Sabtu, 30 Januari 2016

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 5

CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 1
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 2
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 3
CINTA DIA SUAMI ORANG - PART 4


"Keluar!!!!! DIRA!!!!!!! Keluar", suara lelaki menjerit. Terpisat-pisat mata dan masih mengecam adakah itu suara Izwan???? Aku bangun dan sempat melihat jam pukul 3 pagi di Tokyo. Lagi beberapa jam untuk Subuh.

Ya Allah, kenapa Izwan datang lewat malam dan meracau-racau. Sebaik sahaja pintu dibuka, Izwan menolak aku masuk.

"What??? Are getting marry with Fakruddin?? Who the hell is he? Fu**!!! Siapa dia???", Izwan sah dirasuk.

"Mengucap abang, mengucap", aku masih terpinga-pinga. Bagaimana Izwan tahu tentang Din? Bila masa aku decide nak kahwin dengan Din ni? Seingat aku baru semalam aku dan Din......

"Kenapa kau tipu abang? Kau kata kau sayang abang, tapi kenapa buat abang macam ni? Kau nak tengok abang mati ke? Haaa??", Izwan bertindak agresif menolak aku ke dinding. Jelas derauan nafas Izwan berasap kerana suhu yang amat sejuk. Tak pernah seumur hidup aku lihat Izwan marah sebegini. sepanjang perkenalan aku, Izwan sangat-sangat gentle, amarahnya tak pernah ditunjuk.

"Kenapa ni??? Dira???", Din menerjah masuk terus menarik Izwan menjauhi aku.

Bermula pergelutan. Dari dalam hingga ke luar rumah.

"Tolong abang...lepaskan Din!!! Tolong abang", menggeletar tubuh aku bila lihat Izwan menikam perut dan bahu Din. Lantai salji putih kini berwarna merah.

"Kenapa Din? Sebab kau nak sakitkan hati abang? Sebab kau nak lari dari masalah? Sebab kau kasihan dengan Farhanah? Atau tak nak bermadu? Aku dah kata aku akan ceraikan perempuan tu!!!", termengah-mengah suara Izwan setelah bergelut dengan Din. Din tewas dan hanya menahan sakit mungkin juga menunggu malaikat maut menjemput.

"Kau ingat aku bodoh?, tak logik sungguh kronologi kau nak kahwin dengan Din sebab cinta. Kau baru kenal dia, kau kenal aku lebih 6 tahun. Kita.....kitaaa saling ... Aku cintakan kau. Tak cukup? Nak aku buktikan apa lagi??", Izwan mengangkat tinggi pisau mengugut untuk menikam wajah Din. Din kelihatan pasrah.

"Dengar dulu bang, saya sayangkan abang dan kita kahwin bang....kita kahwin... ya Allah...jangan bunuh Din tolong bang......", merayu-rayu sambil meraung. Aku tak sanggup hidup jika Din mati kerana aku.

................................................

Alarm - Bang bang bang, Big Bang.

Ya Allah......aku mimpi rupanya. Sampai menangis-nangis aku mimpi. Astagfirullah..... Lihat jam 3 pagi. Aku terus bangun, waktu tahajud dan istikharah. Sejak Izwan menyatakan hasrat untuk berkahwin, aku gigih meminta petunjuk dan ketenangan. Aku gusar, tindakan aku berlandaskan nafsu semata-mata. Aku takut rumah tangga akan datang kecundang ditengah jalan.

Ya Allah, mimpi tadi antara waktu mustajab. Jika benar mimpi tadi petunjuk, aku tak rela berkahwin dengan Izwan. Jika aku...memilih Din mungkin dia....... seperti dalam mimpi. Adakah mimpi tadi petanda jawapan istikharah aku? Alllahh....

********************************************

"Woi, keluar aku kat luar ni...cepat la!!", Din menghantar rakaman suara melalui Whatsap.

Selang seminit, Din menghantar masej lagi. 

"Sayang, tak perlu make up lah, aku dah beku kat luar rumah ni .....", Suhu pada waktu malam sehingga negatif 5 darjah celcius. Cepat-cepat aku menyarung kasut dan keluar. Lihat Din sedang melompat-lompat. 

"Sorry la aku tertidur, mana ada make up!! Kau ingat aku macam perempuan lain ke make up semua? Jimat tau, kalau kau kahwin dengan aku, maintenance tak banyak", Din terus tersenyum apabila mendengar perkataan kahwin. 

"Kau kena lah make up untuk suami, dapat pahala. Tak pe, sekarang biar hodoh-hodoh dulu. Nanti kahwin, aku beli kau barang make up. Hantaran nanti make up ok!!!", Din menarik tudung aku sehingga kelihatan dahi jendul aku. Protesnya supaya aku tidak berhias untuk lelaki lain.

Sebulan selepas Din melamar dan juga kejadian mimpi ngeri tersebut, aku takut, aku takut.....sebab aku dah jatuh hati dengan Din. Istimewanya Din buat aku jatuh cinta berkali-kali. Pelik aku langsung tak merindui Izwan. Serius pelik.

Kami hanya ada sebulan lagi di Tokyo. Semakin hampir kami dari mimpi indah, bila balik Malaysia aku perlu bersedia untuk menghadap realiti. Izwan, Farhanah dan Fakhruddin. Tak boleh ke kalau aku terus menetap di Tokyo..............bersama Din?

"Nanti kita balik Malaysia, kau nak aku terus jumpa family kau or aku jumpa Izwan dulu? Tapi serius aku memang tak leh bayang apa akan jadi. Tapi aku harap kau tak lari dan buat keputusan sendirian. Kita dah setuju untuk perkahwinan ni, Aku harap kita sama-sama selesaikan satu-satu masalah ok!!! Janji??? ", Din menarik tangan aku supaya aku fokus hadam dengan permintaannya. Permintaannya seperti Izwan. Jangan lari dari masalah!!

"Iye....... tapi betul kau serius nak kahwin dengan perempuan macam aku?? Tak menyesal??", aku tahu Din serius, tapi aku tak yakin aku boleh bahagiakan dia. 

"Aku pon tahu aku menyesal ke tak, kata suruh buat istikharah. Kita usaha je la dulu. Kalau kau tanya hati aku, ikut hati nak cium je mulut kau sebab asyik tanya soalan bodoh ulang-ulang", akhirnya aku pulak kena marah. Tegas Din, 

"Kau ada mimpi aku tak ke ade rasa cinta dah kat aku?", soalan Din buat aku meremang! Teringat mimpi ngeri, Din bermandi darah ditikam Izwan. Izwan jadi gila dan aku perlu kahwin juga dengan Izwan.

Tapi hakikat, aku sudah jatuh hati pada Din.
 Kini halwa telinga aku macam ketagih untuk mendengar suara Din. Tanpa menjawab soalan Din, aku hanya tersenyum dan tergelak.

***************************************

"Ibu...Ayah............... ini kawan akak, Fakruddin, Din. Kami ada hal nak berbincang dengan semua harini", aku dan Din menghubungi ibu ayah melalui SKYPE untuk menyatakan hasrat kami. Itupun setelah didesak oleh Din beberapa kali. 

"Kami............", belum sempat nak cakap Din terus menyampuk.

"Mintak maaf makcik pakcik. Saya berniat nak melamar Dira jadi isteri saya", aku terkejut lalu menepuk peha Din. Pandangan kami bertaut. Lama kemudian, Din menggosok pehanya yang perit. 

"Izwan macam mane? Kami sebenarnya tak faham juga ini. Tapi jika kamu bedua betul-betul nekad, kita ikut cara yang betul. Kamu berdua balik dulu, kita bincang. Kamu berdua dah terlanjur ke sampai mengejut beritahu kami nak kahwin ni????? Kamu jangan!!!!", ibu terus nyaring naik suara. Ayah masih membatu. Terkejut gamaknya. 

"Eh makcik pakcik, saya budak baik, saya masih teruna (Din memeluk dirinya sambil memandang aku). Kami tak buat benda bukan-bukan. Saya anak yatim piatu, mungkin saya akan bawa beberapa kawan saya untuk datang ke rumah nanti. Hal Izwan dan Farhanah, kami sendiri akan selesaikan. Hari ini saya cuma nak minta izin sahaja. Mungkin cara saya tak salah, tak mengikut adat kita", kini Din monopoli perbualan di skype.

"Kami okay je, adat tak adat yang penting ikut cara Islam. Ayah nak kamu balik dulu, hal Izwan tu ayah takut dia bertumbuk dengan Din atau tinggalkan Farhanah nanti. Ayah risaukan Farhanah yang sarat tu", jarang ayah bersuara. Jelas kebimbangan ayah pada Farhanah. Sejak Izwan dan Farhanah bertandang ke rumah untuk melamar hari itu, ayah terus jadi pendiam. Dia pernah menegur Izwan kerana berlaku kejam pada Farhanah. Bagi ayah, Izwan tak bertanggungjawab, kasihan Farhanah yang sedang sarat mengandung dilayan sebegitu. 

"Ayah nak tanya Din, Kamu tau nama pakcik apa?", soalan tu tidak semena-mena aku dan ibu tergelak barai. 

"Tahu pakcik, Khairudin, Din juga", Din menahan gelak tapi masih bajet cool.

"Dah tu, nanti kalau ada orang panggil Din siapa nak menyahut ni?", dah kenapa ayah ni buat lawak. Jarang aku tengok ayah buat lawak bodoh dengan orang yang baru dia kenal.

"Saya sambut bagi pihak ayah juga, EH!", Din menekup mulut spontan. Kami berempat mengilai. Alhamdulillah, seronok tengok Din bergurau dengan ayah ibu. Suatu perasaan baru. Aku hanya memandang muka Din. Tak puas rasanya memandang lelaki ini. Dia bukannya kacak macam Izwan. Lelaki kurus tinggi ini redup matanya. Din juga telah buat ramai gadis jepun sawan. Karismanya mungkin. Ada seorang wanita di kilang, mengatakan Din serupa pelakon korea So Ji Sub. 

"Kau dah jatuh cinta dengan aku kan? Tenung muka aku macam nak makan je? Ade rupa piza ke muka aku ni?", tak sedar Din menamatkan perbualan ibu dan ayah. Aku sedar Din menegur aku, tapi mata tak lepas pandang. Serius tak puas.

"Fakruddin, kiranya kita dah 'booked' each other kan??", spontan ayat tu terpacul.

"Ermmm... kau sudi terima anak yatim piatu macam aku?" Din membalas pandangan dengan penuh ........... (aku hilang kata).

"Jom makan.......lapar", sebenarnya aku malu nak jawab soalan Din. Tak sangka kan, aku ingat Izwan lelaki pertama dan terakhir. Rupanya mungkin Din yang terakhir....mungkin.

"Awak tak kenyang lagi ke tengok muka saya, bakal isteri?", Din memandang aku dan kami serentak gelak sebab geli dengan ayat 'future kami' tadi. Haha meremang. Masing-masing spontan menggeletis meremang..

Hal mimpi, aku sememangnya takut tapi aku cintakan....................Din

-bersambung- 



Tiada ulasan: