Jumaat, 29 Januari 2016

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 2

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1

Hari demi hari, perasaan itu makin berbunga, susah nak percaya dapat jumpa crush dari zaman universiti dulu ..... Akhirnya, buat pertama kalinya Izwan ...

"Dira, kahwin dengan abang...."

GILA. Aku tercengang, aku hilang kata. 

"Hey... dengar tak? Kahwin dengan abang...", Izwan memberhentikan kereta di tepi jalan. 

Aku membalas pandangan Izwan. Reaksi aku bagaikan meminta Izwan agar mengulangi semula kata-kata keramat itu. 

"Kenapa baru sekarang??", aku meminta penjelasan. Aku pelik kenapa baru sekarang Izwan mengaku, penat berperang dengan diri sendiri.

"Abang sebenarnya dah lama sukakan kau, tapi abang tak yakin....", Izwan mengatur kata-kata dan aku membatu. Aku takut jika aku tersalah langkah. Izwan suami orang. Tapi apa yang aku buat sekarang ini pun dosa. Keluar siang malam dengan suami orang sehingga naik fitnah pada rakan-rakan sekerja yang melihat keakraban kami, Aku sayangkan Izwan, aku yakin tetapi isteri Izwan??

"Kau sendiri tahu, abang kahwin dengan Farhanah pun bukan kehendak abang, tapi family abang. Sampai sekarang abang tak boleh.......", jelas keikhlasan Izwan. Masakan jika perkahwinan itu berjaya jika dia masih mencari aku? 

"Saya..... saya perlu fikir dahulu. Jadi yang kedua bukan perkara main-main. Ibu ayah saya macam mana? Isteri abang sudah tahu?? Perkara ini bukan mudah", aku masih waras.

"In sha Allah, abang akan usahakan satu per satu, Abang nak tanya Dira macam mana dahulu? Jika Allah permudahkan niat kita, In Sha Allah, susah mana pun kita sama-sama lalui", muka Izwan penuh harapan dan dia menyambung pemanduan sehingga sampai ke rumah aku. Berat langkah aku keluar dari kereta. Aku yakin perasaan Izwan pada aku dan aku terharu aku tidak bertepuk sebelah tangan.

"Nanti abang call ok" Izwan berlalu pantas hilang dari pandangan mata. Bagai mimpi. Berulang kali aku mengingat semula babak demi babak dan dialog dalam kereta tadi.

Terima kasih Allah.

*************************************************

"Dira ada orang nak jumpa kau, dia sekarang di lobi utama. Perempuan.." Liza rakan sekerja memberitahu dia terserempak wanita tersebut di lobi untuk berjumpa dengan aku. Pelik. Siapa? Aku turun dengan blur, tiada satu pun tanggapan tentang wanita tersebut.

Sampai di lobi, aku mencari orangnya. Tiba-tiba ada seseorang menyentuh bahu aku,

"Dira ya? Saya Farhanah...", 

Farhanah? Adakah dia isteri Izwan??? Ya Allahhh. Badan aku mula menggigil. Dengan muka yang blur, aku cuba sembunyikan betapa cuaknya aku, Kami ke cafe sebelah bangunan.

Jernihnya muka Farhanah ni. Muka solehah sangat. Lembut sangat tuturannya buat aku rasa hormat sangat.

"Dira, awak tahu saya siapa?", Farhanah masih tersenyum lembut.

"Awak isteri Izwan ya?", aku yakin dia isteri kepada Izwan. Tetiba sebak pula.

"Izwan ada berbincang dengan saya semalam dan dia sudah nyatakan hajatnya pada saya. Saya terkejut, tapi saya redha kalau itu kemahuannya. Dan sebagai isteri dan juga bakal ibu saya perlu berbincang dengan awak. Saya harap ....".

"Awak mengandung?", sampuk aku. Terkejut bukan kepalang. Farhanah sedang mengandung, pasti dia amat sedih dengan berita ini.

"Sudah masuk bulan kelima Dira... ", Ya Allah rasa berdosa pada Farhanah.

"Maafkan saya Farhanah, saya tak tahu tentang kandungan awak. Izwan tahu ke?", bertambah sebak aku melihat wajah Farhanah.

" Dia tahu......", jelas itonasi Farhanah sangat kecewa.

"Dira, saya tahu.... saya mungkin orang yang putuskan hubungan awak dan Izwan dulu. Kami berkahwin memang atas kehendak orang tua tapi dia tetap suami saya dan anak ini anak dia. Saya harap Izwan tak ceraikan saya. Saya sanggup terima awak sebagai madu saya. Saya merayu dan saya janji tak kacau hak awak dan Izwan tapi tolong pujuk Izwan supaya tak ceraikan saya...", kali ini air mata Farhanah gugur. Melihat keadaan Farhanah teresak aku juga mengalir air mata. Tak sangka jadi begini. Kenapa Izwan kejam?

"Farhanah, tenang. Kami ada bincang hal ini minggu lepas, tapi saya belum beri sebarang keputusan lagi. Sumpah, saya tidak tahu-menahu perihal awak mengandung. Ya, saya niat untuk menerima jika takdir saya jadi yang kedua. Tapi saya tiada niat nak hancurkan rumah tangga awak. Jika takdir kita bermadu sekalipun saya tak akan abaikan awak, dan saya tak akan benarkan Izwan tinggalkan awak", Allah serabutnya perasaan aku. Aku rasa aku kejam sangat pada Farhanah dan bayi dalam kandungan.

Aku menghantar Farhanah pulang. Farhanah tak berhenti menangis sepanjang perjalanan. Ya Allahh kejamnya aku. Jika Izwan sanggup buat Farhanah sebegini, tak pelik jika suatu hari nanti dia buat begini pada aku.

Kasihan Farhanah....


Bersambung.........

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 3

Tiada ulasan: