Isnin, 13 Mac 2017

MABUL - Part 2

Sambung hari kedua di Spheredivers Scuba, bangun pagi Subuh dalam pukul 5.30 pagi tetiba Nor ketuk pintu bagi sejadah. Hehe, Nor ingat kami tak solat kot. Pagi-pagi lagi dorang kelentang kelentung kat dapur masak. Setel subuh kami terus bersiap pakai baju renang. Gituw kau dok bincang-bincang pakai baju camne tak seksi ni dah la badan macam...... sebak nak sambung ayat. Perempuan kan macam-macam fikir. Berlapis-lapis aku pkai baju, sebab baju renang agak nipis. 
Lepas siap, aku keluar ambil feel depan laut gituw sebab pagi-pagi tak ada orang. Aritu awal-awal macam mendung skit. 
Pagi tu sarapan Nasi Lemak, perghhh memang sedap ler. Bagi aku kena dengan selera aku lah. Sambil makan atas pondok ni feel dia memang lain macam. Kau rasa kau boleh duduk situ lama-lama. Aku siap feel baca novel lagi. 
Nasi Lemak Spheredivers memang mantap!
Nasihat aku kalau kau rasa nak pergi diving janganlah makan nasi lemak tu banyak-banyak. Lagi-lagi orang macam aku sambal tu buat kuah! Jangan ye jangan. Paling haru kami, dalam laut tetibe terbelahak sambal nasi lemak. Habis penuh kerongkong bau musibat sambal tadi. Pedih tekak. Ingatkan aku sorang je rupenye SEMUA baiklah. 
Bila Tasha kata "Ok dah boleh siap sedia", kami mencacau pasang equipment pada tank... dems. Setahun tak dive kau rasa? Banyak kali terbalik pasang. Korang nampak muka aku yang kenyang nasi lemak tu blur-blur. Haha taik betul la
Kami dah busy2 siap nak ke laut, Zati tinggal sorang sementara trip snorkeling pukul 11pagi. So Tambi teman la dia. Ya Allah rindunya kat dorang. 
Mulanya aku nak jadi model tong gas tapi aku tengok muke semenyek aku, takut pula kena kecam. Maka aku ayu2 tutup wajah aku. Ramai je tanya aku tak pe ke tak pakai suit diving? Jawapan aku, bergantung pada kau lah. Aku tahan sejuk je kat dalam laut lagipun swiming suit muslimah ni ada 2 lapis. So bergantung la pada masing. Aku ni gemuk so kalau pakai swiming suit aku takut ramai yang mati lemas. Elakkan pakai baju yang berat/ terlalu nipis. Kalau nipis sangat takut hipotermia. 
Aku beli baju renang muslinyah ni sebab aku slalu pergi pool berenang, trauma kena halau so RM200 melayang sebab hobi tak rasa sangat. Jangan tanya aku kat mana beli, korang google k!
Aku syak la kalau nk murah kau boleh survey kat Vietnam or Indon. 

Untuk seluar, aku tak pakai suit baju renang muslinyah tu sebab longgar. Untuk suit legging, khas untuk sukan aku beli sebab anti-cramp gituw. Selesa tu jangan cakap, aku siap tidur lagi dengan suar tu. Sebabnya aku pakai legging ni, kaki aku ada masalah Meniscus Tear, walaupun pakai knee guard, legging sport ni support lutut aku. Kalau ko beli legging biasa mungkin tak tahan lama. Bergantung pada jenama. Sebab nak guna lama, aku terus beli yang khas untuk sport. 
Masa kaki aku injured, aku rasa down sangat sebab banyak aktiviti yang aku suka tak boleh buat. Sedih yang amat, sebab aku dari sekolah lagi sangat-sangat aktif sukan. Bila Allah tarik nikmat kaki sehat, aku memang down bertahun-tahun. Sebab tu juga badan aku naik gila-gila. Tapi aku tetap sahit cabaran aku boleh buat macam-macam. Lagi-lagi sukan diving.  
Siap sedia berangkat, tinggal Zati sorang-sorang. First destinasi adalah Paradise 1. Masa ni berdebar sebab dah lama tak turun. Tapi apa pun yang berlaku setiap diver kena belajar bertenang. Dengan instruktor Tasha, kami turun. 

Pada awalnya, semua berjalan lancar. Bila makin dalam selam, tekanan telinga pula buat aku serabut. Salah satu puncanya aku selsema so bila kau buat equalize susah! Cecair hingus tu ganggu. So telinga kau akan sakit macam nak pecah. Sebab tu bila kau selsema better kau elak untuk dive. Masa ni latihan terhenti sekejap sebab telinga aku sakit gila. Banyak kali buat memang susah. Masa ni kami berada dalam kedalaman 18 meter. 

Masalah kedua adalah buoyancy kami juga tak stabil, so lepas 15 minit kat bawah kami asyik naik. Bergilir-gilir lak aku dengan Shiwa. Dia naik aku turun, dia turun aku naik. Last sekali masa waktu Shiwa naik tak turun-turun tu, Tasha suruh aku tunggu kat bawah sebelah wreck kapal kecil. Masa ni, bila kau tengok kiri kanan kau tak ada sesiapa kau akan gelabah. Cuak. Aku cuba bertenang sambil layan ikan-ikan kat wreck tu. Tapi bila lama gila tunggu, tengok atas pon dah tak nampak dorang aku macam, "nadey just calm down, tunggu arahan Tasha". Tengok oksigen macam nak half dah. Zikir banyak-banyak baru aku nampak Tasha suruh naik. Bahaya kalau asik naik tetiba je tu yang ada case, kena langgar dengan enjin bot. Nauzubillah. 

Then, kami naik ke bot. Tasha tetiba beritahu dia macam ada simptom Decompression sickness (DCS) rasa macam kalau kena air tangan kau rasa panas hangat. Ni simptom bila nitrogen dalam darah tinggi. Mungkin dia kena lagi teruk masa naik turun cepat2 tarik kami ke bawah. Bersalah pula rasa. 

Dengan itu Tasha request instruktor lain guide kami. Dia kena sedut oksigen dulu. Kebetulan rejeki kami sangat, instruktor PADI Cikgu Irwan ni memang sedang bercuti dengan anak dia kat Spheredivers Scuba ni. So dengan rasa tanggungjawab dia terima nak ajar kami. Bersalah juga masa ni, sebab tujuan dia datang nak bercuti tapi jadi bidan terjun lak. Muka kami masa tu down gila macam ya Allah napa kami teruk sangat tadi? Macam terkejut pon ada, tak sangka macam tu skali susah tadi. Cikgu Irwan ni nampak aku macam selsema dia suruh makan ubat demam dulu. So next dive pukul 12. Ada masa untuk muhasabah diri so aku dah Shiwa duduk kat pondok sambil merenung nasib. Shiwa call mak dia, minta doa kami dipermudahkan urusan, aku lak just wasap ibu doa gak. Cuak weh. Kelako la.
Cikgu Irwan memang cool, dia tanya kami dengan detail pengalaman dive before ni dengan siapa semua detail. So bila dia tahu kami ada problem itu ini, dia memang fokus kat masalah kami je. Destinasi kedua di Ray Point. Mungkin sebab pas brainwash kami tenang semula. Alhamdulillah turun ke Ray Point subhanallah cantiknya. Syukur kami dive kali kedua tanpa ada masalah. 

Untuk lengkapkan lesen Advance, at least kena 5 dive. So ketiga kami ke Paradise 1 sekali lagi untuk buat latihan kompas dan bersedia untuk latihan night dive. Dive ketiga pon alhamdulillah tak ada masalah. Kami naik atas dan tunggu dalam 20 minit untuk gelap. Cikgu Irwan tak dapat turun sebab dive tadi dia kena ear reverse block. Sakit dia lagi teruk dari aku tak boleh equalize tadi. Takut gegendang pecah je. So yang bantu kami Divemaster Fuad dan buddy Wan yang polis marin tu.  Ombak makin kuat, kami dive alhamdulillah tapi Shiwa ada masalah google mask dia kabur. So bila dah panik, buoyancy dia pon tak leh kawal dengan torch light asik on off je. Sian Shiwa. 

Bagi aku night dive sangat-sangat best. Macam-macam ikan aku nampak. Paling seram kat dasar pasir tu kalau tak sedar ada belut laut tengah tunggu makanan. Yang terjulur tu kepala dia je, kalau silap terlanding atas dia memang kena gigit. Scorpion fish, trumpet fish, ikan buntal, parrot fish, nemo tu jangan cakap la berlambak. So bila keadaan Shiwa macam tak leh kawal sangat, kami naik atas. Sampai je kat permukaan, ombak tinggi sangat. So kami tak boleh lepas oksigen, berenang cari bot. Ombak lebih kurang 2 meter weh bergelora tapi sebab yakin dengan equipment, so kami tenang je berenang dalam keadaan terumbang-ambing tu. 

Sebab ombak kuat sangat, aku syak Shiwa mabuk laut. Sampai je Spheredivers kami terus makan, tapi Shiwa tak lalu makan dia terus mandi dan tidur pengsan. HAHA sian Shiwa. Aku dengan Zati makan macam naga, lagi-lagi lauk sedap gila kan. Nak tambah malu so kami ambek banyak-banyak terus. Kami balik bilik tengok Shiwa dibuai mimpi gituw. Borak-borak dengan Zati sambil melayan bulan mengambang. Direct kami tengok dari tingkap bilik. Masa ni ya Allah cantiknya aku siap nyanyi-nyanyi lagu P.Ramlee malam bulan dipagar bintang.... Masa tu aku dok busy reply wasap juga. Tetiba aku snap la gamba view bulan tu dari tempat aku baring sekali aku terkejut gila ada macam wajah jelas gila betul-betul kt bingkai tingkap tu macam sedang berdiri tepat tengok aku. Aku ingat kain telekung aku, aku tengok banyak kali telekung aku warna ungu, jauh dari birai tingkap. Masa tu aku terus tekan punat Home, aku campak hp. Aku terus suh Zati tutup langsir. 

Mungkin dialah yang kacau hempas-hempas tingkap semalam. Bila kami balik KL, Shiwa Zati tanya aku napa aku malam tu. Aku ceritalah, rupanya Shiwa pon rasa lain macam dengan tingkap tu. Masa kami pergi makan, dia balik dari mandi siap untuk lelapkan mata, tingkap tu kuat sangat terhempas, lepas kami masuk bilik tingkap tu dah tak berbunyi serta-merta. Tapi alhamdulillah lah, mungkin bukan penghuni situ, mungkin dari Semenanjung ikut aku kot. Wakakak, bila teringat kes ni. Aku pernah cerita pasai kelibat hitam hempap aku kat Jepun dulu. Lebih kurang la tapi ni agak seram sebab aku ngah dalam keadaan sedar tengah nyanyi-nyanyi bagai. Bukan skali dua aku pernah tengok kelibat macam ni so aku kire kes ni biasa je walaupun setiap kali tu juga aku rasa takut yang amat.

"Aku ingat lagi malam terakhir aku di Shin Okubo, kami berdua tidur lewat. Dan aku ada beri tazkirah tentang agama, solat, aurat dan kata-kata motivasi kami berbincang. Pukul 2 pagi terakhir kami tumpas mengantuk tidur. Dah lelap lama macam tu, tetiba aku rasa badan aku berat kena tindih. Aku bukak mata tengok ada mende hitam berbulu mata merah depan aku beberapa inci dekatnya. Aku cuak tutup mata, sampai sesak nafas. Aku baca ulang ayat kursi dan al fatihah akhirnya struggle aku dapat lepaskan tangan kiri. Aku cuba kejutkan rakan aku tu, aku cekik rakan aku tu kuat kot tapi dia tak sedar-sedar sampailah aku baca ayat kursi kali ke berapa tah dengan tenang dan perlahan (mungkin betul maghrajnya) akhirnya makhluk tu bangun dan menjauhi aku ke hala ke dapur. Bilik Jepun tak besar boleh tengok sini JAPAN: Budget travel (Autumn) : Day 7 Asakusa, Ueno, Zoo Ueno, Ameyayokocho Street "
Malam tu juga kami ada review dengan Cikgu Irwan pukul 10 mlm. Mata aku macam mata kucing si Tami tu. Mengantuk gila tapi kena habiskan jugak. Tetiba kami rasa rumah kayu tu bergoyang teruk gila macam gempar bumi. Sorang polis marin, Wan jugak dia kata jarang ada gegaran kuat macam ni. Aku fikir 1 je, tsunami. Tapi alhamdulillah, gegaran sekejap je. Sampai je bilik terus tidur nyenyak sampai Subuh esoknya. 
Last Dive ke Eel Garden. Masa ni Cikgu Irwan tak turun, kami fundive dengan Wan polis marin tu. Rasanya dia tiap-tiap minggu dive. Experience dia tu macam dah boleh jadi instruktor dah. Alhamdulillah, last dive kami berjalan lancar. Sedih sebabnya kami spend 3 hari 2 mlm sahaja di Spheredivers. Ruginyaaaaa, kalau tak boleh buat dive lagi. Tak apalah next time kami datang lagi pasti!
Disebabkan masalah kaki aku, sekarang aku ada masalah angkat barang berat. So siksa angkat tong tu sekejap je pastu aku terus jadi ringan dalam laut LOL

Gambar kredit untuk Abang Azhar Adnan, yang banyak tolong aku dari awal ke Mabul. Dia juga bagi gamba ini untuk artikel Zalora aku. So untuk underwater photography dan untuk penginapan Spherediver Scuba boleh contact Abang Azhar dan Abang Ady
TEKAN SINI UNTUK KE WEBSITE SPHEREDIVERS
Seperti dalam post MABUL-PART 1 aku sangat-sangat recommend korang tempat ni. Orang baik, masakan sedap, view tip top dan servis terbaik!
Air pasang surut waktu tengah hari.
Rilek je budak-budak ni main air. Macam dorang tak ada masalah dunia pon, kalau kat KL budak baya ni ngah fikir nak couple dengan siapa minggu ni, nak buat latihan tarian raver lagi. Nak cari duit lebih beli makeup, kasut hipster lagi. Ya Allah beza sangat kehidupan kat sini.
Sebelum balik, aku aiming beli ketam. Tapi banyak orang Bajau ni bawak udang lipan. Kalau orang aku, udang lipan biasa buat masak Kari. Tapi isi tak banyak so tak payah la ko beli. Buat orang yang tak pernah rasa boleh la cuba. Goreng garing pon sedap. Biasa orang local dorang tak berani jual mahal. Biasa 1 ikat RM10. Dengan aku aritu RM15 tapi bila tengok muka anak beranak tu aku sebak. Aku ni cepat kesian, aku beli terus 4 ikat. 2 ikat hadiah untuk Nor. 2 ikat kami bawak ke Semporna masak Butter Salt egg.
Tengok budak kecik tu seronok dapat duit raya dari aku. Sebak je bila dia cakap "tinggal 4 saja, ambil la semuaaa". Aku dah sasau terus kata ok! HAHHAHA lemah betul
Bot Adek sampai pukul 11, so kami kemas-kemas bersiap. Posing kali terakhir tu WAJIB. 
Gigih Shiwa 
Port ni memang syok ler. Orang naik ko nak naik, seb baik tak tergeliat kaki aku. Mercinus tear ni tisu koyak kiri kanan so kalau kau turun tangga kaki ko boleh jadi lembik, kalau kau nak buat twist memang tulang leh lari. So sabar je la Nadey. 
Sebelum balik gomol si Tami dan Tambi dulu. 
Terima kasih banyak-banyak Cikgu Irwan dan Wan. Boleh cari Cikgu Irwan untuk buat lesen diving. Ig Irwanismail_ atau korang boleh cari tentang #sortemetstellascuba. Cikgu memang mengajar dan banyak buat aktiviti. Contact dia ok!! Recommended!
Kami kenal pun sekejap tapi semua heaven. Sebab tu biasanya orang yang pergi pulau susah moveon. Lagi-lagi dengan orang local yang kacak-kacak. Serius weh, ramai orang Semporna-Mabul kacak-kacak. Tak caye pulak.
Terima kasih Tasha, even haritu u tak sempat curahkan ilmu tapi kami rasa best sangat dapat kenal dengan u. Next time kami datang lagi!
Macam biasa, tiap kali naik bot. Aku duduklah area mana pun akan tetap lenjun juga. Pelik orang lain tak lenjun macam aku. Bila aku kalih pandang Adek tengah bawak bot. Allah seksinya. Adek pula pakai baju putih, leher baju tu besar sangat sampai nak ke bahu. Bahaya betul HAHAHA
Apa-apa pun terima kasih Adek, aku datang lagi nanti ya. Kau mesti lupa aku.
Dorang direct flight tengah hari, so sekali lagi kami tanjat sebab bertemu dengan Abang ensem. Jodoh kan. 
Aku pulak dok sibuk buat rakaman. Dorang ingat kami macam terkilan nak pisah ngan dorang. Dorang dok bye2 kami tapi kamera aku shoot abg ensem ni je. Memang jilake klako gile. Aku syak dia tahu je aku rakam dia sebab banyak kali juga dia pandang kamera aku HAHAHAHA macam haram gila perangai. 
Cuba perati abang yang dalam kete tu WAKAKKAKAKA sorry bang.
Kami sampai sini, BBB. Daftar semua tetiba receptionist kata bilik aku harini asing, esok dia akan pindahkan aku dekat katil Shiwa dan Zati. Sebab aku dah call awal untuk katil bawah, sebab kaki aku injured. Dorang aturkan katil bawah tapi dalam bilik. Selesa sangat dah. Bersih dan kalau tidur memang lena. Sebab masa tu hujan lebat sangat. Dan2 je kami naik terus hujan. 
Tapi gila apa nak tidur? Perut kami kosong, ketam pula tak basuh-basuh dari tadi aku dah cuak busuk je.
Kami turun ke restoran bawah BBB, suruh akak tu masak Salt Spicy Crab, Crab Corn Soup, Salt egg butter dan sayur kangkung goreng tepung! Hambek ko!!!!!! Semua sekali RM80. Upah masak dua laut ketam tu RM30
Ya Allah aku tak pernah makan ketam banyak ni. Memang puas ni sampai tak habis kau! Nampak tadi macam bape ekor ketam je sekali penuh pinggan mmg gila la. Perut aku bape lapisan dunlop ni pon penuh bosak kot. 
View dari BBB. Ya Allah memang recommended sangat tempat ni! 
Luas sangat, walaupon katil kami terpisah untuk haritu tapi malam before tidur aku lepak tergolek-golek kat depan tu.
Memula Shiwa dan Zati down dapat katil atas, tapi bila dah naik dia rasa best gile sbb rasa macam privacy sgt kat atas tu. Cumenya kalau kau tidur ngan gajah heartless, dorang akan gegar katil masa ko tidur. HHAHA aku yang gajah ni pon rasa bersalah nak tidur ganas-ganas sebab takut orang atas tanjat. 

So nanti aku sambung tentang island trip aku ke Pulau Bohey Dulang dan Sibuan. Dan haritu juga pertemuan aku dengan Abang Anjew Allahuakbar Excuse Kiss. Haaa jaga. Aku takut korang pun jatuh hati juga. HEHEHE

Tiada ulasan: