Ahad, 24 April 2016

MUSIM ULAR

Sejak dua menjak Fenomina El nino ni, memang panas, sampai kering sungai-sungai. Bile banyak sungai kering, tempat perlindungan habitat seperti ular ini mencari kawasan yang sejuk. Maka mereka beramai-ramai berhijrah ke kawasan perumahan manusia. Satu kes ular akan berentetan kisah ular yang lain. 

So cerita aku adalah ini!

Ayah dan abang sedara memang tengah bersihkan kolam ikan sbb nak buat sangkar untuk anak ikan. Maka untuk kes pertama, terjumpa ular ni merayau baik punya kat pondok kebun. Tengok ekor positif die jantan. 
Hari seterusnya, abang bot sedang syok menebas rumpus tertebas pulak ular sawa lagi sekor dan lebih beso dar sebelumnya. Menggeletis beberapa ketika sebelom mati. Ayah sidai ular ni mcm ni. Tengok gaya mcm betina. Rindu pulak nak bela ular. Dulu aku bela ular sawa batik juga tapi besa 2 ibu jari la... pastu dilepaskan di hutan (rahsia) sebab ibu tak kasi bela masuk rumah. Mungkin sekarang sudah besar babyboy.
Pastu Sabtu lepas, jumpa ular juga!!! Tapi ni spesis manje!!!!
 LOL. Ular tedung sedar ni mainan punya. Aku beli dari Daiso Harajuku, Tokyo lagi. Sebab aku tak tahu nk beli hadiah ape kat ayah aku! HAHAHAAH so aku letak kt kebun sbb nak takutkan monyet2. Bila aku post ni kat FB ramai pulak kome kata aku berani main ular macam tu. PADAHAL!!!!!!!!! kalo aku jumpe ular ni pon aku dah mencanak lari. Gile ape
So kita bagi nama la katt dia.... BOYBOY la. Dia usha je lauk yang ibu tapau kami. 
Aku suap la skit! Dia maki aku sbb aku bagi dia sayur bronkoli WAKAKAK

Korang ingat aku main figure kamen rider je ke?? Adoiii

Tiada ulasan: