Khamis, 9 Mac 2017

BANGI BANDAR BERHANTU #PART KEDUA




Untuk pengenalan, nama aku Nadey dan aku suka kamen rider. Acah-acah meniru style penulis-penulis lain, aku buat hashtag juga #kamenrider supaya mudah pembaca mencari sambungan atau kronologi cerita aku (acah-acah nak submit banyak cerita ni). Sebabnya aku juga peminat cerita berantai di FS maka aku faham perasaan mencari susunan cerita. Selepas aku post cerita kt FS hari tu ramai yang request untuk aku publish gambar-gambar botol hasil bedah batin oleh sedara si Timah ni. Disebabkan ramai gila yang kecam penulisan aku yang 'Doh..doh, boring boring boring" tu, aku batalkan niat untuk hantar sambungan di FS waktu itu. Aku hanya sambungkan di blog Biawak Goweng Nadey. Sebabnya juga, di FS tak boleh share gambar kan. Sesiapa yang berminat nak tengok gambar hasil tangkapan bedah batin boleh pergi blog aku. Namun, harini kawan aku si Munah montok dan Timah beri sokongan dan semangat untuk aku hantarkan cerita ini di FS. Tak kisahlah kena kecam sekali lagi, janji niat aku nak kongsi cerita je. Stay positive okay, baca yang baik-baik, dengar yang baik-baik. Jangan kecam aku teruk sangat, hati ini mudah rapuh.

Ok, berbalik isu Bangi Bandar Berhantu. Dua malam aku cari gambar-gambar dalam external. Aku ada empat external dan folder gambar berlambak-lambak tu aku cari satu per satu. Seingat aku, masa aku berubat ni handphone aku yang tab 8 samsung yang besau tu. Sebabnya aku punya zoom macam detail gila semua nampak  Dan seingat aku juga aku snap beberapa gambar termasuk botol-botol kawan-kawan aku yang ada sami tu. Tapi aku pelik sangat, yang ada hanya ada 3 gambar je (gambar botol aku je) gambar yang lain tak ada. Puas aku cari. Dah lah masa pukul 3 pagi aku terbuka satu folder ukm ni, rupanya aku memang save gamba viral pocong depan blok Kolej Zaaba. Aku terklik, besar terkeluar kat monitor komputer aku. Aku terkejut aku terus tutup sebab meremang habis masa tu. Teringat cerita #carlitorocker, kiri kanan aku pandang terus aku baca ayat kursi. Bila aku tarik file nak copy ke destop terus hilang gambar tu. Rasa meremang tak habis lagi, makanya aku tak jadi teruskan. Aku tak tutup lampu bilik dan aku terus tidur sambil buka mp3 ayat-ayat Ruqyah.  Esoknya aku check semula memang hilang file tu. Mungkin tiada rejeki nak share dengan korang.

Macam ni, kisahnya idea berubat batin tu. Masa sebelum rumah kami kena ganggu teruk tu aku ada sakit sikit la. Aku ni jenis kalau datang mood gila, aku akan travel sorang-sorang. Orang macam aku bukan orang senang, biasa aku travel jauh-jauh, tidur dalam kereta je. Aku perempuan tau, takut tapi aku gamble je. Kalau tidur surau pun aku rasa tak seselamat tidur di kereta. Rasanya selepas aku balik dari Terengganu-Cherating badan aku sakit-sakit, mungkin aku drive non-stop dan tidur tak berapa selesa dalam kereta kan. Sakit tu sampai terkesan pada tulang belakang aku. Sakit ya rabbi. Pergi Hospital Serdang dia kata tak ada apa-apa dari diagnosis. X-ray semua tak ada tanda yang pelik. Masa tu sakit macam tak boleh tanggung dah. Aku pula alergi dengan pain killer lagi-lagi yang dos tinggi seperti Voltaron. So aku tahan je la sakit sendirian tanpa ubat. Set minda, mungkin Allah dah takdirkan ujian aku untuk tahan sakit macam ini untuk penghapus dosa-dosa aku. Masa aku sakit ni, aku langsung tak bagitau famili aku kat Gombak. Acah-acah tak nak susahkan dorang.

Satu hari aku pergi kerja macam biasa, tahan sakit yang amat. Banyak kali aku drive sambil menangis, sakit. Aku bertolak dari Bangi ke TTDI, KL sesudah subuh sebab nak elak jam. Sampai taman rimba TTDI aku akan tidur dalam sejam lebih sehingga pukul 8.15 pagi. Itulah rutin harian aku. Ramai kata bahaya taman tu, banyak kali orang pecah kereta, tikam orang lah tapi aku tiada pilihan. Jika aku lewat, parking penuh, yang ada pun parking berbayar. Ikutkan gaji memang aku sanggup berjimatlah. Banyak kali je aku mimpi dalam kereta ada ular sawa jatuh jerut leher aku. Meronta-ronta aku seorang dalam kereta. Pagi tu aku gigih berjalan kaki dalam 800 meter dari parking taman ke bangunan pejabat. Tetiba terserempak dengan kakak satu pejabat dia tegur. "Kau dah kenapa jalan bongkok sangat macam nenek kebayan", dia sambung gelak. Aku terkejut, aku tak sangka keadaan aku sangat teruk sehinggakan orang tegur. Bayangkan badan aku yang besar ni berjalan bongkok macam nenek kebayan, rupanya ramai yang perasan termasuk bos aku. Bos aku banyak kali tanya "Are you okay?". Sebab banyak kali juga aku MC sebab perkara yang sama. 

Hari yang sama juga, waktu rehat. Aku memang tak tahan dah! Dalam keadaan sakit yang amat, aku berjalan kaki dari Pasar TTDI ke KPJ Damansara (naik jenjatas je seberang jalan). Aku jumpa doktor dan sama je keputusan. Dia ada bagi aku beberapa ubat termasuk ubat diabetik Metformin, alasannya aku sakit belakang sebab gemuk sangat. Dengan ubat tu aku boleh turun berat badan.. Dulu di tempat kerja lama, aku bekerja sebagai pendaftar ubat-ubat haiwan. So sedikit sebanyak aku tahu tentang ubat-ubat ni. Lagi-lagi bila bos aku nampak ubat tu, dia terus tarik aku pergi jumpa tabib cina. Pejabat kami juga tetapi bahagian Chinese Medicine. Tabib kata urat tulang belakang aku bersimpul. Sekali dia sentuh je, macam kena renjatan elektrik aku. Malam tu juga aku ke rumah tabib berurut. Sebak aku masa ni, tabib kata dia tak nak duit aku yang penting aku sihat. Syukur Allah bagi aku jumpa orang macam ni. Dia ada beri aku makan herba-herba Cina (bukan animal origin ya, sebab aku muslim). 

Dalam minggu yang sama, si Timah ajak aku balik Terengganu. Dia nak kenalkan dengan seorang makcik pandai berurut. Banyak si Timah dan famili dia tolong aku, sebak jap. Petang, selepas berurut kami ke rumah Tok si Timah. Datang melawat, kebetulan ada saudaranya yang ada kelebihan berubat (bukan yang bedah batin). Masa dia pegang kepala aku, dia baca ayat aku rasa macam nak sendawa je, berangin. Dari kepala ke tangan. Masa dia tarik dari bahu ke jari tetiba badan aku rasa macam angin sejuk mengalir dalam darah dan keluar. Sama tangan kiri dan kanan. Lepas tu dia cakap, "nenek ada lagi kan?"..."nenek belah mak awak ni sayang sangat dengan awak". Tu je dia tak nak beritahu aku lebih, tak nak aku takut katanya.

Aku macam.... pulakkkkkkkkk. Sekarang ni masalahnya dari belah bapa ke belah mak? Aku dah pening. Tapi betul la aku ada seorang je nenek yang tinggal. Orang yang tengah sakit ni senang jadi macam annoyed dengan semua perkara. Aku rase menipu je kot orang ni. Salah orang rasanya. Pastu aku pernah teringat tok (nenek) aku pernah cakap, kalau dia mati kutip tali pinggang dia kat tanah. Tok aku ni dulu bidan, dulu ramai je datang minta air jampi. Teringat juga adik aku pernah cirit-birit teruk, sampai tak boleh berjalan, tahap kena pakai pampers la. Aku ni drive lah ke Kuantan semata-mata minta air jampi tok. Pas tok aku jampi air tu, dia bagi adik aku minum. Aku pulak tengok air dalam botol tu berkeledak. Berkeladak dengan semut mati lah. "Ngah, air ni ngah ko tengok ni bangkai semut gile!!". Angah tergelak-gelak, "Arghhh janji dia boleh sedut taik aku balik" punya dia percaya dengan jampi tok aku. Sabarnya lah aku.

Sambung kisah tadi, selepas beberapa hari balik dari berubat tu, aku rasa makin sihat, badan aku ringan sikit. Pinggang tu sengal-sengal lagi tapi berkurang la sikit. Tapi aku ni yakin sebab dari ubat cina tu. Badan rasa panas dan mampu pergi kerja dengan normal tanpa berpeluh-peluh menahan sakit. Masa ni dah start rumah kami kena satu-satu gangguan. Seperti dalam cerita sebelum ini. Bila sampai kena kacau tahap dia menganjing bacaan surah Al Baqarah tu aku rasa seram sangat dah. Sampai nak solat dalam bilik takut, rasa dia ada je kat sebelah. So sekali lagi, famili si Timah suh balik jumpa saudara dia yang boleh berubat bedah batin. Aku gelarkan saudara Timah ni Mat.

Ceritanya, kami pergi enam orang, Timah, Joyah, aku, Mael, Usop dan Kiah. Memula masuk je Mat ni dah tegur ada benda berat sangat kat aku. Katanya bapak jin. Memula aku fikir gila... sebab tu ke orang asyik tegur aku jalan membongkok je? Lama-lama aku rasa "ek eleh kau". Membongak je ni. Sebab dah banyak sangat jumpa orang berubat maka makin lama aku rasa semua ni menipu je. Si Timah start berubat dulu. Satu per satu perlakuan Si Mat ni tarik sesuatu dari badan si Timah masuk ke botol. Berpeluh-peluh tengok botol tu. Tapi logik la biasa ko masuk angin dalam botol mesti ada wap air. Kita ni budak sains kan, so fikir macam tu je. Susah nak percayalah kononnya, sebabnya aku dah jumpa macam-macam orang tapi ni first time jumpa dengan orang boleh buat bedah batin.

Si Timah setel, Mat suruh kami ambil gambar. Dia kata ada pocong dalam botol tu. Dia snap gambar tunjuk kat kami. Ada la macam bentuk pocong tu tapi aku rasa biasa lagi, mungkin khayalan je. Bila Si Timah dan Joyah kata "kenapa kau nampak aku tak?? Mana satu??". Aku rasa ilusi aku je kot. Bukan pocong je aku nampak, aku siap nampak macam asap halus gerak-gerak lagi. Tapi aku tetap kata eh ilusi aku je ni.  

Tiba giliran Kak Joyah. Masa ni Mat kata "ada pontianak" pulak. Masa ni aku tergelak "Eh tadi pocong ni pontianak pulak". Dialah yang duduk kat bilik Kak Joyah. Mungkin pontianak inilah yang tolak teddy bear tu jatuh ke bawah. Tengok dalam botol biasa je. Macam botol Timah juga, kali ni jelas nampak berambut, siap bertaring. Sampai giliran Mael pula, bila snap je gambar botol tetiba ada satu dot kuning terang/jelas la. Mat kata tu hantu tok sami, pastu gelak-gelak. Sumpah saiko je aku rasa bila dia gelak. Seperti macam banyak benda tersirat dia nak tunjuk. Masa ni Mael kata, "aku baru balik dari Bali. Masuk kuil itu ini mungkinlah kot". Level kepercayaan aku masa ni dah naik.

Tibalah giliran aku. Aku berdebar-debar. First dia pegang kepala aku turun ke tengkuk dan bahu. Tarik satu-satu masuk dalam botol. Macam berubat hari tu, aku rasa biasa je tapi rasa ada angin sejuk la lalu kat bawah kulit. Tu satu perasaan susah aku nak jelaskan dengan kata-kata. Sampai giliran aku snap gambar botol dia terus gelak. 

Apa yang aku nampak? Satu jin ni sebijik macam topeng iron man tapi bertaring jelas sangat. Menurut Mat itulah ketua jin tu. Bawahnya tiga ekor anak jin. Ada yang iras beruk, macam rupa yang menakutkan lah. Terpulang korang nak percaya ke tak. Masa ni aku rasa memang cuak, meremang habis. Ya Allah betul ke apa yang aku lihat ini? Betulkah semua ini menumpang dalam badan aku? Apa perasaan aku selepas buat bedah batin? Aku rasa macam bahu aku ringan. Tu je yang aku rasa. Susah nak percaya tapi aku rasa goyahlah sebab kami boleh nampak jelas jasad makhluk tu dalam botol.   
 Nampak macam botol kosong biasa kan? Terpulanglah kat korang nak percaya ke tak, aku tak paksa. So jangan nak kecam aku, aku lempang kang. Aku tak heran ko kata aku ilusi ke? Taksub ke? Peduli ape aku nyah, aku yang rasa bukan kau. 
 Masa ni Timah ngan Joyah nampak la jelas. Kalau tadi macam blur-blur kan.
Memula sedara si Timah tunjuk kat aku KIRI ATAS tu yang bapak jin. Kalau korang tengok betul-betul macam topeng Iron Man siap bertaring.... tu memang jelas gile. KIRI BAWAH tiga ekor anak jin tu. KANAN ATAS, beruk. Jin ni ada dalam bilik aku di Gombak katanya. 

Tiba giliran Usop, tetiba Mat beritahu yang Usop dan famili kena santau. Terkejut Usop sebab ayah dia memang tengah sakit sekarang tak boleh berjalan. Tempias kena si Usop. Masa dia cuba tarik jin dari kaki Usop, dia panggil kami tengok kaki Usop. Masa tu sumpah aku tak tipu, kami nampak ada satu benjolan gerak-gerak bawah urat kaki Usop. Mat cakap, "ni dia lari la susah nak tarik keluar". Lama juga benjolan tu lari-lari akhirnya hilang. Pastu Mat suruh Usop dan famili minum air kelapa ni (aku pon dah lupa dia cakap apa tentang kelapa, garam, limau ke lada hitam, maaf lupa) dan Mat nasihatkan suruh Usop bawa ayah dia datang  berubat. Itu je kisah pengalaman kami tentang bedah batin. 

Mat beritahu, pantang makan 2 hari ni jangan makan pisang, jangan makan makanan pedas takut bekas jahitan terbuka. Tapi kami macam hilang ingatan. Petang tu juga kami lepak tepi pantai makan pisang goreng, ikan celup tepung dan keropok lekor. Memang semua lupa. Malam tu Mat datang ke rumah Timah dan jahit semula bekas jahitan. Malam tu, kami buat sesi pembuangan jin yang ganggu dalam rumah kami di Bangi. Dari gambar-gambar yang kami snap, Mat tarik dan buang dalam botol. Dia kata ada hantu raya besar sangat dalam 3 ekor di ruang tamu dan dapur. Pontianak dalam bilik Kak Joyah. 

Dikesempatan itu, aku pun tunjuk gambar bilik aku di Gombak. Dia kata ada jin berupa monyet. Semua gelak sebab bilik aku banyak figures kamen rider. Aku juga tunjuk gambar family aku pada Mat, "Berat sangat pada awak dan ayah awak ni. Yang lain jelas je muka, bersih. Gambar awak dan ayah awak ni, berat". Itu komen Mat. Sebenarnya sebelum ini adik bongsu aku pernah tunjuk gambar family aku kat seorang Wak, kenalan dia sewaktu menetap di Kuala Selangor dulu. Waktu komen perkara yang sama. Dia kata ada salah seorang dari kamu adik beradik selalu sakit. Dalam benak adik aku, ya kakak aku selalu sakit. Waktu pun cakap perkara yang sama berkenaan ayah aku. Kasihan ayah, dia tak tahu apa-apa. Bila kami berbincang dengan ayah tentang perkara ni, "Kita berserah pada Allah, jangan seru, jangan percaya, solat jaga in sha Allah tak ada saka-saka atau gangguan lah. Bukan ayah tak nak percaya, tapi ayah sendiri tak tahu. Yang ayah tahu, ayah tak pernah terima apa-apa dari arwah haki (datuk dalam bahasa Bentong)".  

Maaf kalau cerita aku tak menarik atau sekufu dengan genre korang. Aku bukanlah penulis bertauliah sampaikan orang nak kritik penulisan aku macam cikgu Bahasa Melayu. Jujur aku kongsikan pengalaman untuk pengajaran. Telusnya aku bercerita seperti sedang berborak dengan kawan-kawan tapi makian, kata-kata dusta yang aku dapat maka kecik hati kita, tak apa lah, aku maafkan je orang yang maki aku dalam post lama. FS ni best, seronok baca cerita-cerita kawan-kawan. Tak sangka ada yang mempunyai pengalaman hebat-hebat. Cumanya aku tak suka baca komen-komen orang negatif. Stay positif okay, aku akan terus menulis. Mungkin selepas ini, jika ada kelapangan dan panjang umur aku kongsikan cerita hantu di Kolek Keris Mas, UKM Bangi. 



2 ulasan:

Unknown berkata...

salam...dlm botol tu mmg ada tu..dan tgh2 botol ada satu bilah pisau..pemegang wrna hijau..klau ada gmbr lagi blh r share2

SangPemimpi berkata...

Salam nadey..

Apa yg sya tahu berkenaan saka/pendamping ni.. it is not necessarily kena terima sesuatu.. Macam yg nadey cerita, ayah nadey cakap dia x terima apa apa from arwah haki awak.. Ttpi sy pernah diberitahu sewaktu sy dibangku sklh dlu..walaupun kita x terima apa-apa..tetapi jika memang ada keturunan yang mengambil saka/pendamping..kadang-kadang dia akan automatik pergi ke keturunan seterusnya..

Wallahu, ini drpd apa yg sya tahu. Mungkin ada kekuranga dan silap..