Ahad, 11 September 2016

RANTAI - Part 1


"Tak... kenapa?"

"Sebab cara kau layan aku macam dah berpengalaman... haha gurau"

........................................................................................................................ 

"Huh!!!! Allahhh mimpi lagi", celik sahaja, baru aku sedar yang tadi aku bermimpi lagi. Mimpi sama dan berantai. Ya, sudah sebulan mimpi berantai ini bagaikan ia betul-betul berlaku dalam hidup aku. Real! Sejenak memikirkan hal mimpi tadi, mata aku meliar melihat sekitar bilik. Sudah cerah. Langsir yang berada ditepi katil ini diselak. Cerah terus bilik sederhana besar itu, menunjukkan matahari sudah tegak atas kepala. 

Komputer disisi katil juga masih hidup, lupa ditutup sejak malam semalam. Kes tengok movie sehingga terlelap. Aku matikan suis supaya ia rehat sebentar sementara aku bersiap diri. Ingatkan nak sambung menaip petang sedikit. Terasa urat kaki masih mengeras dan sukar untuk aku berjalan dengan normal. Perlahan-lahan aku mengheret badan untuk bersihkan diri. 

Saraya aku menyangkut tuala, tangan pula membuka paip, air paip keluar tersedak-sedak. Tanpa menunggu terus aku menadah muka pada pancutan air dan aku biarkan saja curahan seperti air hujan itu mengurut muka aku yang bergerutu penuh dengan jerawat. Aku memikirkan tentang hal mimpi aku yang sudah berlanjutan sebulan lamanya. Indahnya jika ia realiti.

Otakku ligat memutarkan semula cerita mimpi tadi. Dalam mimpi itu, aku mempunyai tubuh badan yang langsing, muka bersih dari jerawat. Boleh katakan aku amat berlainan dari realiti. 

"Nukman Ariz", tak sengaja aku tersenyum.

........................................................................................................................  

Lempar kembali kisah sebulan lepas...

"Min, kau dah tak menulis, dah delay dua minggu ni.. kenapa?", Julia merupakan kawan baik aku merangkap editor buku keluaran Yahanakraf. Setelah menguruskan keperluan aku, Julia kembali ke pejabatnya. 

Selama dua tahun sejak aku tekad berhenti kerja, aku telah menghasilkan enam buah buku dan semuanya 'best selling' di pasaran. Peliknya, aku baca buku sendiri tak berapa bagus dan sebenarnya aku malu untuk menjual karya aku selama ini. Julialah orang yang membuka jalan rezeki aku setelah lama gagal mencari kerja. Dia seperti manager tak bertauliah, dialah yang membantu menguruskan semua proses pembuatan buku. Aku hanya bekerja di rumah sahaja. Tiada interview secara terbuka, tiada perasmian perlu aku hadiri dan semuanya diaturkan oleh Julia.  

Rezeki Tuhan luas bukan? Setelah buku pertama laku keras ia membuatkan aku lebih gigih bekerja keras, idea pula mencurah-curah sehingga.... sehingga ada sesuatu perkara berlaku. 

Aku mendapat jiran yang kacak. Baru aku sedar punca aku tangguh menulis. Kerana cerita kali ini pelik. Sukar untuk aku sambungkan kerana perkara pelik berlaku setiap kali aku menulis helaian babak demi babak. 


Suatu hari....... 

Aku pulang dari kedai membeli keperluan rumah, tetiba aku bertembung seorang lelaki yang mengangkat kotak yang besar. Wajahnya terhalang oleh kotak itu. Sekalis aku melihat gelagatnya turun dari tangga dengan teragak-agak aku terus memencilkan diri seboleh mungkin. Ya aku gemuk, namun aku sudah mencuba sedaya upaya tidak menganggu laluan lelaki itu. Aku menahan nafas sewaktu kami betul-betul bersebelah. Bajet seperti aku tidak wujud, kehadiran tidak disedari langsung oleh lelaki asing itu. Malangnya..... Malangnya jari lelaki yang memegang kotak besar itu akhirnya tersentuh bahuku. 

'Arghhh... patutnya aku tunggu dia lalu. Tak sedar ke badan kau gemuk. See tak muat nak lalu sekarang', bebel dalam hati. 

"Oppss sorry, sorry ....aaaa... aaaa aduh..." Gedebuk..
Akhirnya lelaki itu hilang imbangan dan terjatuh bersama kotak besar itu.

'Salah kau Yasmin... sekarang hidup kau dah menyusahkan orang', aku hanya mampu bebel dalam hati.

"Aduhhhhhh..... " perlahan lelaki itu mengalihkan kotak dan serentak mata kami bertentangan. Aku tergamam.

"Ha??? Sorry..", itu sahaja aku mampu ucapkan. Malu dan rasa bersalah aku terus berlari naik tangga dan cepat-cepat meninggalkan lelaki yang jatuh tadi. Aku tak tolong pun! Kenapa dengan aku?

'Kenapa kau lari bodoh?, kenapa kau tak tolong dia? Kau yang salah buat dia jatuh', suara hati aku seolah-olah ada wujud satu lagi jasad seperti aku memberi nasihat dalam keadaan marah-marah.

"Aku bukan sengaja, mana aku tau. Buatnya kalau dia marah aku tadi mampus", kini aku sudah gila aku memberi respon pada jasad seperti aku itu. 

Jasad yang lagi satu itu seperti menggetus marah dan hilang dari bayangan. Aku cuba tenangkan diri dengan menyusun barang basahan ke dalam peti sejuk. Walaupun otak ligat memutarkan semula 'scene' itu tadi, sebahagain lagi dari otak dan hati aku memaksa aku untuk lupakan. 

"Nak makan apa ya?".......

'Aduhhhhh', babak lelaki jatuh tadi berulang kembali seperti otak sudah set 'repeat'. Telinga aku seperti merakam suara garau yang dalam itu berulang kali juga. 

"Hish!!!" marah pada diri sendiri. Laju sahaja tangan aku membuka bungkusan maggi tomyam


Ting...tong......

Bungkusan maggi tadi tercampak. Aku terkejut. Julia? Perlahan aku ke pintu melihat kanta siapa diluar. 

'Lelaki tadi!!!!!!!!', menggelupur aku terkejut. Lelaki tadi datang dan senyum tepat pada kanta pintu itu. Tak semena-mena aku tersepak rak kasut,

Ting...tong... 

"Assalamualaikum........ Cik, saya nak pulang barang awak tercicir ni tadi kat tangga", jerit lelaki diluar. Sah dia dengar bunyi aku tersepak rak kasut tadi. Aku tiada pilihan. Aku perlu buka juga pintu ini.

"Ya....", aku menunduk tak berani nak pandang wajah lelaki yang kacak itu. Lagipun, aku malu, aku hodoh. Semalam tengok cermin, jerawat baru habis naik muka menutupi setiap inci pipi.

"Hai...... saya Nukman. Nukman Ariz. Saya jiran baru awak", lelaki itu menghulurkan tin sardin yang dikatakan barang aku yang tercicir tadi. 

"Ooohh ok terima kasih", pantas aku mengambil tin sardin dari tangannya dan mencapai daun pintu. Namun, Nukman Ariz telah menahan daun pintu dari tertutup.

"Eh...awak. Mak saya buatkan kuih beras ni untuk jiran-jiran saya, Pilihkan awak nak warna apa", lelaki itu menghulur talam berisi bungkusan kuih beras yang berwarna kelabu, hijau, hitam dan merah. lama juga aku membuat keputusan.

"Ermmmm.....merah tu saya suka, sebab inti kacang merah. Hitam, inti kelapa, hijau inti pandan", laju tangan aku mencapai inti kacang merah tanpa berfikir. 

"Terima kasih", sekali lagi aku mencapai pintu untuk ditutup dan sekali lagi pintu ditahan. 

"Nama awak?", dalam garau suara lelaki ini. Seksi sungguh.

"Yasmin. Yasmin Nadia", sekalis aku mengangkat wajah dan memandang wajah lelaki itu. Dia tersenyum. Dia menarik kaki yang menahan pintu dan aku terus pantas menutup. 

"Jumpa lagi Yasmin!!", jerit Nukman dari luar. Sekali lagi aku mengintai kanta pintu. Melihat dia masih dimuka pintu dan matanya tepat melihat kanta pintu. Terus aku terkejut dan berlari ke ruang tamu.

'Aduh.......... Min... ooo Yasmin. Kau tak makan kacang merah', jasad seperti aku muncul dan kondem kuih beras itu.

"Eh... aku makan je", respon aku pada jasad seperti aku tadi. Lama aku menghadam, eh sedap pulak. Selama ini aku memang tak gemar kacang merah.

'Hahaha... Yasmin kau suka kacang merah ke Nukman Ariz?'



Tiada ulasan: