Ahad, 17 November 2013

BEAUTY AND THE BEAST - FULLSTOP

BEAUTY AND THE BEAST- Part 1
BEAUTY AND THE BEAST - Part 2
BEAUTY AND THE BEAST - Part 3
BEAUTY AND THE BEAST - Part 4

Hari ini Jumaat! Yes, balik rumah aku nak habiskan tengok cerita Korea 'Master's Sun" cite hantu korea ok. Laju kereta aku memecut pulang. 

Usai aku makan malam, terus start komputer dan klik pada episod 4 sambungan dari semalam. Kusyuk aku feeling dalam cerita itu. Tiba-tiba handphone aku berbunyi.

'Nadey, salam.....sihat?' - Faizal

Ya Allah ape lagi lelaki ni nak? Ish kang aku tak layan kata aku sombong. Kacau betul aku feeling cerita hantu ni. 

'salam....sehat je tengok badan la....' ringkas aku balas. Terang lagi nyata aku seperti memberi signal boring.

' Macam mana soalan saya semalam? Awak sendiri kata, kalau berani datang rumah merisik. Saya bebetul nak datang rumah awak, boleh tak? Apa kata awak bukak hati awak terima saya. In sha Allah saya cuba yang terbaik' desak faizal dalam mesejnya.'

....................................

Aku blur. Aku tak reply mesej tetapi memandang kosong pada komputer. Tangan aku laju klik pada satu folder rahsia. Dalam folder itu terdapat beratus nota yang aku save untuk di baca berulang kali. 

Aku klik lemah pada nota pertama
Catatan dairy aku segala perbualan telefon antara aku dan Halim.

[14/11/2010 11:25:35 PM] Halim: Assalamualaikum wahai Nadirah...
Halim: Lambatnya balik!!! dah makan??? Saya tunggu awak balik
Nadey: emm....baru balik penat tadi kat kedai short duit. Tak tahu la sape panjang tangan curi duit. Budak tu baru masuk kerja semalam. Harini dah buat hal. 
(masa ini aku bekerja sebagai Pet Consultant PLC, Kepong)
Halim: Tak makan lagi ni? Awak nak saya datang? Kita pergi makan?
Nadey: Tak payah la, nak tidur dah esok sy kerja pagi.

Terkenang aku kejadian malam tu. Beberapa minit kemudian. Aku mendapat call

"Keluar, saya depan rumah ni"- Halim

Ya Allah, dah pukul 12 malam ni. Kenapa Halim ni. Sapa hanta dia malam-malam ni? Aku keluar lihat dia senyum sehingga matanya berbentuk bulan sabit. Di tangannya ada bungkusan bekalan. Dia terus bukak dan meraba-raba chopstick dan beri pada aku. Berkaca mata aku melihat kesungguhnya Halim malam itu. 

" Ini lauk tadi mama masak, saya kan buta saya tak tahu mama masuk apa tapi saya tahu IA HALAL...jangan risau makan la", tanpa disoal laju tutur Halim.

Walaupon mengantuk, aku makan sehingga licin bekas itu. Halim setia menunggu dan dia meminta izin pulang. Kemudian dia call teksi dan pulang. Ya Allah, Kau beri hadiah terbaik dalam hidup aku. 

Kemudian nota kedua

Halim: Assalamualaikum wahai Nadirahku...
Nadey: Awak dah sihat? Semalam saya call awak tak angkat. So saya kelam kabut telefon papa awak. Dia kata awak dah okay cuma selepas makan ubat tidur tak sedar-sedar.
Halim: Ye dah sihat. Tadi saya cuci satu rumah, cuci toilet, mop rumah dan dah siap masak.
Nadey: YaAllah, badan tu dah cukup sihat ke? Tolong la beri badan tu rehat betul-betul.
Halim: Dah sihat, dah keluar peluh dah. Awak risau kat saya ek? Awak buat ape ni?
Nadey: Lipat baju
Halim: Ok pas lipat baju miscall saya nanti saya call kita borak lagi.
Nadey: Eh, tak nak...awak pergi rehat. Saya banyak lagi kerja bagi makan USOP (cicak tokek) nak masak nak kemas...bla bla
Halim: Takpe settle kan semua, pastu nanti miscall saya. Saya tunggu k
Nadey: Degil orang tua ni.
Halim: Orang tua ni la awak kene jaga nanti. hikhikhik
Nadey: Sapa nak jaga awak?
Halim: Eleh semalam kelam kabut tepon papa, papa kata ada orang tu suara macam nak nangis. hikhikhik. Eh tipu orang.....dah pergi kemas rumah. Nanti miscall k, nanti saya tertunggu-tunggu.

 Tetiba.................

Huh! Ya Allah.....

Keluhan berat sehingga membuatkan adik aku yang lalu depan bilik menegur. Kemudian aku tersedar. Kenapa aku buat kerja bodoh ni dah bertahun. Sehingga aku tidak menerima lelaki lain selain Halim. Buat apa aku bodohkan diri pada lelaki yang menganggap aku sebagai beban?

'Apa maksud beberapa mimpi aku sebelum ni?' bentak hati untuk mendapat jawapan yang tiada akhirnya.

Malam itu aku datang ke Bangi, lepak dengan geng Glam dan abang-abang kera. Selepas proses pembulian terhadap aku kami berubah ke topik serius. Abang-abang yang selama ini memantau keadaan aku akhirnya mereka satu meja menegur dengan perangai meroyan aku yang tiada noktah ini. Bukan kejam, niat mereka tak mahu aku menderita pada Halim lagi. Cukup la kisah Halim ni. Mereka selama ini hanya melihat betapa derita aku akhirnya pelbagai cara diberi untuk selesaikan masalah aku ni.

Kawan: Nadey sudah-sudah la tu, jangan dikenang lelaki yang tak suka kita.
Nadey: Yes, aku dah try tapi tak boleh
Kawan: Yes ko try tapi ko cakap je...ko tak pernah buat
Nadey: Ya Allah aku dah try semua, setiap kali aku nak try terima orang baru yang boleh bukakkan hati aku, setiap kali itu jugak aku mimpi Halim. Kerap sangat. Selama 3 tahun aku mimpi Halim. Sebab itu aku rasa Halim still jaga aku even dia takde depan mata.
Kawan: 3 Tahun ko mimpi lelaki yang sama??????? Better kau pergi berubat la
Nadey: Mengarut

Nasihat kawan aku tu buat aku tersedar. Apa masalah aku ni? Kenapa aku buat kerja bodoh ni? Sampai bila? Mungkin dah tiba masa untuk aku berhenti berharap. Berhenti merosakkan diri. Pantas tangan aku mencapai plastik hitam besar, aku mengumpulkan segala pemberian atau barang-barang yang boleh buat aku teringat pada Halim. Sebenarnya, aku sudah banyak kali, membakar barang-barang pemberian Halim. Namun aku bukan buang sepenuhnya. Tetapi kali ni betul-betul licin. Baju raya, NY snow ball, tanglung, purse, gambar, bekas makan, dan lain-lain lagi. Semua jadi debu.

Kali ni aku betul-betul tekad. Aku nak berubah! Setiap kali aku teringat Halim, aku akan terus istighfar dan sibukkan diri dengan hal bisnes. Bisnes buat aku sentiasa sibukkan diri maka tiada ruang untuk memikir perihal Halim.

Alhamdulillah, seperti tidak percaya sudah setahun berlalu. Kini aku sedang berinai. Berinai untuk majlis nikah esok hari. Alhamdulillah, syukur sangat tak sangka aku berjaya melupakan Halim dan menerima lelaki lain dengan hati terbuka.

Adam Hariz

Itulah nama lelaki yang telah membukak hati dan mata aku. Tidak lah sehensem Halim tapi sejuk mata memandang. Lelaki kampung yang rajin dan serba serbi tahu itu telah membuatkan hati aku lembut untuk menerimanya. Sebulan perkenalan selepas aku membuat urus jual beli kerbau di Janda Baik kami mulai rapat, tak lama kemudian dia terus datang merisik berjumpa ibu bapa aku. Pelik. Semasa proses perkenalan, sekumit wajah Halim tak terlintas langsung malah aku sudah berhenti mimpi pelik-pelik. Tiba-tiba hati jadi yakin, Mungkin dia pemilik tulang rusuk. Semua berjalan dengan lancar. Ayah pula seronok dapat bakal menantu yang rajin, kuat agama plus dia taukeh lembu di Janda Baik. Ayah juga seperti sudah dapat kawan untuk teman memancing, kalau dulu dengan ibu sahaja. Ayahlah orang yang paling gembira hari itu. Senyummmmmm je.

Terima kasih pada rakan-rakan dan abang-abang yang ambil berat dan tak jemu menegur untuk kebaikan aku. Allah dah turunkan kawan-kawan yang baik sekeliling aku. Mungkin semua yang berlaku beri hikmah yang tak diduga.

Jai: Dalam al Quran, Allah tiada suruh kita selesaikan masalah tetapi Dia suruh kita bersabar dan berdoa. Kerana setiap dugaanNYA, Dia ingin kita kembali kepadanya.

Adam Hariz, mungkin awak bukan yang pertama. Tetapi saya akan berusaha awaklah yang terakhir. Terima kasih untuk segalanya

Halim, terima kasih kerana awak pernah bahagiakan saya. Semuga awak bahagia dan berjumpe dengan tulang rusuk yang hilang selama ini. Terima kasih untuk semua.

Nadey, Alhamdulillah. Syukur atas semua pemberian. Pengalaman manis pahit itu titik berwarna yang mencorak kehidupan. Pengalaman itu juga modal kedewasaan aku. Alhamdulillah kini jelas hikmah setiap dugaan Allah itu.

Syukur.

-Tamat-


Tiada ulasan: