Rabu, 30 November 2016

MABUL 2017: SCUBA JEFF (Need replacement!!)

Sumber gambar: Google scuba jeff

Post kali ini bukan cerita pasai Mabul. Aku belom sempat lagi nak pergi. 
Bulan 9 hari tu aku plan nak pergi Mabul bulan Febuari 2017. So dah beli tiket dan terus book kat Scuba Jeff. Sekali ada sesuatu telah berlaku, perkara yang tidak dapat dielakkan, kami tiada rejeki ambil pakej enjoy di Scuba Jeff. 

Deposit RM300 sudah dibayar namun wang tidak boleh dikembalikan walaupun early cancel. Atas budi bicara Abang Jeff beri kelonggaran untuk aku cari pengganti. 

Maka, aku perlu cari pengganti. RM300 tu banyak weh. Macam boleh beli, dah la aku bukan orang senang. Rasa macam besar je nilai RM300 tu. Kalau kawan-kawan baik hati budi, kenal sesiapa yang plan ke Mabul tahun depan bolehlah replace booked aku ni. Anda tak rugi apa2 pun. Hiks... Sebaklah

Sumber gambar: Google scuba jeff

Boleh roger aku 013-3947735
Nadey

Isnin, 21 November 2016

Apakah Personaliti Anda?


Manusia memang kompleks. Tiada satu tema pun boleh mengungkap dengan lengkap untuk merangkumi kesemua pesonaliti setiap manusia. Dianugerahkan organ otak dan hati sama secara fizikal namun setiap manusia mempunyai 1001 ciri-ciri yang berbeza dimana boleh dikategorikan dengan tiga jenis karekter. Artikel kali ini mungkin dapat membantu anda mengenali dengan lebih mendalam pesonaliti anda dan juga yang tersayang.

Introvert adalah golongan yang hanya menyumbangkan tenaga sosialnya kepada segilintir orang yang terpilih sahaja (keluarga dan beberapa orang rakan baik). Golongan introvert akan berfikir dahulu sebelum bercakap dan disebabkan itu mereka sering dikategorikan sebagai pendiam. Diam tidak bermakna mereka kosong. Ligat pemikiran mereka memikirkan tentang pandangan sekeliling terhadap beliau, risiko dari perbuatan diluar kawalan semuanya membuatkan golongan ini lebih suka bersendirian. Tidak suka bersosial dan sering memencilkan diri. Selain dari itu, jika sesuatu menarik minat mereka, mereka akan merasa energetic untuk tahu dengan lebih mendalam dan akan memberikan fokus 100%. Dapat bayangkan golongan ini akan tidak tenang hati selagi tidak dapat menyelesaikan sesuatu masalah.

Diberi contoh di dalam satu majlis, golongan introvert ini lebih selesa untuk menjadi ‘watcher’ atau membuat hal sendiri, makan sendiri dan hanya bersosial dengan orang tertentu. Ada dua kemungkinan iaitu mereka ingin bersosial dan cemburu pada golongan extrovert yang mampu memeriahkan majlis maka mereka akan berusaha berdamping dengan golongan extrovert agar tidak ketinggalan. Kemungkinan kedua adalah golongan introvert akan tertekan dengan sekeliling, takut akan risiko ditemu-bual oleh golongan yang hati kering, malu tiada keyakinan untuk bersosial malah juga takut menjadi ‘spoiler’ majlis itu. Pulang ke rumah atau mencari ruang yang tenang?
Berbeza dengan golongan extrovert, mereka adalah pakar bersosial. Lebih bertenaga jika bersosial, tidak suka bersendirian, suka bergaul, mempunyai ramai teman dan mempunyai pesonaliti menarik. Dari segi pemikiran, mereka lebih easy going, berfikiran terbuka, sukakan risiko dan cabaran, suka pada tumpuan dan perhatian, love-expert dan lebih dominan. Mereka tidak suka memikirkan hal yang rumit dan suka mengambil jalan mudah untuk menyelesaikan masalah. Jika bersendirian, mereka akan cepat bosan, mati kutu dan rasa tidak senang. Pasti golongan ini mempunyai pelbagai jenis hobi.

Adalah logik wujudnya golongan yang mempunyai kedua-dua ciri introvert dan extrovert di dalam diri mereka? Ya, golongan ini juga dikenali sebagai ambivert. Semuanya bergantung pada situasi dan pengaruh persekitaran. Golongan ambivert ini wujud pada waktu dan keadaan yang tertentu. ‘Self-development’ atau ‘self-defense’ peningkatan kendiri pada karekter mengikut pengalaman dan pengajaran dari sekeliling.

Contohnya, di pejabat dia memilih untuk membawa ciri introvert. Sentiasa memencil diri dari bersosial dengan rakan sekerja, sering bersendirian, takut mengambil risiko dari penonjolan watak dan karisma semasa bekerja. Tersilap langkah, mungkin dibuang kerja. Biasanya kita sering mendengar ayat ‘play safe’. Namun, setelah melangkah keluar dari pejabat, dia akan membawa watak extrovert. Kejam pula jika dikategorikan golongan ini sebagai plastik. Kita harus lihat secara positif, kerana konflik di pejabat adalah tidak sihat.

Pernah sesekali saya fikirkan, alangkah seronok jika menjadi seperti si polan ini kerana semua orang sukakannya disebabkan perwatakan yang menarik. Bebas bersuara, dominan, mudah diajak berbincang dan berani. Pemikiran introvert ini yang begitu rumit ini adalah penyebab utama mengapa mereka memilih untuk menjauhi risiko. Namun, sekali lagi bergantung pada situasi dimana golongan introvert terpaksa menjadi extrovert. Mungkin selama ini dia hanya menjadi pemerhati kini dia terpaksa membuat keputusan tanpa berfikir panjang. Tahap fleksibiliti seseorang itu tidak boleh diukur apabila terpaksa membuat sesuatu secara spontan. Mungkin akan wujud level stress melampau atau berita baik untuk anda kerana menjumpai bakat baru yang terpendam. Maka pengaruh sekitar dan rakan amat penting untuk membentuk seseorang. Boleh jadi golongan ini suka mencabar dirinya untuk keluar dari kepompong risiko, introvert. Dorongan dan sokongan boleh menjadi peransang golongan introvert untuk berubah. Tidak salah jika itu perubahan positif.

Jadi anda bagaimana? Anda introvert, extrovert atau ambivert? Kongsikan pengalaman anda di ruangan komen dibawah.

Rabu, 16 November 2016

MIMPI ORANG YANG SAMA BERULANG

Pernah tak korang mimpi sorang ni berulang kali. Dia bukan laki yang ko suke pon dan dia juga bukan musuh ko. Tapi bila orang kata jodoh.... jodoh...jodoh....

G babi kau!

Jodoh apak ko!!

Sebab ape aku marah? Sebab aku tak nak orang tu pon! Aku yakin orang tu tak nak aku jugak. Kenapa aku sakai sangat mimpi dia ni! 

Aku marah sangat ni! Kalau dulu orang kata jangan benci sangat nanti jodoh. Ye aku takot nak benci ko sebab aku xnk ade jodoh ngan ko! Sumpah cuak wehhhhhhhh..... so aku bajet sucikan diri dilebaran ini aku ulang2 nasihat hati jangan benci sangat.

Tapi malam tadi aku marah sampai aku menangis dari mimpi smpai terjaga aku menangis marah!

Aku marah betul kali ni. Spoiled mood satu hari!

Ini bukan 5 kali tau.... boleh kata selalu sangat. 

Sihir ke? Wallahualam.

Aku positif orang tu tak pakai sihir.

Dah jangan sebut perkataan jodoh. Aku tak suka. Lama aku sujud masa solat subuh tadi doa agar jauhkan mimpi mcm tu lagi. Sebab terkesan tau kalau selalu sangat mimpi

Yang aku peliknya aku tak de pulak pikir pasai ko or berangan nak ada life dengan kau. Aku tak paham. Yes mainan syaitan dan aku sangat2 marah. 

Tidur basuh kaki ko kate? Nak melecet kaki aku basuh malam-malam.
Dah acene???
Kalau aku mimpi Oppa Sleepy ni tak pe gak! Mimpi hari-hari pon aku tak marah. 


Smuga aku tak mimpi bukan-bukan dah pas ni