Jumaat, 29 Januari 2016

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 3

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 2


"Bos saya nak apply cuti boleh? Selepas saya selesaikan tugas di Vietnam saya terus ambil cuti tahunan", permohonan aku pantas diluluskan. Bos tahu aku sudah seminggu kerja keras ulang-alik ke Vietnam.

Aku plan nak buat umrah, tetapi permohonan tahun ini sudah penuh. Maka aku hanya plan bercuti dalam negeri sahaja. Langkawi menjadi pilihan. Lama sungguh tak pergi sana. Kali terkahir mungkin darjah 5 itupun lawatan sekolah. Aku mengajak ayah dan ibu bercuti sekali. 

Izwan? Selepas aku berjumpa dengan Farhanah, aku sangat serabut. Aku rasakan Izwan amat kejam. Kalau dia benar dia tak sukakan Farhanah, kenapa Farhanah boleh mengandung? Kenapa aku persoalkan soalan bodoh tu? Lelaki. 

Seperti biasa Izwan akan mencari aku untuk makan tengahari dan pergi balik rumah-pejabat. Tetapi sejak berjumpa Farhanah, aku hanya makan tengahari bersama Izwan itupun aku seboleh-boleh mengelak berjumpa dengan alasan berjumpa client. 

"Abang rasa kau jauhkan diri dari abang. Abang tahu kau dah jumpa Farhanah dan abang dah agak reaksi ko macam ni. Abang faham. Tapi abang nak kau tahu, abang memang sayangkan kau. Abang betul-betul ikhlas. Kalau boleh abang nak kau matang hadap masalah ni jangan lari. Kita selesaikan sama-sama", Izwan matikan selera tengahari aku. 

"Farhanah bagaimana? Dia sekarang mengandung bang... Abang tak boleh buat macam ni. Tak boleh ikutkan sayang dan nafsu abang. Orang tengah mengandung sangat sensitif, kasihan Farhanah", aku mulalah sebak, bergenang air mata aku. Izwan aku sayang, Farhanah aku kasihan. Aku tak boleh ikutkan hati hancurkan hati Farhanah. Jika aku berada di tempat Farhanah, pasti aku meroyan. Tapi Izwan betul-betul serius, aku juga sedia menjadi isteri dan hidup bermadu.  

"Ikutkan hati abang, abang akan ceraikan Farhanah setelah tamat tempoh dia berpantang.... Abang akan lepaskan dia. Abang tak mampu bahagikan kasih abang pada dia, abang tak cintakan dia", mudahkan Izwan membuat keputusan. Masa depan anak itu lebih sadis jika ayahnya sebegini. 

Istikharah? Sejak aku berjumpa Farhanah aku tidak tinggal solat sunat istikharah. Aku pelik kerana tiada sebarang petunjuk dalam masa terdekat ini. Berat nak lepaskan Izwan tapi bayangan Farhanah sering buat aku matikan niat untuk menerima Izwan. Serabut dengan desakan Izwan, maka aku meminta Izwan berjumpa dengan ibu dan ayah. Aku tahu keadaan akan lebih serabut kerana aku kenal sangat dengan perangai ibu. 

Hari yang dinanti sudah tiba, plan bercuti ke Langkawi terpaksa dibatalkan. Izwan dan Farhanah datang ke rumah. Aku terkejut Farhanah datang sekali untuk berbincang dengan ibu ayah, Ini kes berat. Kasihan Farhanah. 

Seperti yang dijangka, ibu memarahi Izwan. Farhanah menangis tetapi dia demi anaknya, dia sanggup menerima madu.

"Saya ikhlas terima Dira sebagai madu saya. Saya juga sudah berbincang dengan suami. Kami sudah sepakat untuk melamar Dira menjadi sebahagian dari keluarga kami. Kami merayu agar makcik dan pakcik terima lamaran ini", kata-kata Farhanah amat terkesan pada semua. Ibu menangis mendengar rayuan Farhanah. Apa dah berlaku? Kenapa Farhanah beriya untuk bermadu? Mungkin dia takut diceraikan setelah bersalin nanti. 

Arghhhh kenapa macam ni skali? Aku sayang pada Izwan tetapi aku tak sanggup buat begitu pada Farhanah. Waktu inilah timbul perasaan yang aku rasa aku tak patut buat Farhanah dan anak yang bakal dilahirkan. Aku yakin setelah Izwan melihat anaknya nanti, dia akan lembut hati pada Farhanah. Aku yakin. Doa isteri dan ibu, in sha Allah aku yakin Izwan akan sayangkan Farhanah. 

"Kalau begini permintaan Farhanah... makcik serahkan keputusan pada Nadirah. Biarlah dia buat keputusan dahulu", ibu faham dan ibu tahu apa yang aku fikirkan. Farhanah terlalu kasihan dalam kes ini. Farhanah sebenarnya mangsa keadaan. Ibu juga tahu, aku tak mampu hancurkan hati Farhanah. 

"Berikan saya masa, Farhanah... Izwan. Beri saya masa. Dalam masa yang sama, saya harap kita semua doakan yang terbaik. Saya tak tolak dan saya juga belum terima lamaran ini lagi. Saya akan pertimbangkan. Abang, saya merayu pada abang, jangan ceraikan Farhanah kerana hal ini. Saya harap abang fikirkan tentang masa depan anak abang. Saya tahu, saya faham perasaan abang. Saya kenal sangat abang. Saya tahu... tapi saya harap abang juga faham apa yang saya rasa. Mungkin ini permulaan jodoh kita atau sebaliknya. Kita sesama doa ye...", mengalir air mata aku memandang Izwan. Dia tahu aku akan lebih memikirkan hal Farhanah dan anak berbanding dia. 

"Abang harap Dira fikirkan tentang perasaan abang juga. Abang tak akan bahagia begini", ayat Izwan membuatkan aku terus memandang Farhanah. Sadisnya, hampir setahun perkahwinan mereka namun Izwan tetap dengan pendiriannya. Dia masih tidak boleh menerima Farhanah. Aku tahu Izwan juga berusaha. 

*****************************************

Allah Maha Mengetahui, kebetulan seminggu selepas aku meminta tangguhan untuk menerima lamaran Farhanah dan Izwan aku mendapat tawaran khursus di Tokyo selama 3 bulan. Cantik sungguh aturan Tuhan. Aku perlukan masa untuk semua ini.

"Dira sengaja kan lari dari abang?", Izwan memujuk agar aku tidak pergi mengikuti kursus selama 3 bulan itu.

"Ini kerja la bang, bukan saya sengaja. Saya bukan kahwin dengan lelaki lain pun....", belum sempat aku sambung ayat Izwan menjeling maut. Satu hari Izwan bad mood. Tak bercakap sangat. Pandang muka pun tidak.

Pada hari aku bertolak ke Tokyo, Izwan menghantar aku ke KLIA. Sebelum masuk ke balai pelepasan, Izwan menarik beg tarik sambil membuat muka.

"Abang sayangkan Dira kerana Allah Taala tau... Abang harap Dira balik kita boleh teruskan hal kita pula. ", aku sebak tapi masa ini juga aku terbayang wajah Farhanah yang sedang sarat mengandung.

Bersambung.........

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 4

Tiada ulasan: