. Sekilas aku memandang belakang dia melambai. Pecut tak pecut hanya 15 minit aku sampai di pejabat Julia di Damansara. Dari jauh Julia melihat aku terhencut-hencut berjalan. Terus dia meminjam kerusi roda pada receptionist dan memaksa aku duduk. Aku tahu Julia bukan normal seperti rakan yang biasa. Julia istimewa sedikit. Dia mereng. Berlari-lari dia menolak kerusi roda sambil tergelak-gelak macam orang gila, aksi ini sebijik seperti 5 tahun dahulu. Takut dia mahu membalas dendam, aku menolak untuk duduk di atas kerusi roda. Kaki masih sakit, aku tahankan aja.

...................................................................................................

"Cik duduk sini dahulu, saya ke kaunter", aku tak kenal gadis ini tapi yang penting aku terlanggar basikal dia. Mana aku tau aku boleh terlanggar basikal orang di taman tadi. 

"Cik biar betul, anjak saya sedikit ke tengah, tepi curam ni...", Julia masih dengan helmet set basikalnya berkerut menahan sakit. Banyak kali dia cuba menggerakkan kerusi roda tersebut. Agak gerun melihat laluan emergency yang agak berbukit.

"Oh okay..", perlahan aku tolak sedikit ke tengah, tanpa lock kerusi roda tersebut aku berlari ke kaunter serabut mencari nurse. Cuak melihat darah banyak pada lutut gadis itu. Tiba-tiba terdengar suara menjerit. Rupanya kerusi roda gadis itu bergerak ke curam bukit, aku yang tengok menjerit sekali. Aku mengejar gadis itu dalam kelajuan 11 saat per 100 m hampir mencecah rekod Usain Bolt. Akhirnya aku dapat mencapai kerusi roda namun gadis itu tergolek jatuh dari kerusi roda.....

Mati-matian aku takut dia mati sebab tak bergerak. Tiba-tiba dia mengerang kesakitan akhirnya aku menangis ketakutan melihat darah membuak keluar dari kakinya. Lama begitu, gadis itu tergelak melihat gadis hodoh dihadapannya menangis teresak-esak.

"Adui, patutnya aku yang nangis. Bukan kau. Dah angkat aku, ramai tengok ni... malu", tak lama dari itu, baru ramai menolong. Sejak dari insiden itu kami berkawan rapat. Julia satu-satunya rakan baik yang mengenali baik buruk aku. Tiada siapa yang memahami aku selain dia. 

................................................................................................

"Ju, aku kan rasa pelik la. Sejak dua menjak ni aku mimpi lelaki jiran sebelah umah aku. Mimpi dia macam real, serius macam tadi", Julia terus memaling wajahnya mendengar cerita aku. 

"Nukman Ariz ke jiran kau", Julia meneka.

"Wehhhhhhhhhhhhhhhhh, mana kau tahu!!!!!!", seram sejuk bila Julia dapat membaca otak aku.

"Ni, draf kau. Kau kenapa, kalau buku ni dapat siap nanti dia baca macam 'creepy' je. Silap hari bulan dia pindah rumah sebab kau stalk dia."

"Aduh.... serius aku tak ada idea sebenarnya. Seminggu direct. Setiap masa. Aku fikir dan berangan tentang dia je. Aku gila ke?", serabut sehingga pin tudung aku tercabut.

"Aah, kau gila"

Aku tahu Julia sibuk yang amat, namun aku hargai dia sanggup menemani dan makan tengahari bersama aku. Sanggup melayan kisah aku. Malas untuk pulang, aku malu jika bertembung kembali dengan Nukman Ariz. Aku memecut kereta menuju taman berhampiran dengan pejabat Julia. Perlahan aku membuka komputer riba dan tangan mencari semangat untuk terus menaip. 

"Come on ideaa... come on", aku tahu aku asyik terfikirkan tentang Nukman. Aku tak boleh fikir tentang perkara lain. Draf sudah diterima, maka aku perlu teruskan. Akhirnya aku membuat keputusan untuk cerita tentang Nukman Ariz.

Terkejut dengan limpahan idea, jari-jari laju menaip sehingga siap babak ketiga. Melihat jam sudah pukul 5 petang. Aku tidak perlu tergesa kerana Allah bagi cuti hari ini. Baik aku gerak sebelum jem. 

Sampai sahaja dirumah, aku pelik. Aku tak tutup lampu rumah ke? Bunyi bising di dapur. Siapa ceroboh rumah aku? Perlahan aku mencapai kayu besbol belakang pintu dan biarkan pintu terbuka. 

"Honey, dinner's done!", suara siapa tu???

"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH", terkejut aku melihat lelaki yang aku rasa aku kenal berada di dalam rumah aku dan hanya berseluar pendek, SHIRTLESS!!!!!!! HALF NAKED. Ya Alllahh... aku memukul-mukul kusyen dengan kayu besbol tanda provok kepada Nukman.

"Hey..hey honey.. Kenapa awak menjerit ni???", aku rasa nak pengsan kenapa lelaki ni dalam rumah aku???

"Honey????", aku pelik. Apa dah jadi ni?

"Ya Allah sayang, awak dah kenapa. Tak pernah tengok saya half-naked begini?", elok pulak dia gelek pinggang dia dengan penuh ghairah. Syurga ke neraka ni???

"Okay biar saya bertenang awak pakai baju dan keluar. Saya tak nak kena tangkap dengan JAIS. Kondo kita ramai dah kes serang begini. Better awak keluar", aku cuba tenangkan diri memaling muka dari menghadap Nukman. Sesekali ada juga aku mencuri pandang tubuh dia yang... baiklah biar aku pendamkan saja luahan hati itu.

"Saya nak keluar pergi mana? Ini rumah saya, ini rumah kita", sejak bila pula rumah kita ni wahai Nukman?

"Awak hilang ingatan kita dan bernikah 3 bulan lepas. Awak juga suka saya tak pakai baju kan!?", Nukman masih bergurau. Aku terus buat-buat naik angin dan menghalau Nukman. 

"Kegilaan apa ni? Balik saja rumah terus jadi gila. Bawa mengucap saya tahu awak period hari ini. Okay-okay saya keluar. Biar saya tidur kat luar, biar semua tahu awak zalimi suami", Bentak Nukman menyarung baju dan seluar panjangnya. 

Ya Allah. Bernikah? Ini mimpi. Aku pasti. Seperti babak pertama, aku sudah bernikah dengan Nukman. Kisahnya, ayah mencari jodoh untuk aku dan Nukman setuju kami berkahwin. Begitu? Tak sangka setiap babak yang aku reka, sehingga terbawa dalam mimpi. Aku tampar diri aku untuk bangun. Aku perlu siapkan cerita kali ini dengan cepat. target Julia buku ini akan siap publish hujung tahun ini. 

Ya Allah, sakit. Ini bukan mimpi??! Adakah aku disihir. Pantas aku menelefon Julia datang ke rumah. Dalam beberapa minit menunggu Julia, akhirnya loceng rumah berbunyi.

"Yasmin......... ini Nukman Ariz ke?", perlahan Julia mengatur ayat. Aku melihat Nukman masih di depan pintu sambil tersengih meminta untuk masuk kerumah.

Aku terus menarik Julia, dan menunjuk signal amarah 'no entry' kepada Nukman. Dia terus mencebik muka kecewa. 

"What the hell is going on Min... kenapa dia kata dia suami kau? Oh my God, He's hot like a hell!!!", Julia terkejut habis. "Jackpot Min, Jackpot YASMIN!!!!", Julia menjerit excited. 

"Slap me Yasmin, Slap me!!!", Julia sudah datang gila. 

"Sekarang ni aku pelik, setiap perbuatan dan fakta yang dia cakap ada dalam babak pertama ni aku tulis. Kau baca ni. Aku baru tulis petang tadi kat taman depan pejabat kau. Tengok timing... see... see... petang tadi aku tak tipu kau. Dan aku balik tetiba dia jadi suami aku seperti dalam cerita tu. Ini gila apa Ju??? Aku takut", sumpah aku sendiri bingung.

"Ok Yasmin. Kau try tambah cerita dalam ni. Kau buat dia call handphone kau... kau buat dia cakap Korea dengan kau... kau buat dia menari. Kita tengok apa jadi", Julia memberi idea terhadap punca kegilaan ini.

"Okay, aku buat tambahan ayat ni",

"Nukman gembira sehingga menyanyi-nyayi keriangan", terketar-ketar aku menaip tambahan dalam babak pertama.

Tiba-tiba kami berdua tercengang. Nukman menyanyi di pintu. Kami terus berlari buka pintu takut dimarahi jiran. 

Seraya kami lepaskan tangan Nukman, Julia dengan mata terbuntang menjerit.

"Ya Allahhh ni gila!!!!!!" Julia menjerit. Aku menjerit, Nukman yang pelik melihat kami juga terjerit.

"Dah kenapa dua orang perempuan ni? Bila period semua jadi gila ke?", kami terdiam sejenak. Tapi Julia masih menjerit. Aku dah pening jerit lama-lama akhirnya aku diam melihat Nukman.

'Aku perlu hapuskan babak pertama dan semuanya. Aku perlu tukar cerita lain. Bukan dengan Nukman Ariz'

- bersambung-



Tiada ulasan: