Selasa, 28 Februari 2017

MABUL - Part 1

Plan untuk ke Mabul ni dari tahun lepas 2016. Beli tiket pon dari bulan Oktober 2016 Promo MAS. Masa tu tengok harga MAS lebih kurang dengan AA. So kami rembat 3 tiket. Aku ni excited sebab first time naik MAS. Jakun kan nak buat gane... harga tiket termasuk makan dan bagasi 20kg bila kire2 even promo AA pon harga lebih kurang sebenarnye.

Untuk pakej disana pula aku dapat suggestion dari #nadiasarip, dia memang banyak kali pergi Mabul dan pilihan Spheredivers adalah terbaik sepanjang pengalaman beliau. Aku percaya dia lebih dari pencarian google aku. Memula aku usha la website Spheredivers ni bila tengok youtube perghhh ni memang mantap ni. Menurut Nadia, Abang Ady dan Abang Azhar merupakan orang semenanjung. Abang Ady juga tukang masak kat situ so memang selera tu kena dengan tekak dinasor aku. Nanti aku cerita betapa hebat Abg Ady ni masak.

First aku msg Abang Azhar, punya sempoi rasa macam dah lama kenal. Apa je soalan aku tanya dia layankan aje. 11 feb -15 Feb, maknanya 5 hari disana. Bila fikirkan tak perlulah lama-lama di Mabul nanti aku ceritakan penyesalan aku tak stay mabul lama-lama.

Aku dah Shiwa (Lesen Advance Scuba Diving) 
Zati (Snorkeling) 
(Maaf harga pakej boleh rujuk Abang Azhar dan Abang Ady)

Bila korang google je Mabul, sebenarnya terlalu banyak pulau yang menarik sekitar Semporna dan Mabul, antaranya yang popular adalah Pulau Bohey Dulang, Mataking, PomPom, Sibuan etc. Dari Mabul biasenya tiada pakej ke Pulau-pulau cantik ni sebab agak jauh. Semuanya bertolak dari Semporna maka aku buat keputusan untuk 3h2m di Spheredivers and 3h2m di Semporna untuk Island Hoping.

Kenapa aku buat yang keputusan? Sebab aku dah offer diri aku untuk jadi tourist guide kawan aku ni. LOL untung mereka. Aku handle semua dorang just ikut je.

Untuk penginapan di Semporna aku memilih booking.com untuk pemilihan terbaik. Maka Best Bunk Beds terpilih bila tengok review mantap ler. Plus aku bagi hadiah review terbaik pada BBB ni sebab aku call Eric untuk katil bawah dan pada ruang tepi tingkat untuk senang untuk solat tanpa ganggu customer dorang yang lain. Lagi-lagi kaki aku sakit kan. Eric respon 'No problem' so aku macam rasa lega skit. Kebanyakan dorang yang menginap kat BBB dari China. Siap ada yang tanya aku solat tu senaman ke? Nanti aku cerita. Sabar nyah!

Hari Kejadian!
Seawal 4.30 pagi Zati paksa adik dia hantar kami ke KLIA sebab flight kami pukul 7.30. Selesai drop beg, dengan muke sememeh jakun naik MAS. Yela orang kampung kan aku plus bukan selalu aku fly. Layan movie dan makanan pagi tu nasi lemak. Ya Allah sedap aku kabo bak hang.
Kami sampai di Tawau lebih kurang pukul 11 pagi camtu. Pastu kuar je dari airport Tawau, ade abang sayang tunggu kittew. "Dira kan?". Ittew terus tanjat terus jatuh cinta eh! Memang sawan lah bila orang panggil aku Dira. Biasanya Nadey. Ni keja abang Azhar ni la... (tetibe)

Dari Tawau ke Semporna lebih kurang sejam lebih naik van pelancong. Sampai-sampai je ada orang sambut kami kat Jeti, terus ambik beg kami. Aku ni cuak nak mati. Boleh tak bagi salam dulu. Kelam-kabut aku call Abang Azhar, confirm ke bot Spheredivers sekian-sekian. Abang Azhar gelak je sebab aku cuak. Yela aku trauma masa kat Thailand orang dok serbu-serbu aku jadi panas. 
Dia ni lah panggil ittew "Dira" hampir sawan tarik aku tepi van

Masa ni pertemuan aku dengan 'Adek' driver bot sungguh drama. Bila aku tanya nama dia... macam  sebut iras Uvewvvevve Osas. Aku tanya sekali lagi die macam malu-malu. Aku terus panas. "Aku bukan nak mengurat kau, jangan perasan bah", terus aku jadi rakyat Sabah gtuw. Pas gelak-gelak aku mintak izin pergi cari makanan sebab takot Spheredivers dah lepas waktu makan (punya cuak lapar kan). Aku mintak dia sejam pergi makan pukul 1 petang aku datang semula ke Jeti. Kami ke Giant beli syampu, beli maggi, coklat dan biskut. Punya takut kelaparan. Kami sempat tapau nasi Semporna kau. Sekali...... sebak jap. 
Aku rasa Adek tu dalam belas tahun je, tapi bila bawak bot. Jatuh cinta lagi. Shit la orang Sabah ramai ensem. Aku pergi Giant pon aku cuci mata. Adek bawak kami ke satu tempat rumah air ni beli tiket marin ni. 
Mulut aku tak henti zikir (ni serius punya zikir) sebab aku memang suka laut. Tapi serius Kerajaan Semporna perlu buat aktiviti kitar semula dan kempen jangan buang sampah. Sebab penuh sampah sakit mata aku. 
Hari itu memang cerah gila tapi ombak besar. Maka bermula perangan antara aku dan air. Masalahnya kami 4 orang dalam bot aku sorang je basah lenjun. EH Adik pun basah teruk. 
Rejeki kami, jumpa instructor dive terus. Tasha ni seriously good pesonality. Dia buat kita jadi peramah (aku kan anti soSIAL). First time jumpe dah share banyak story. Lagi-lagi dapat tahu dia instructor dive kami so kami syukur gila. At least perempuan. 
Ape kisahnya?
Kami trauma jumpe laki gatal, miang, sakai masa kami buat lesen Open Water. So how glad we met Tasha. Impian aku nak jadi macam dia, stay island just every 90 hari pulang ke kampung. Ya Alllah memang impian aku sangat. Tapi nak jadi instruktor mungkin aku kene buat loan ahahahaha. Tak mampu aku. So pelan-pelan kayuh la. 
Serius kalau ada rejeki aku nak sangat sambung bahagian Sains Marin. Aku kan budak Zoologist so kecintaan pada haiwan tu membuatkan aku rase buat lesen diving adalah impian aku. Gituwwww....
Hampir sejam melambung-lambung habis organ-organ dan lemak aku. Kami sampai ke Spheredivers. 
Sampai je, ramai sambut kami. Sebak lak aku rindukan Nor. Naik je tangga terus tunjuk bilik kami betul-betul depan tangga turun naik laut ni. Masa ni Abg Ady pergi diving. Dapat tahu pulak Abang Azhar balik semenanjung. Down... sebab aku nak sangat jumpa orang yang tak boring-boring layan pertanyaan aku. 
 Masa ni kami dah sawan terkelu sebenarnye. Tasha ajak kami borak sikit tentang plan diving dan dia suggest kami pergi snorkel dulu kalau boring. Aku lak serba salah nak landing kat bilik sebab baju seluar aku lenjun basah so kami lepak kat luar sambil makan nasi tapau tadi. Nasi tadi hampir jadi bubur kot.
View aku boleh bagi 9/10 bintang. 
Ni lah nasi special Semporna tu. Hambek kau melimpah nasi dengan udang. Tapi rasa dia.... perghhhhhh sebak nak cerita. Rasa halia. Nasib aku suka ratah halia buang angin dicelahan lemak aku kan. So aku makan dengan redho.. tapi tak habis. Tak lama macam tu Nor datang bawak makan petang. Pisang goweng. Perghhh sedap ler. Sayang kat Nor. Sayang-sayang sampai aku lupe ambek gamba Nor dan Adek. (Takpe aku datang lagi)
Ini Tami. Dia budak manje. Tengok baru je berkenalan dan tidur atas katil kite.
Mase ni air start pasang. Tadi punya cetek. Kalau perasan ade bubble kat air tu, masa kami datang ade group hebat dive kat bawah tu.
Kami tak jadi snorkel sebab bahaya gak, laluan depan tu bot lalu lalang. So kami decide nak jalan-jalan kampung Mabul. Yes ini pilihan tepat sebab kami dak xde peluang jalan-jalan dan next day. 
Shiwa agak takut lalu kat kampung ni sebab jambatan dia tu kayu-kayu goyang pastu lopak-lopak. Aku gayat gak tapi sebab dah biase kot. Orang kampung biase la. Sebab aku dah study Mabul, so aku tau map Mabul ni macam mana. Kecik je weh. Masa ni la kau boleh compare banyak-banyak stay, Spheredivers adalah pilihan terbaik kau. Eh aku. (sebenarnye aku nak mintak keje kosong dengan Abg Azhar kat sane)


Cantik kan!
Tetibe orang dapur Spheredivers datang bawak ikan Tuna atau orang kita panggil ikan ayer yang buat nasi dagang tu! Eh kau! Kalau kat KL ni sekor mahu beratus sebab sekilo pon dan berbelas berpuluh (nak acah bajet selalu pergi pasor)
Budak-budak kat sini happy gila. Macam kau orang pulau kau berikan perkhidmatan terbaik tok pelancong. Sebab kekdahnya budak-budak ni peramah yang amat. Suh posing.,,,, kau posing. Siap bye2! Pastu Shiwa ngan Zati bukak isu tentang PEDOFILIA. Macam mana la budak-budak ni jumpe ngan orang saiko pedo, nauzubillah. Sebab dorang jenis tak kisah. Ikut dan layan ke pelancong-pelancong sana. 
Kami jalan-jalan tetibe dengar azan kuat sangat. Perghhh tak sangka azan tu 1 pulau dengar. Mulalah aku jatuh hati dengan Mabul.
Memang meriah aku rasa macam kat Indonesia. Tapi aku tak pernah lagi jejak kat sane. TROLLL 
Banyak menda pelik dorang jual, ikan bakar, keropok ikan buntal, air kelapa so memang best lah!
Kat sana, kalau kau tak tegur bagi salam katt mereka. Dorang yang bagi salam. Punyalah peramah. 
Contohnya budak ni. Kami datang dekat terus nak peluk? Ape jadi kalau Zati tu Saiko PEDO? LOL 
Masalahnya dia peluk Zati sorang. Kuang asam nye budak. Mentang-mentang aku kurang cantik. 
Sebenarnya masa ni aku ngah telek mata Zati. Dia saiko pedofilia ke normal. 
Sebiji kelapa RM3 lebih kurg je harga kt KL. Rasenye skrg kat KL RM4~ 
Sebok mek ni semua nak snap gamba die je hahahahahah 
Mulut kami mmg tak henti zikir weh cantiknya duduk pulau.
Sedih lak tengok bendera tu kena petir kot. Harap Abang Azhar beli bendera baru kihkih
View memang superb! No filter. Tenangnya masa ni. Rasa menyesal tak stay lama.
 Tasha suruh kami study dan dia nak tengok review dan discussion 
Acah-acah ok! Pastu Shiwa salin jawapan kat google. Aku lak transfer gambar, pas dia siap aku tiru! Tu memang keje aku sejak dari sekolah lagi!
Makanan kat Spheredivers memang terbaik!
Aku syak sini memang sentiasa penuh! Kebanyakan orang yang datang sini pernah ke Mabul. Yes! Berhantu! Bak kata Tasha 'island is calling' LOL
Malam tu aku tidur paling lewat. Tenang sangat2 dengan angin sepoi2 bahasa dan aku memang tak tutup tingkap! Aku suka bau angin laut. Sengkang mata nak siapkan keje sekolah, dah la tulisan Shiwa macam cacing. Sabar je aku tekun meniru. Malam pertama tu ok je, angin takde la kuat tapi tingkap berdentung kuat sangat... macamlah angin kuat sangat sampai bape kali aku marah. Last sekali aku cakap "Ye.... aku nak tidur la ni janganlah marah!" Sekali kuat gila tingkap tertutup! Terus aku bangun tutup lampu, aku mengiring ke arah dinding dan tidur. Haha kena warning stay up lama sangat kot!

Alhamdulillah, syukur rejeki kami ke Spheredivers, bilik best, jamban best, orangnya best paling best tempat Spheredivers ni strategik sangat! Sebab tu orang kata Mabul antara tempat tercantik didunia untuk Sunset View.

So Spheredivers RECOMMENDED!
Apa yang aku boleh jamin dengan tempat ni adalah KETELUSAN
perghhhh gituw ayat kan. Bak kata Abang Azhar "no hidden charge, kami orang baik"
Masa nak bayar pun Abang Ady tak rush kami, sebaliknya kami yang nak bayar cepat takut pergi diving duit hilang kan. Abang Ady rilek boleh cakap "Jangan risau kat sini, kalau duit hilang abang boleh ganti 3x ganda duit awak",
Aku terus buat emotion tanjat. Perghhhh macho je cakap camtu wakakka. Lagipun, pakej Spheredivers ni termasuk van pergi balik dari Airport-Semporna, bot pergi balik Semporna-Mabul. Kalau tempat lain, harga lain-lain.


Semuga aku ada rejeki duduk Pulau!

-Bersambung-

Tiada ulasan: