Rabu, 27 November 2013

SHARE: TIPS TRAVEL KETIKA DIROMPAK

Post ini aku kongsi dari group MBC (Malaysia Backpacker Club) Mereka kongsi pengalaman dirompak.

Tips ketika dirompak adalah

1) Cuba untuk tidak panik atau melawan. Ko gile tak payah tiru aksi dalam filem semua tu bukan nasib tapi skrip. Realiti perompak tak bodoh dorang tak nak tinggal saksi maka jawapannya bunuh je. Tapi jika perompak tu masih ada ihsan dia akan lepaskan kita. Beri semua kebendaan yang diperlukan. Tak guna kalau buat cacat pon sebab mungkin dorang dah perhatikan kita dari awal.

2) Kalau anda sehelai sepinggang ditinggalkan. Anda cari lah perkampungan. Pastikan anda tenang dan jangan buat-buat pengsan. Takot macam-macam boleh berlaku. Gunalah bahasa badan atau bahasa yang boleh anda tutur. Mintak pinjamkan telefon.

3) Call semua bank yang dicuri.
Nasihat aku bawak satu kad kredit dan had kan kepada pinjaman paling minima. Kalau aku boleh pinjam sampai 4k je. Perghh kalau perampok tu dapat kad platinum mau die berjoli beli tanah, beli rumah. Hadui. Semasa travel juga bawak kad bank satu jenis je. 

4) Then baru pergi report polis. Tak payah menangis bila dah kering air mata baru nak buat report. 

5) Catat awal-awal embassy Malaysia di negara yang kita travel. Dapatkan pasport sementara dan bantuan. Selalunya Embassy akan bagi tiket flight dan sedikit duit untuk pulang. Bile sampai Malaysia kene bayar balik hutang ye. Kalau IC pon kene curi, suruh Embassy buat surat berletter head dan ditujukan kepada JPN. Call famili di Malaysia suruh scan Surat Beranak dan kene dapatkan pengesahan dari officer dan fax atau email kepada Embassy. Atau lebih mudah, sebelum pergi travel memana scan semua IC, lesen, pasport, surat beranak attached dalam email kita.

6) Ingat detail rupa paras perompak...tolong la jangan makan banyak semut sebelum travel. Tajamkan minda ya!!. Selain dari itu, ingat jalan. Tanya penduduk cara hubungi polis atau ketua kampung tempat yang kita travel itu awal-awal. Nanti senang kita ada arah tuju.

7) Berdoa, usaha dan tawakal. Musafir kita bukan sia-sia. In sha Allah 

Takot tak? Jangan takot. Kita musafir ni kene ada niat. Kalau kita mati dalam perjalanan pon kita mati syahid. Bukan pergi bertujuan nak layan GRO je. Bahaya ada dimana-mana. Yang penting tawakal. Aku share ni bukan untuk korang je...sebagai backpacker amatur aku juga perlu alert dengan segala nasihat. Kalau mende nak jadi kita tak mampu buat apa-apa. Ini sebagai langkah berjaga-jaga. Semuga perjalanan aku dan kalian selamat pergi dan selamat pulang. Amin