Khamis, 9 Jun 2016

REPLAY 2003 - Part 3




Hari ini Selasa dan aku masih tidak ke pejabat. Semalam aku sudah beritahu HR aku ambil cuti kecemasan. Rasanya nak berhenti kerja sahaja aku tak sanggup hadap muka Wafi lagi. Malu semua ada. Bila fikirkan kenapa aku marahkan sangat dengan Wafi sampaikan aku ungkit kisah lama? Sekali lagi aku menelek nombor telefon Wafi yang diberi 13 tahun lalu. Agaknya, nombor ini sudah berpindah milik. Perasaan pelik bercampur baur, kenapa aku sebak sangat dia tidak respon pada semua masej aku dulu? Kenapa aku perlu rasa terkilan, menyesal semua ada. Mungkin dia lelaki pertama yang berkawan dengan aku. Aku sukakan dia ke?? 

Tidak lama kemudian Puan Ros telefon.

"Lin, what happen? Why gaduh dengan Wafi", tanpa beri salam, terus menerus tanya tentang hal kelmarin. Aku terkedu. Sah Wafi report pada kakak dia. 

"No Boss, don't worry lah, salah faham saja. Nothing much la boss", mengelak dari ter ter cerita hal lama. Aku pun tak percaya dengan diri sendiri. Tup tap terlepas cakap nanti. Baik aku diamkan aja. 

"Lin, I akan balik KL this Thursday sekejap ...family matter. Boleh ambil saya di KLIA?". Perbualan aku dan Puan Ros hanya lebih kepada kerja. Mungkin dia tahu aku tidak selesa bercerita tentang Wafi.

Malam itu, aku hanya masak di rumah. Tiada mood untuk keluar makan. Esok aku perlu ke pejabat juga. Tiba-tiba telefon berdering tertera nombor Wafi 13 tahun lalu. Ya Allah, baru tadi aku telek nombor ni ........

"Hello.......... Azlin. Wafi ni", berderau darah seru kepala dengan tiba-tiba terasa seram sejuk. Wafi masih menggunakan nombor ini. 

"Hello...... Azlin. Ini Azlin kan? Keluar, I depan rumah", gila. Dia memang stalker. Macam mana dia tahu rumah aku? Cepat aku mencapai tudung lalu keluar. 

"Macam mana kau tahu ni rumah aku?", aku masih menahan amarah kelmarin, takut juga nada tinggi aku mengganggu jiran-jiran disini. Lama juga Wafi memandang kosong lalu dia menolak pintu dan selamba masuk ke dalam rumah.

"Wafi, better kau keluar. Please keluar aku tak nak kena tangkap! Keluar!!", ternyata aku sedang bercakap dengan orang gila. Wafi terus duduk di sofa dan menunggu respon aku untuk berbincang. Tiada pilihan. Aku masuk dan membiarkan pintu terbuka. Macam-macam aku fikir sekarang. Mata aku tertacap pada kayu besbol belakang pintu. Apa-apa berlaku aku akan capai kayu besbol itu dahulu.

"You rasa I tak ingat kisah kita 13 tahun lepas? I tak pernah lupa Azlin. Sampai sekarang I menyampah tengok muka you", Wafi terus memaling pandangan pada gambar keluarga yang bergantung di dinding. Berkerut wajahnya. Tak memasal.....

"Azlin, I rasa mungkin you tak tahu", akhirnya Wafi bersuara. Dia mencampakkan bungkusan surat ke kaki aku. 

"Terkejut? Kenal tak siapa tu? Tu bapak I. Bapa kandung. Dia tinggalkan kami demi mak you. So perlu ke I explain hal 13 tahun lalu?" aku terkedu. Automatik aku jadi blur.

"Pakcik Alias? Mak aku tak pernah pula berkahwin dengan sesiapa apatah lagi dengan Pakcik Alias. Aku tak faham apa kena mengena aku dalam hal ni?".

****************************************************

12 tahun lalu.......... Tahun 2004

"Atuk mana ayah? Kenapa Wafi kena pergi UK sendiri? Siapa nak jaga atuk nenek kalau Wafi pergi. Kenapa perlu tergesa-gesa? Wafi tak mahu balik UK!!", hanya Tuhan sahaja tahu kenapa Wafi berat hati untuk ke UK. Dalam hatinya sudah ada Azlin. Hanya Azlin. 

"Ayah kamu buat hal, kaki perempuan. Sekarang dia dah lari ikut perempuan mana tah. Aku tak tahu la hal kamu satu famili ni. Kalau dulu mak kau gilakan sangat ayah kau, sekarang padan muka dia ayah kau buat hal. Ayah tahu kenapa dia sibuk sangat nak balik KL. Dari dulu atuk memang tak restu perkahwinan mak kau!! Sebab ni la... atuk tahu akan wujud perkara sebegini. Kamu je buta, ingat ayah kamu tu baik sangat?" Wafi tahu atuknya dari dulu lagi agak dingin dengan ayahnya. Wafi sendiri tidak menahu hal konflik ayah dan ibunya. Jika benar kata atuk, mungkin dia perlukan penjelasan dari ayah sendiri. Dia percaya ayahnya bukan sebegitu.

Malam itu, ibu Wafi pula menelefon memujuk agar dia kembali ke UK.

"No Wafi, listen to me. By hook by crook you need to be here with me... or else you'll never meet me again. If you are looking to stay with your father... go ahead but I swear you'll never see me again. This could be our last talk Wafi. See you in Friday".

Kak Ros juga menelefon Wafi. 

"Aah Wafi, Actually, ibu tahu ayah ada perempuan lain. Isu ni berbangkit bila ayah nak bercerai dengan ibu tak lama selepas ayah dan Wafi stay KL. Then, ibu siasat dia memang ada skandal. But I don't even know who she is yet? I think its better you back here first then discuss with ibu. Okay sayang, we'll see in Friday ok", perbualan itu didengari oleh atuk. Dia berang sekali lagi. Habis segala makian pada ayah terluah sekali lagi.

"Atuk akan pergi sekolah esok beritahu cikgu yang kamu akan pulang ke UK", hampir gugur jantung Wafi. Begitu serius sehinggakan dia terpaksa berhenti sekolah. 

Keesokannya, seperti biasa tepat pukul 7 pagi sampai sahaja di kelas dia melihat Azlin sedang mengemas kelas. Semua kerusi di atas, disapunya debu-debu dengan pantas. Menyedari kehadiran Wafi, Azlin tersenyum.

"Pagi Wafi........ sekejap ye. Awak duduk dulu, keluarkan soalan semalam. Saya plan hari ini kita ke pekan untuk beli buku math baru. Saya cek buku Lina jenama ABADI soalannya not bad. Yang paling best, dia bagi beberapa cara untuk satu soalan....bla ...bla...blaa....", melihat wajah Azlin dan bebelan serius tentang pelajaran cukup membuatkan Wafi bahagia. Dia hanya tersenyum dan merenung memerhatikan tingkah laku Azlin.

"Wafi, awak mamai lagi ye? Semalam tidur pukul berapa. Awak kene ikut jadual saya beri, tidur secukupnya....bla...blaa...blaa", sekali lagi Wafi masih ralit merenung Azlin.

"Wafi!!", terkejut Wafi tersentak dengan jeritan Azlin.

"Azlin..... awak cantik, bijak, baik....", lancar sahaja kata-kata keluar dari mulut Wafi menyebabkan Azlin terkedu.

"Azlin.... saya minta maaf semua salah saya. Saya tak pernah ada kawan baik macam awak. Minta halal ilmu awak semua. Terima kasih sebab awak result saya okay, awak tahu kan ayah saya macam mana? Ermmm saya nak beritahu awak yang saya terpaksa pindah ke UK bulan hadapan. Ayah saya terpaksa kerja di sana semula", Wafi tipu, tak tahu hal ayahnya sahih atau tidak tapi dia takut jika kecoh satu sekolah tentang ayahnya.

"Ha!!!!!!!!!! bulan depan maknanya minggu ni last! Kenapa tiba-tiba?", Azlin menutup buku dan menghadap Wafi. Riak mukanya memberi beribu makna. Wafi bertanya-tanya di dalam hati. Adakah Azlin juga rasakan perasaan yang sama denganya?

Seharian, Azlin berdiam diri. Azlin tidak lagi memaksanya menyiapkan buku latihan. Tidak lama kemudian, Azlin keluar dari kelas. Wafi tahu Azlin ke mana, di tempat rahsianya. Wafi mengekori Azlin. Dia melihat Azlin menuju ke pankin dan terus baring. Lama juga Wafi memerhatikan Azlin. Kenapa Azlin yang dilihat kini seperti Azlin 6 bulan lepas. Berseorangan.

Sehingga habis waktu sekolah, Azlin masih mendiamkan diri. Macam-macam tanggapan Wafi rasa.
Kenapa Azlin begitu? Perlahan dia bungkuskan hadiah untuk Azlin. Dia mahu Azlin tahu perasaannya. Malam itu juga Wafi ke sekolah dan meletakan bungkusan hadiah di atas meja Azlin.

Pulang dari sekolah, Wafi masih rasa gelisah. Tanpa berfikir panjang dia terus keluar rumah dan menuju ke rumah Azlin.

"Aku perlu luahkan semua. Azlin............. aku sukakan kau!!!!", berulang ayat itu dizikirkan sebelum sampai ke rumah Azlin. Sampai sahaja di halaman rumah Azlin. Jelas dia kedengaran gelak tawa dari luar. Tiba-tiba Wafi mengecam suara yang kuar berborak itu. Terus Wafi mengjenguk melalui tingkap rumah Azlin.

"Pakcik.... tidur rumah kami ke malam ni? Lin nak ambilkan toto dan bantal", mesra sangat suara Azlin.

"Eh tak, hari ini pakcik balik rumah. No worry sayang, kalau pakcik tidur sini pakcik ambil sendiri toto bantal semua. Sayang tidur dulu okay, esok sekolah. Pakcik nak borak dengan orang kesayangan sekejap", Wafi terkejut yang amat! Adakah skandal itu mak Azlin? Wafi terus matikan niat untuk berjumpa Azlin untuk kali terakhir.


 ************************************************


"Assalamulaikum, kami dari jabatan agama, JAINJ. Kami mendapat aduan dari jiran di sini yang Cik selalu berduaan dengan lelaki dalam rumah ini", tiba-tiba ada beberapa orang datang menyerbu rumah. Yang peliknya, jiran mana yang buat fitnah ni? Aku tak pernah bawa lelaki masuk dalam rumah. Allahh.....

"Maafkan saya Tuan, lelaki ini baru hari ini datang rumah saya. Macam mana Tuan boleh kata selalu?? Padahal ini bukan kerelaan saya dia main serbu masuk rumah saya", aku menunding jari pada Wafi tapi dia hanya mendiamkan diri seolah-olah mahu mengiyakan pernyataan dari JAINJ itu.

"Tak apa Cik, ayuh kita ke balai dahulu buat kenyataan. Apa-apa kita bincang di balai", gugur jantung aku mendengar ayat orang tua itu. Istigfar Azlin. Tenang Azlin.....

Aku terus menghubungi mak dan beritahu hal yang berlaku.

"Mak tolong beritahu Pakcik Alias supaya datang jumpa Alin di balai. Wafi ni anaknya", mak terlalu terkejut sehingga kedengaran teresak-esak lama ditalian. Aku pon tak sangka jadi begini. Aku syak Wafi sendiri dalang dalam hal ini. Tindakannya meragukan sungguh. Dia hanya mendiamkan diri dan mengiyakan semua fitnah dari orang-orang JAINJ berkenaan.

"Aku tahu, kau yang rancang benda bodoh ni kan? Aku tak bodoh Wafi. Kau nak apa dari aku ha? Sebab ayah kau, aku jadi mangsa?", Wafi hanya tersengih dan mengelak untuk bertentang muka dengan aku.


-bersambung-


Tiada ulasan: