Rabu, 2 April 2014

PANGLIMA HITAM - FINAL





Kes Gekko selesai!!!! Bukan selesai, tutup kes lagi. Tapi akhirnya punca dalang semua ini telah dihapuskan. Semua pengikut seolah-olah mati kutu bila mengetahui Gekko mati kecoh di media massa.
Aku tersenyum lega, rasa bersyukur. Aku memandang Faizal yang redup matanya membalas pandangan.

“Irah, kahwin dengan saya?”, pertanyaan Faizal buat aku terkesima. Perlahan, tersisip satu perasaan halus sayu pada pertanyaan Faizal. Aku senyum tanda setuju. Rasanya tiada alasan untuk menolak, lagipun aku merasa yang aku juga sayangkan Faizal. Sejak bila? Entah, mungkin sudah lama tetapi aku selalu menafikan.

“Hujung minggu ni kita jumpa family saya ya”, Faizal meneruskan kata. Riak wajahnya tidak terbendung perasaan gembira. Masa ini aku nampak Faizal sangat-sangat kacak. Cinta itu buta. Mungkin agak lambat aku merasakan perasaan itu, tetapi syukur. Ini hadiah Allah untuk aku.
Setelah berjumpa dengan famili Faizal, dan berbincang dengan ibu, kami mempercepatkan majlis perkahwinan. Semua persiapan dalam masa dua minggu menggunakan wedding planner. Seperti tidak percaya, selama ini kami lakukan penyamaran sebagai suami isteri kini kami betul-betul akan jadi suami isteri.

Majlis akad nikah di dalam surau berdekatan dengan kampung aku. Pagi itu, tanpa make up yang berat, aku hanya menyolek mukaku sendiri. Calitan eye-liner, bedak asas dan lipstick. Aku menyarungkan veil dengan bantuan ibu. Perlahan aku melihat cermin, “jika Ayah masih hidup, ayahlah orang paling gembira melihat aku kahwin”, bergenang air mata aku. Tanpa aku sedari ibu terdengar ayat yang terkeluar dari mulutku. Ibu juga sebak tetapi cepat-cepat dia senyum. Kami merasakan perasaan yang sama.

Perlahan aku melangkah masuk ke dalam surau, kelihatan famili Faizal sedang menunggu dengan penuh senyuman yang penuh bermakna. Mata aku meliar mencari Faizal, kelihatan Faizal membelakagi aku dan siap sedia duduk di hadapan tok imam dan bapa saudaraku sebagai wali. Aku duduk bersimpuh beberapa jarak di belakang Faizal. Bau minyak wangi kesukaan aku……… pasti itu bau Faizal.

Teringat bila pertama kali Faizal menaiki kereta baru aku. Dia bertanya wangian kereta aku….” Irah, bau apa ni??? Wangi………”. Aku tersenyum, “Vanilla Bouquet beli kat uptown kajang je”.

“Saya pernah bau perfume seakan-akan ini tapi saya lupa…..wangi…..saya suka”, lantas Faizal mengesat minyak wangi kereta ke bajunya.  

Sejak dari itu, baik kereta polis dan kereta Faizal sendiri, dia meletak wangian yang sama. Persamaan itu menyebabkan aku suka dengan bau badan Faizal. Curi-curi bau hikhikhik. Mungkin masa ni aku tak sedar aku dah suka pada Faizal. Hanya sebab bau badan dia.

Angan-anganku tersentak apabila aku terkejut mendengar suara tok imam berborak dengan Faizal tanda untuk memulakan majlis. Akad nikah diucapkan ..........

“………………….Aku terima nikahnya Siti Nadirah Binti Khairudin dengan mas kahwin seutas rantai emas…..” tegas dan mendatar suara Faizal.

“ Sah…..Sah…..Sah!!!!!”, Alhamdulillahh………. Sebak terus, rasa bersyukur tu hanya Allah sahaja yang tahu.

Perlahan, aku melihat Faizal bangun dan mendekati aku. Senyuman Faizal tidak lekang dari bibir. Perlahan dia duduk mendekati aku, sambil menghulur rantai emas. Aku tunduk, Faizal mendekati aku dan mengikat rantai emas. Kedengaran nafas Faizal di telinga buat aku rasa berdebar. Selesai berjaya rantai diikat, dia mencium dahiku tanpa disogok oleh makcik-makcik yang galak mengusik kami. Perbuatan spontan Faizal itu membuatkan suasana riuh. Usai bersalaman dengan saudara semua, kami bergerak ke rumah untuk majlis makan beradab pula. 

Kami masuk ke dalam kereta, aku menarik tangan Faizal perlahan-lahan dan mencium tangan Faizal, “Faizal, terima kasih sangat-sangat sebab awak sudi kahwin dengan saya yang tak berapa nak sempurna ni”. Bergenang air mata. Perlahan, tangan Faizal mengusap kepalaku. “Abang pun, terima kasih sebab terima abang yang muka macam Bront Palarea yang tak sempurna ni…..kihkihkih”. Lawak Faizal membuatkan aku tergelak tak jadi nak menangis. Perlahan dan lambat aku sedar, Faizal sudah bahasakan dirinya abang. Erat pegangan tangan kami. Selama ini, kami pegang tangan bila terpaksa dalam penyamaran itupun tidak selesa. Kini perasaan lega, dapat pegang tangan secara HALAL.

Tidak lama kemudian, Faizal bersuara, “Aik, cium tangan je?? Sini???”, Faizal menghulur mukanya kearah aku. Berdebar tu memang nak tercabut nyawa, aku terus bukak pintu kereta memandangkan kami sudah sampai dirumah dan aku terus meninggalkan Faizal dalam keadaan terpinga-pinga.

Selesai majlis makan beradab dan bersalaman dengan tetamu sudah lewat petang. Penat yang amat, kami meluru ke bilik, untuk menukar baju. Selepas menukar baju, aku rebahkan badan di atas katil. Faizal pula menuruti.

"Alhamdulillah......selesai semua. Irah nak honeymoon mana? Tapi kes Gekko belum selesai....kita pergi sini-sini dah la ye", ralit Faizal membelek tab untuk mencari tempat untuk honeymoon. 

"Tak perlu risau la...tak honeymoon pun takpe....setelkan kerja dahulu....." tak sempat aku teruskan ayat, Faizal menyampuk.

"Tak payah arahkan abang suruh setel kerja sekarang, kata bila awak dah kahwin awak nak fokus keluarga kan...lupakan yang awak tu bakal berhenti kerja kan...workaholic betul....cuba tukar kepada Faizalholic...haa tu abang suka", Faizal gelak sendiri. Lupa...kami sudah berbincang, yang aku akan berhenti kerja dan fokus keluarga sahaja. Faizal tidak mahu aku risau hal Gekko lagi. Mungkin dia ingat aku akan trauma daripada kes dia terjumpa aku tersadai di tepi van bersama bangkai kepala Gekko. Walhal, bukan aku yang mencantas kepala Gekko tetapi Panglima Hitam.

Sedar tak sedar 10 tahun selepas kes Gekko berlalu, kes itu masih menjadi misteri walaupun pembunuh Gekko telah terbunuh. Masih menjadi tanda tanya siapa yang membunuh manusia yang selama ini licik, bertahun menjadi buruan polis di beberapa buah negara. Kes kejatuhan Gekko telah mengejutkan dunia, masyarakat menarik nafas lega. Dendam terbalas walaupun tidak mengetahui apa puncanya dia terbunuh. Selepas itu, satu per satu kes konspirasi dari rentetan kes Gekko keluar masuk mahkamah. Rupanya ramai orang politik keji yang menggunakan Gekko sebagai medium untuk kepentingan peribadi akhirnya tumpas seorang demi seorang. Fail-fail lama yang kami siasat secara rahsia dibuka semula. Faizal mengambil risiko dengan membuka fail lama dengan jaminan apa yang akan berlaku dia akan bertanggungjawab. Syukur ketua Jabatan tidak mengambil sebarang tindakan malah memuji dengan keberanian Faizal kerana merisikokan kerjayanya demi keadilan. Semua fail dan kes dibuka dan dikaji semula. Allah telah permudahkan usaha kami menegak keadilan.  

Aku kini mempunyai 2 orang anak lelaki. Panglima Hitam? Dia masih menjaga keluarga kami tetapi hanya aku sahaja yang mampu melihat dia. Walaupun dia punyai pilihan untuk tidak terikat dengan keluarga kami tetapi oleh kerana hutang budinya pada Haji Daud membuat dia rela hati untuk menjaga kami. Sulaiman, bapa saudara aku iaitu pengikut Pawang Hadi yang obses dengan Panglima Hitam dengan tiba-tiba diserang sakit jantung selepas beberapa tahun selepas Gekko terbunuh. Panglima Hitam memberitahu bahawa Pawang Hadi adalah dalang semua yang berlaku. Kerana taksub dan dendam pada Haji Daud. Untuk meningkatkan ilmunya dia membuat perjanjian dengan makhluk jelmaan Gekko. Kononnya kuasa hanya boleh meningkat dengan pemujaan mayat dalam bilangan dikehendakinya.


Tak masuk akal jika melihat mangsa yang terbunuh. Kejam. Tanpa belas kasihan. Sejak berita berkenaan kematian Gekko, ramai yang menyatakan perasaan lega tidak terkira. Banyak isu menjadi tanda tanya, tetapi jawapan seperti menemui jalan buntu. Ahli politik yang terlibat, termakan dengan kehebatan Pawang Hadi yang menjanjikan kemewahan berterusan dalam hidup mereka. Sebut sahaja musuh, pasti ia akan terkorban. Duit rasuah melampau-lampau ditarik. Malang nafsu mereka membuatkan mereka terjerat dengan perangkap sendiri. Allah menunjuk semua kebenaran. Alhamdulillah, proses pembersihan kes Gekko berjalan dengan lancar. Kes itu kini menjadi sejarah hitam tercatit pada sejarah negara kita.

*************************************************

" Kamal........Syakir........masuk!!!! Dah maghrib tak payah galak sangat main", jerit aku dari dapur. Azan maghrib sudah kedengaran. Faizal sedang bersiap untuk ke surau.

"Kamu ni main je kerja...kerja sekolah tak usik", bebel aku 

"Along suka tengok pakcik tu bersilat", tunjuk Kamal ke arah luar. Aku menjenguk melihat Panglima Hitam sedang ralit membelek kerisnya. Ya Allahh...........anak aku dapat melihat Panglima Hitam. Aku hanya mendiamkan diri....menunggu reaksi Faizal.

"Ish kamu ni, nampak hantu, mana ada orang bersilat. Irah bawak dia mandi, mungkin dia nampak benda halus galak main tadi", arah Faizal dan aku terus menarik lengan Kamal ke bilik mandi. Faizal terus keluar tergesa-gesa ke surau.

"Along...kamu dah lama nampak pakcik tu???", sergah aku dengan pertanyaan pelik pada Kamal.

"Along nampak dia masa Along berkhatan dulu. Dia senyum dan selalu berborak pada Along tentang Yang Daud dan Tokki Din. Along tak takut dia sebab dia baik. Along nak belajar silat la ibu. Along nak jadi macam Yang Daud dan Tokki Din", sambil membuka langkah seperti orang bersilat.

Aku terkejut sehingga bisu, lupa nak respon. Tak sangka anak aku sangat-sangat tenang. Aku izinkan dia bersilat. Aku sangat percayakan Panglima Hitam. In Sha Allahh..

"Ibu kasi kamu belajar....tapi dengar syarat!!! Kamu belajar sorok-sorok dari ayah. Nanti ibu beritahu ayah kamu belajar dari ko-korikulum sekolah. Okay??????? Sayang, kamu tahu tak pakcik tu siapa?????", tenang aku memberi penjelasan agar Kamal memahami. Dengan umurnya 8 tahun aku pasti dia boleh pikir dengan tenang. Sifat tenang ayah mewarisi pada Kamal. Alhamdulillah, walaupun baru berumur 8 tahun tetapi gaya Kamal matang tidak seperti kanak seumurnya.

Kami menghentikan perbualan setelah Syakir merengek ingin mandi bersama Kamal. Bising dua beradik mandi sekali sehingga aku menjerit berhenti barulah mereka berhenti.

"Aku izinkan kau mengajar Kamal bersilat tetapi janji dengan diriku, kau akan jaga dia seperti Haji Daud. Didiklah dia dengan ajaran Islam. Jangan kau pesongkan dia. Semoga Allah merahmati kau", tegur aku pada Panglima Hitam yang memerhatikan Kamal. 


-Tamat- 

Tiada ulasan: