Rabu, 15 Januari 2014

PANGLIMA HITAM - Part 2

PANGLIMA HITAM - Part 1

Tak senang duduk, nak bercuti tak tenang. Panggilan telefon membuatkan aku putus selera pagi ini. 

"Ira! Kami berada di Gombak. Kes bunuh, mungkin ada kaitan dengan Gekko", jelas Faizal di talian. Dari perbualan Faizal aku dapat merasakan Gekko telah meninggalkan kesannya yang seakan-akan sengaja menganjingkan polis. Setiap mangsa akan mempunyai kesan kulit terbakar dicop dengan gambar cicak gekko. Bentuknya seakan sebesar cincin sahaja. 

Aku bergegas meninggalkan ibu keseorangan sekali lagi. Semasa mengemas aku teringat pada tangkal berbalut kain kuning itu. Terus aku masuk ke dalam beg galas.

"Ibu, minta maaf, ada tugasan perlu saya selesaikan", ibu pula seakan memahami. Dahulu ayah, sekarang anaknya pula. Ibu sudah biasa sendirian, redha dengan tugas kami.

Sampai di tempat kejadian, Faizal telah memberi signal. Ini misi sulit. Beberapa bukti mengenai Gekko telah diambil secara senyap oleh Faizal. Dia memang cekap. Setelah membuat laporan kes, kami bergerak ke pusat. Perbincangan kes bunuh ini telah dikategorikan sebagai kes bunuh biasa. Motif, rompakan atau dendam. Tetapi semua perbincangan tidak melekat langsung pada otak aku. Aku hanya fokus memikirkan pada cop Gekko pada bahagian tertentu pada beratus mangsa yang telah dibunuh. Yang paling menarik, kesemua mangsa dikelar leher dari belakang, setiap mangsa akan kehilangan salah satu jari dan kemaluan mangsa dipotong jika mangsa adalah lelaki. Jika wanita, mangsa akan dirogol kemudian kemaluannya akan dibakar. Mayat akan di biarkan dalam keadaan melutut, bersujud pada arah bertentangan dengan kiblat. 

Begitulah keadaan beratus mangsa malang yang tiada pengadilan. Jika dikira, jumpah mangsa setakat ini lelaki seramai 331 orang manakala wanita 100 orang. Yang peliknya, kes Gekko berbaur politik kotor. Kesemua kes yang ayah siasat semuanya digugurkan dengan alasan tiada bukti kukuh walaupun terang-terang banyak bukti dan petunjuk telah diberi oleh Gekko. Rentetan kes yang digugurkan, terdapat beberapa anggota polis yang membuat rayuan agar kes dibuka semula tetapi gagal. Anggota polis tersebut merupakan Anis, Damia, Yoo Han dan Hakim. Faizal pula bersama aku dari awal. Mereka ingin menuntut bela keadilan mangsa-mangsa Gekko yang merupakan ahli keluarga mereka, rakan dan lain-lain. 

Dengan dendam dan motif yang sama, aku mengumpulkan mereka untuk satu misi sulit. Kesemua bukti dan fail siasatan yang sempat diselamatkan ditempatkan di bilik gerak khas kami. Iaitu dirumah milik Damia. Rumahnya mempunyai bilik rahsia bawah tanah. Semuanya aktiviti kami hanya menggunakan signal kod rahsia dan ia hanya kami berenam sahaja yang tahu. 

Pada suatu malam, kami berjumpa selepas makan malam.

"Ira, last saya dapat kesan orang Gekko di sini", Hakim memberi kertas peta yang diconteng. Menarik bila kesemua kesan jejak mereka seperti menunjukkan satu simbol tapi masih samar. Setelah berbincang, kami akan ke tempat sasaran Gekko. Kami berpecah dua-dua. Aku dan Faizal ke Kuantan, Damia dan Hakim ke Sabak Bernam, Yoo Han dan Anis ke Thailand.

Aku dan Faizal bergerak seawal 2 pagi. Kami menuju ke Felda Keratong. Di dalam kereta kami hanya berbual biasa lagipun kami sudah kenal lama. Faizal. Orangnya tinggi lampai, kacak jugaklah dan terlalu baik. Dengan Faizal, aku tak perlu risau. Dia akan uruskan segalanya. Walaupun kami sudah biasa menyamar sebagai suami isteri tetapi Faizal tak pernah ambil kesempatan terhadap aku malah dia menjaga aku seperti adiknya.

"Faizal, nanti balik dari misi ni kita ke rumah saya ya! Awak kena berlakon jadi boyfriend saya. Please.........saya buat sebab ibu paksa saya kahwin cepat. Kasihan dia. Dia merayu nak suruh saya kahwin tapi sekarang waktu genting. Saya tak boleh kahwin. Bila habis misi baru saya fikirkan", mengadu aku pada Faizal.

"Ala......kita kahwin je betul-betul. Penat la berlakon....", gurauan Faizal hanya meminta cubitan aku kan. Aku serius, aku kene habiskan misi ini.

"Faizal, saya datang bulan ni tak sempat singgah beli pad. Nanti stesen minyak berhenti ya", aku hampir lupa yang aku tidak sempat pulang ke rumah ambil barang. Biasanya aku akan capai barang dalam kereta aku yang ibarat seperti rumah kedua sahaja.

"Tak payah, saya dah siap-siap beli tadi tahu 5 haribulan turn bulan mengambang awak", seperti yang dijangka Faizal memang cekap menguruskan segalanya. Haish, Faizal pun boleh tahan jugak kalau jadi suami aku.

Tepat subuh kami sampai dirumah tumpangan. Kami solat jemaah dan aku menyiapkan sarapan pagi. Ringkas sahaja kopi dan roti bakar. Kami bergegas untuk memasang kamera litar bertutup di pokok, bangunan dan rumah-rumah terpilih. Seminggu lepas kami sudah memasang beberapa kamera, setiap aktiviti selain daripada berkebun akan dirakam dan diperhatikan oleh mata-mata upahan kami.

Kami menunggu di dalam pondok kebun getah. Aku pula sengugut hari pertama, ya Allah sakitnya teramat sehingga berguling-guling aku dalam pondok. Faizal fokus dengan teropong untuk mengawal setiap perangkap kami.

"Aduiiii......aduiii sakitnya....boleh saya duduk rumah sahaja hari ni?", merayu aku pada Faizal.

"Haaa okay awak balik dulu saya tunggu sini sehingga tengahari", Faizal memberi keizinan.

Aku pulang dengan berjalan kaki, pakaian aku tak ubah seperti pekerja penoreh getah. Terbongkok-bongkok menahan sakit aku pulang ke rumah tumpangan itu. Sampai sahaja aku mencari bantal dan tidur. Terlelap.

Aku terjaga apabila terhidu bau wangi dan bunyi bising dari arah dapur.

"Faizal, awak masak ape ni??? Berasap-asap rumah", tegur aku terbongkok-bongkok menahan sakit sengugut yang tidak kebah-kebah.

"Sayang, awak sakitkan....awak duduk nanti abang suapkan makanan. Sekarang kita ada tetamu", terkejut aku Faizal memberi signal bahawa kami perlu berlakon sekarang. Rupanya ada tetamu, Pak Kadir taukey kebun getah.

"Eh...Pak Kadir, saya tak berapa sihat. Saya masuk dulu ya", cepat aku masuk ke bilik. Aduh, nasib baik tak kantoi. Pak Kadir tahu kami polis tapi kami terlajak menipu yang kami suami isteri. Adui, lakonan perlu diteruskan. Aku terus baring. Laparnya. Faizal...............saya lapar.

Sedang syok main game di telefon bimbit, tiba-tiba Faizal masuk bawa nasi dan lauk.

"Hey......bini abang ni kata sakit tapi main game tak sakit. Meh bangun makan, abang suapkan", aku hanya menurut. Lakonan mesti diteruskan. Aku masih melirik mata pada pintu, tidak dikunci. Pasti Pak Kadir masih diluar.

Faizal menyuap nasi yang digoreng tadi sehingga licin pinggan. Kemudian die menghulur air dan mengelap mulutku yang berminyak. Faizal terus letak pinggan ditepi dan menyambung game aku tadi. Pelik, senyap je diluar. Pak Kadir tunggu lama.

"Abang, tak payah la duduk sini. Hormat tetamu", perlahan aku menguis bahu Faizal.

"Pak Kadir dah lama balik", selamba Faizal sambil teruskan main game. Aku terkejut.

"Motif, nak ber 'abang' dan bersuap bagai...............", geram aku ditipu Faizal. Dia hanya gelakkan aku.

"Comey sangat nak tengok awak makan bersuap. Nanti saya suapkan lagi k!!!", Faizal ni ..berat sudah gurauan dia. Buat aku terdiam malu.

Selepas Faizal puas bermain game. Kami berbincang serius untuk plan esok. Kami jangka plan kami bersih, mungkin Felda ini bukan tempatnya. Kami menghubungi Hakim dan Damia. Tetapi mereka berpecah setelah berkejaran menangkap suspek. Damia masih gagal dikesan. Kami risau akan Damia, malam itu juga kami bergerak ke Sabak Bernam.

Perut aku masih sakit, maka Faizal yang berkemas dan terus memandu. Dia seorang yang sabar melayan aku. Beberapa kali kami berhenti kerana tak tahan sejuk duduk dalam kereta. Akhirnya aku tertidur. Sedar-sedar, aku lihat Faizal juga tertidur. Kami berada di stesen minyak Petronas Bentong, tidak jauh dari rumah aku.

"Faizal.......bangun........ kita ke Sabak Bernam. Saya drive pulak", perlahan aku kejut Faizal. Rasa bersalah melihat Faizal kelihatan mengantuk yang amat. Faizal bangun terus menghubungi Hakim.

"Kau jejak dia guna GPS dulu, kami..........", Faizal terdiam. Akhirnya dia menamatkan talian telefon.

"Mereka dah jumpa Damia. Dia hampir diculik. Hakim kata, kereta Hummer yang dipandu penculik itu ada tanda cicak yang sama pada mayat tu. Sah! Gekko tu!!!!!!!! Tapi mereka lebih pantas menghilangkan diri", syukur Damia selamat. Sekali lagi kami terlepas Gekko. Aduh.

"Kita singgah jumpa ibu awak!", ajakan Faizal buat aku tetiba gementar. Aku setuju, alang-alang kami dah sampai Bentong.

Sampai sahaja dirumah, walaupun pukul 4 pagi ibu gagah membuka pintu dan melayan kami. Muka dia terus segar melihat Faizal. Faizal mengimamkan solat dengan ibu subuh itu. Bertambah kembang hidung ibu bila mendengar suara Faizal yang merdu semasa solat. Tiba-tiba hati aku terusik melihat Faizal dan ibu solat bersama. Tiba-tiba juga aku melihat Faizal terlalu kacak dengan baju melayu dan bersongkok milik Allayarham ayah. Allah.....adakah aku telah jatuh cinta dengan Faizal?

Selepas subuh, ibu menyuruh Faizal tidur sebentar. Melihat Faizal kelihatan amat letih. Aku ke dapur dengan ibu membuat sarapan.

"Dirah, ini ke calon kamu? Ibu suka sangat dengan Faizal. Dia polis jugak ke?" terserlah kegembiraan ibu. Alamak, tak apa lah. Janji ibu suka. Lama juga kami berborak tentang Faizal. Faizal anak yatim, tinggal adik beradiknya sahaja. Semuanya sudah berkeluarga kecuali Faizal. Hidupnya tertumpu pada kerja sahaja selama ini. A'ah, Faizal tiada awek ke? Ermmm tak pernah pulak aku lihat dia melayan pegawai-pegawai wanita di pusat kecuali aku. Pandai Faizal berahsia.

Setelah siap ibu mengejut Faizal untuk sarapan. Kami duduk di meja makan. Faizal bacakan doa makan.

"Terasa lengkap je rumah ini bila Faizal datang. Ibu suka sangat Faizal datang rumah ni. Faizal suka tak Dirah???", pantas aku menguis kaki Faizal sebagai tanda kita kena berlakon.

"Suka!!!!!!Bila saya boleh datang meminang??? Hahaha, saya dah lama tiada ibu. Nanti lepas ni saya boleh datang lagi?", tersedak aku dengan ayat Faizal.

"Kamu betul ke ni? Ya Allahhhh setahu ibu, dah lama tak dengar ada lelaki yang suka anak ibu. Kamu datang je la bila-bila ibu buka pintu rumah ni luas-luas. Beritahu awal, ibu boleh pakai lawa-lawa", ibu tertipu dengan Faizal.

"Ok in sha Allah saya datang hujung bulan ni. Boleh?", selang-seli Faizal memandang aku dan ibu sambil tersengih. Agak melampau lakonan Faizal kali ni. Ibu terus bangun, menuju ke tandas.

"Ibu nak solat, sujud syukur sekejap.,...hahahah ibu dah dapat menantu!!!!!!!", gembira diberi harapan palsu.

"Awak ni kenapa Faizal, sekarang kita dah tipu ibu!!!!!! Nanti macam mana?", cubit aku geram pada lengan Faizal.

"Aduh.....tipu apanya. Saya betul la datang rombongan meminang. Awak tunggu je. Lagipun, kita sentiasa bertugas bersama. Duduk rumah sama, tidur bilik yang sama. Bahaya awak tahu!!!Awak tak takut dengan saya ke???!! Kemana-mana kita bersama. Siap ada kad akuan kahwin palsu lagi. Apa kata kita buat mende halal, kita mudahkan perkara yang sulit. Awak tak perlu jaga aurat, jaga diri semualah. Lepas ni, saya yang jaga awak betul-betul tak payah menipu. Penat laaaaaaaa", aku masih tercengang! Terkejut kenapa Faizal ni? Gila ke? Dah selama ini dia hanya bergurau tapi kali ni kenapa??????

Aku blur.............


Bersambung........................

Tiada ulasan: