Rabu, 26 April 2017

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi - Kisah 2


Salam semua, aku Nadey peminat #kamenrider (tetibe). Aku tau cliche sangat cerita tentang kolej-kolej berhantu ni. Dalam FS pon ramai kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama dengan aku. Adakah entiti atau makhluk halus ni seperti kita? Mereka pun mungkin ada cerita pengalaman yang sama menganggu kita ni, mungkin juga mereka ada fan group macam FS (Fiksyen Sabrina kot). Sebenarnya melalui pengalaman misteri di UKM inilah aku tahu ada yang tak kena dengan diri aku sendiri. Salah satunya aku tahu tentang perihal Panglima Hitam, walaupun sampai sekarang aku masih tak tahu dengan secara terperinci mengenai selok-belok dari famili aku. Encik #carlitorocker ada beri aku tips untuk ‘approach’ Panglima Hitam tapi aku tahu aku seorang penakut yang amat. Aku tahu aku hanya akan mencari masalah dari menyelesaikan masalah. Sekarang ni pun nak pergi jamban malam-malam minta ibu teman depan pintu (pintu tak tutup) maka aku rasa lebih baik jadi tanda tanya sahaja.
Bagi anda yang berminat untuk melihat gambar bilik aku di kolej kesayangan, gambar hasil bedah batin (jin iron man bertaring) boleh tengok kat blog aku Biawak Goweng Nadey.
Maaf untuk kisah pertama aku sebelum ini tersalah bagi info, aku adalah batch UKM tahun 2007-2010. Kalau korang baca betul-betul cerita aku dari awal, mesti korang tahu aku cerita tentang kolej yang mana satu. Banyak kali aku mention namun masih ramai bertanya, maknanya penulisan aku masih lemah. Maaflah. Bagi yang baru baca kisah aku, aku bukan manusia istimewa seperti Rul #kucingkelabu atau #carlitorocker atau M #mahklukhalusbencisaya. Tapi orang kata kalau sekali tertengok, mata kau mudah nak tertengok berkali-kali. Aku ni bukanlah ade six sense sangat sebab lemak aku tebal, susah nak rasa-rasa ni. Tapi yang biasa aku tengok adalah kelibat hitam, macam-macam bentuk, berwajah dan tak berwajah. Ya Allah sampai sekarang aku berdoa agar aku tak dibuka hijab untuk tengok menda lain macam #carlitorocker selalu nampak (faham kan?).
Dari sini leh nampak bilik aku. Aku tak tahu aku tengah buat ape tu? Gosip ke?
Kisah kedua ini, adalah tahun kedua aku di UKM tahun 2008. Aku tak berpindah blok, aku hanya berpindah aras tapi corner yang bertentangan dari bilik dulu. Bilik 406 dengan permandangan yang sama seperti bilik tahun pertama iaitu menghadap court bola tampar dan bangunan blok 10. Aku dan Jihan kononnya pelajar aktif kolej maka kami dipilih menjadi fasilitator untuk Minggu Mesra Mahasiswa tahun 08/09. Kami stay di kolej untuk event menyambut pelajar baru. Blok 11 tak ramai penghuni sudah, yang tinggal dua tiga bilik termasuk akak-akak felo, fasilitator dan hehehe. Dikesempatan inilah aku dan Jihan buat projek wajib iaitu curi tilam. Tilam idaman kami dua lapis, kalau tidur tenggelam macam tilam air. Empuk dan sebab itu jugalah aku banyak ponteng kelas (salahkan tilam).
Kejadian sebelum curi tilam.
Mase ni baru angkut barang memang sepah, nampak tak tilam curi tu?
Kami sangat seronok dapat bilik baru, kami kemas baju-baju dan susun perabot agar bilik kami lebih luas. Waktu tu masih siang, bunyi bising orang sibuk nak balik kampung habis sem kan. Bising alih-alih perabot macam nak bawa balik sekali almari ke kampung. Kitorang plan curi tilam bila semua dah kosongkan blok. Tapi bunyi bising tu berlanjutan sehingga malam. Bukan bunyi non-stop tapi kerap. Malam tu macam biasa, lepas maghrib aku dan Jihan keluar makan kat mapley (GLAM tutup) dan jalan-jalan kat area Kajang naik EX5 Jihan sebab motor aku rosak melambung depan kolej Kajai sebab bumper baru hanat.
EX5 tu motornya kecil, aku ni dua kali besar badan Jihan makanya lebihan lemak punggung aku melebihi seat motor itu. Malam tu kami galak sangat gelak ketawa. Yelah bayangkan punggung aku half terapung paksa, penat kot tahan sampai terketar-ketar otot dan urat. Jihan pula masa tu jugalah nak jalan-jalan kat Kajang. Berapa kali kami berhenti sebab punggung aku kejang. Sabar je aku. Kami tukar, aku bawak moto dan dia rasakan melambung-lambung kat belakang. Tapi motor orang kan maka aku bawa berhemah.
Dah puas berjalan, kami pulang. Kalau dari Kajang, kami akan masuk pintu kedua yang berdekatan dengan kolej kami. Kami akan lalu Puri Pujangga dan Danau. Tiada pilihan. Untuk ke kolej kami ada beberapa laluan. Pertama lalu Danau, kedua lalu stadium dan masuk shortcut belakang bangunan terbengkalai tak siap dan ketiga laluan Eimas (hutan). Tak tahu la sekarang mungkin banyak lagi laluan dan pembaharuan kan. Ketiga-tiga laluan ni memang seram.
Kalau boleh tiap-tiap malam aku nak elak lalu sini.... serius seram gila tapi lalu Danau pun seram... arghhhh dilemma sgt dulu-dulu
Kasihan dengan EX5 Jihan semput bawa kami, namun detik cemas kami melalui Danau angker tu aku pulas minyak selaju mungkin sehingga sampai simpang tiga, kami belok ke kiri dan naik bukit ke kolej. Sebelum sampai simpang tiga, disitu ada satu kolam kecil kat semak-semak kiri bahu jalan sebelum naik bukit, ada macam rumah batu kecil TNB. Aku kan suka memancing, pantang tengok kolam. Setiap kali lalu situ, aku memang akan kalih usha kolam terbiar tu. Malam tu aku nampak seorang lelaki baju kelabu dan bertopi memancing. Aku ni peramah, suka menegur. EX5 diturunkan gear perlahan mendekati abang tu.
“Bang, ade ikan ke?”
Diam…………
Mungkin aku tak berapa cantik dan Jihan seperti Sloth (haiwan paling slow didunia) melekat peluk aku takut tercicir kan, pertanyaan aku jadi krik krik… Abang tu tak toleh langsung, aku masuk gear dan teruskan perjalanan. Disini salahnya perlakuan aku. Sebab moto EX5 yang terlebih muatan, kene pulas minyak laju-laju dari bawah bukit tanpa break barulah enjin tak semput naik atas. Maka, kami kena turun separuh jalan dan tolak motor sambil tergelak-gelak. Kami kini melalui depan bangunan-bangunan kosong terbengkalai. Lampu jalan pula segan-segan menyuluh jalan kami. Sebab kelakar sangat motor semput, kami non-stop gelak sambil saling memaki.
Masa ni aku pegang handle motor, tolak motor naik bukit memang siksa. Jihan pula menyakat tarik motor kebelakang supaya aku penat menolak.
“Jihan janganlah aku ni semput nak naik bukit ni ha… “
“Haha mana ada (sambung gelak) anggap je la kita exercise malam ni. Tu la kau rajin sangat berhenti tadi kenapa. Aku dah kata kau jangan suka-suka tegur. Tah sape-sape kau tegur tadi”
Kami berdua toleh ke belakang tengok abang tadi kat bawah, dia masih berdiri kaku kat situ dengan joran tak gerak-gerak. “Kuang ajar abang tu buat bodoh je bila aku tanya? Macam hensem sangat?”.
Tiba-tiba aku rasa motor laju ditolak, Jihan tolak dari belakang. Kenapa Jihan tiba-tiba diam ni. Ada yang tak kena la tu.
“Weh sabarlah. Kita naik bukit ni kang aku tergolek” Jihan diam lagi.
Sampai depan pejabat kolej, kami lepak kat cafe sekejap meeting dengan fasilitator yang lain. Diumumkan esok kami ada acara ice breaking antara fasilitator di Hutan Pendidikan UKM. Selepas itu kami pulang ke bilik dan rutin kami adalah ke tandas bersama-sama. Masuk tandas memang sunyi, bangunan dah kosong! Masa tu sudah lewat mungkin semua baki penghuni sudah tidur. Selesai solat kami tutup lampu dan tidur. Baru nak lelap mata, bunyi orang alih perabot macam siang tadi tapi kali ni kuat sangat dan non-stop. Bunyi seretan itu membingitkan telinga. Jelas bunyi dari bilik atas kami. Banyak kali kami jerit dari tingkap “Woiiii orang nak tidur esok lah mengemas”.
Tapi tak jalan, bunyi seretan masih kuat. Bengang tapi sebab mengantuk, kami paksa tidur. Esoknya mata bengkak. Sebelum pergi tandas mandi, kami naik tangga tengok bilik atas kami dan sekeliling kosong. Tak ada orang, so kami fahamlah kitorang kena kacau lagi malam tadi. Redha sangat muka sebab dah biasa kena. Aku dan Jihan buat-buat muka tak berperasaan, kami usha line kiri kanan untuk sambung plan curi tilam. Sebabnya untuk sambut pelajar baru, banyak stok tilam baru sampai. Tilam baru tilam keras kan, so kami pergi kat bilik yang ada tilam double, kami ambil tilam lama yang empuk.
Sudah bersiap semua pagi tu, kami ke lobi nak naik bas ramai-ramai. Masa ni Jihan buka cerita.
“Kau kan lepas ni jangan tegur, jangan tegur apa pun. Ni kita nak masuk hutan ni. Jaga mulut kau. Semalam kau tegur siapa kat kolam tu?”, Jihan sebenarnya bengang dengan mulut lepas aku.
“Mana aku kenal abang tu? Aku tanya je mana tau ada ikan aku boleh test gak tempat tu”
“Abang mana kau ni? Sah, sah dia la ikut kita semalam. Kau ni aku dah cakap banyak kali, nanti dia kacau bilik kita yang baru ni macam mana?”, Jihan menekan nada tapi masih cool.
“Siapa ikut kita? Dia ikut kita ke? Weh kau nampak ke?? Ikut sampai mana? Last aku tengok dia memancing berdiri keras je kat situ. Mungkin tak nak kita bising takut ikan lari”, aku bebal dan masih bebal.
“Kau tegur orang ke? Sebab semalam aku tak nampak pun abang khayalan kau tu. Suka-suka berhenti pastu kena tolak motor. Bila kau asyik ulang, abang abang tu. Aku terus rasa seram gila semalam”, sebab tu Jihan tetibe tolong tolak laju motor tu.
Aku terdiam. Adui kenapalah aku tegur. Serius aku risaukan ada gangguan lagi kat bilik kami sekarang.
“Sorry, tapi kau kena kacau ke semalam?”
“Macam biasa aku kena hempap. Tapi aku rilek je, baca ayat-ayat sikit lama-lama ok”, ya Allah selambernya kau Jihan. Kalau aku, kecoh satu kolej aku canang.
Sepanjang Minggu Mesra Mahasiswa, kami hanya naik bilik untuk salin pakaian. Tidur kami tidur ramai-ramai kat bilik gerakan. Sehari selepas pelajar baru masuk, motor aku siap. Rindu nak pulas dan merempit. Bila test power, memang dasyat selepas repair macam apek tu install NOS kat moto kriss aku. Syukur sebab lepas ni kalau lalu depan DANAU aku boleh bawa 180km/j.
Ni bukan sebarang moto KRISS ko tau, apek tu pasang NOS... kau rasaaaa
Kenapa aku takut sangat dengan Danau ni? Danau ini Danau Golf Club UKM Bangi. Curlas kau UKM ada kelab golf tapi aku tak pernah main golf la, cuma pergi swimming pool je mandi-manda sambil cuci mata. Sebabnya kolam tu campur laki perempuan haha (syukur nikmat cuci mata disitu). Apapun megahnya Danau dengan keindahan rumput karpet menghijau tersembunyi 1001 kisah misterinya juga. Kisahnya begini. Watak terbaru dalam cerita kisah kedua ini adalah Kak Mah. Masa menulis ni aku telefon Kak Mah untuk double confirm kesahihan cerita yang aku karang ini sebelum submit di FS.
Maaf kepada saksi-saksi kejadian kalau versi penceritaan aku lari sedikit dari cerita asal atau banyak lobang moment penting tertinggal, maklumlah kejadian sudah bertahun lama. Kisah ini diceritakan beramai-ramai oleh saksi-saksi berserta gambar bukti sewaktu latihan teater SM. Kak Mah ini adalah senior Zoology dan senior hebat dalam kelab teater Sanggar Mas. Kami rapat sampai jadi geng kera dengan gelaran Kak Mah the Boxer Batik. Kak Mah bercerita, masa mereka tahun pertama ada makan malam di Danau. Lupa dinner Kelab SM atau dinner kolej. Geng-geng SM ni sangat-sangat rapat, kemana pun bersama.
Dinner kan semua pakai cantik-cantik dan makeup macam rombongan cik kiah. Lapan orang jalan kaki beramai-ramai ke Danau. Dah nama perempuan, gila bergambar pantang nampak port cantik kat dalam Danau tu. Malam-malam nak bergambar memang payah, kalau ikutkan teknologi kamera dulu sangat sadis berbanding dengan sekarang. Maka mereka ambil gambar kat lokasi-lokasi bercahaya sahaja. Last bergambar depan pintu masuk Danau di signboard tulisan DANAU tu la. Si Kak Mah nilah tukang ambil gambar masa tu. Masa ni dengan tiba-tiba Kak Mah rasa tak sedap hati, rupanya bukan dia seorang semua rasa tak sedap hati malam tu macam meremang tanpa sebab.
Dulu tahun 2006-2008 telefon bimbit dah mampu milik oleh pelajar lagi-lagi jenis flip legend. Tapi masa tu mana boleh whatsapp, bluetooth pun tak ada lagi. Yang ada infrared. Haaa, budak sekarang tahu ke infrared ni? Macam Bluetooth, tapi nak transfer gambar atau file lagu ke kena ada sentuhan pada lampu infrared kedua-dua telefon ala fungsi NFC sekarang. Tapi tak boleh lepas tau telefon tu masa transfer, wakaka kenangan butul.
Yang gambar-gambar dorang tadi pada telefon salah sorang kakak senior SM ni. Ada seorang rakan sempat transfer satu gambar. Malam dah lewat, tak sedar galak sangat bergambar kan. Bila terasa insaf sikit tu baru mereka nak sedar untuk pulang. Sekali lagi ramai-ramailah berjalan kaki ke kolej. Dalam perjalanan balik, tetiba serentak dua rakan yang lain dapat notifikasi ‘file received’ satu gambar ni. Gambar yang sama, gambar depan Danau tadi. Bila masa dorang share gambar? Masing-masing dah berdebar laju terus langkah, semua nak cepat-cepat balik bilik.
Mustahil dapat gambar tu. Transaksi gambar perlu guna infrared kot. Aku yang menulis cerita ni rasa macam mahkluk tu berteknologi advance sangat, kalau bluetooth pon kena buka dulu kot. Susah nak fikir logik masa ni. Balik tu salah seorang senior kami Kak Zila dan Kak Ita buka laptop tengok gambar-gambar tadi. Sekali, masing-masing terkedu pada satu gambar ni, gambar depan pintu masuk signboard DANAU.
Rombongan cik kiah ada 8 orang. Tukang ambil gambar masa tu Kak Mah. Maka, hanya tujuh orang sahaja dalam gambar tersebut. Bila dikira, ADA SEMBILAN jasad. DUA entiti tak dikenali menumpang. Satu entiti berupa budak kecil ketinggian paras pinggang rambut panjang sangat-sangat jelas dan satu lagi ada entiti tangan panjang jelas jari-jemari runcing yang tajam diatas bahu Kak Nik, kiranya jelas tangan tu tepi bajunya. Dan-dan masa ni bunyi burung hantu “Kruuuuh….kruhhhh” kuat sangat rupanya haiwan tu betul-betul tapi tingkap bilik dorang. Akibat terkejut yang amat, terus dorang off laptop dan tidur. Kebetulan sebegitu timing terbaik tetapi amat menakutkan.
Esoknya masing-masing berkumpul di bilik latihan teater, pelik Kak Nik tiada. Kecoh masa tu tentang gambar semalam, semua kat bilik teater tengok gambar tu termasuk aku. Bila dapat tahu Kak Nik demam hari tu, yang lain datang melawat. Kak Nik kata bahunya sakit yang amat sampai demam-demam. Mereka pun ceritakan perihal gambar dua jasad menumpang tu. Rupanya yang lain pun sama tak sedap badan. Mereka buat keputusan untuk baca yassin dalam bilik tu. Alhamdulillah tiada kesan sampingan yang lama menganggu mereka.
Gambar itu viral, aku sempat copy dalam pendrive tapi habis rosak pendrive tu tanpa sebab. Paling bijak aku sempat hantar gambar tu kat Uncle Seekers melalui email. Gila kau masa tu popular dengan rancangan The Seekers. Untuk makluman, group Seekers pernah datang dan buat test kt blok-blok terbengkalai kolej kami tu. Tapi aku tunggu juga masuk TV, tiada. Mungkin mahkluk tu pemalu. Tiada sebarang rekod berjaya dirakam haha. Sebenarnya ada satu kisah lagi pengalaman aku sendiri berlaku depan DANAU, untuk kronologi teratur aku akan sambungkan cerita itu pada kisah ketiga untuk post akan datang. Salam henshin!
Gambar-gambar ni semua zaman sebelum aku kenal dunia photography gituww aku pun xtau nape teruk sangat skill aku dulu.
 Banding dengan sekarang amacam?
 Pernah kau tunggu bas malam-malam pergi fakulti? 
GLAM, abang yang buat carot SHUSHU ngan aku. Aku belajar pelat S dengan dia la... banyak berjasa dalam pembelajaran aku



Dektar juga banyak kisahnya, lagi-lagi untuk budak-budak teater bangsawan
Sanggar Mas dihati nyah
PCC KKM memang mantap (of course puji diri)
Kolej Burhan, aku ada kisah tentang surau dia kat bawah. Pengajaran, jangan solat asar lewat-lewat ok!


Tak kesah lah kau boring ke dengar cerita kolej aku... tapi serius aku rindu dengan zaman UKM aku. UKM dihati. 

#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 
#kamenrider: Kolej UKM, Bangi 

1 ulasan:

MUHAMMAD FARID BIN SUDAR Ab berkata...

boleh r pas ni bawa sy g tgk kwsn berhantu nie..hehehehe